Showing posts with label ilham rasa. Show all posts
Showing posts with label ilham rasa. Show all posts

Monday, July 9, 2012

zero


Assalammualaikum...



Melihat wajahnya suram, aku jadi serba salah. Salahkah aku membuat dia begitu? Benarkah aku puncanya? Maaf kawan, aku tak tahu bagaimana menerangkan kepada kamu semua ini.
Aku manusia yang punya banyak kasih sayang. Namun aku jua manusia yang sangat berhati meletak kasih sayang. Terutama bila aku tahu ada kisah sebaliknya...

Kawan,

Mengapa harus ini berlaku antara kita? Aku tak mahu merosak hubungan antara kita dengan melukakan kamu. Sulitnya mengubah keadaan ini...Melihat kemuraman wajahmu menyebabkan aku selalu berfikir cara terbaik supaya tiada pihak terluka. Melihat kesungguhan kamu sering menyebabkan aku berfikir panjang untuk tidak melukakan kamu begitu sahaja.... 







Kawan,


Aku tahu rasa itu terlalu dalam untuk aku. Aku tahu betapa kau sedaya upaya melindungi aku dari sebarang keburukkan dan niat jahat orang... Aku masih ingat bagaimana kau melindungi aku dari dia yang cuba mengambil kesempatan keatas aku. Aku ingat lagi bagaimana gentlemannya kau untuk terus menolong walau telah ku tegah berkali-kali. Namun aku juga tahu aku patut rasa curiga tentang semua itu. Aku bukanlah orang yang mudah mempercayai 1001 janji mahupun ayat manis dari orang-orang macam kamu.

Kawan,

Harus bagaimana aku lakukan untuk kau mengerti bahawa aku ingin yang terbaik untuk kesudahan kita. Lalu, dalam sunyi malam aku selalu berdoa, moga ALLAH tunjukkan aku jalan penyelesaian ini..
Dalam hati ada harapan yang terbina, suatu hari kita akan berkawan ikhlas keranaNYA. Tanpa bisikan rasa ataupun perasaan dusta, kerna yang terbina nanti adalah ikatan persaudaraan mu'min...

Friday, June 22, 2012

keliru

Assalammualaikum..

Kedinginan itu masih berlaku biar hanya mereka berdua yang tahu. Bicara yang ada bicara isyarat.. Tak terdengar di pendengaran, namun difahami di pandangan.... Keliru dengan keadaan. Bagaimana caranya memulihkan keadaan...Dalam kerinduan saling berlawan... Segalanya seolah samar... Sesekali mencuri pandang, mencari cahaya pada dirinya... Sesekali bertemu di jalanan, hanya tunduk terdiam tanpa suara...
Buntu dalam membuat keputusan... perasaan itu bukan 1 paksaan... kasih tertumpah pada yang setia menemani.....Agama masih menjadi keutamaan...



Gentleman,,,Kerana terlalu menyayangi, dia cuba mengubah dirinya... Cuba menjadi seperti yang diharapkan.. Cuba memahami setiap patah makna yang pernah dilontarkan... Walau terpaksa menyakiti hati sendiri....Hati terluka setiap kali dia berkata tidak... Hati terluka tiap kali dia bersedih...Mengapa sukar ditakluki... Dia tidak tahu mengapa...Perasaan ini hadir tiba-tiba... ini cinta pertamanya......

Sunday, May 13, 2012

tinta rasa

assalammualaikum

Lewat malam ini..
mata tak mahu jua pejam..
walau telah dipaksa dan dicuba..
Lalu ku cuba tarikan tinta rasa..
Moga dapat melerai resah jiwa..

Duhai musafir...
mengapa menggugat ketenangan..
dalam kesekejapan membina impian..
dalam tak sedar memberi impian...

Duhai pelayar..
moga aman dan sejahtera sahaja dirimu..
moga kembali dengan selamatnya...
supaya dapat ku tuntut janji...
yang terbina penuh erti...

Sunday, October 16, 2011

my first ...







Assalammualaikum....


Hari nie tetiba mood nak cerita tentang kawan rapat, bestfriendlah senaang kata... Even, mungkin ada antara mereka yang dah tak ingat semua nie...rasanya saya punya ramai kawan yang bertukar2 as long as time change, as long as different places, different condition....


teka mane 1...

i start with the first friends,,, Her Name is Nor Hidayah Ehsan.... Aku baik dengan dia masa sekolah rendah sampai darjah3 @ 4.... Aku still ingat time aku demam masa tue, aku g sekolah gak.. (Aku nie kategori malas ponteng sekolah sbb tue selalu hujung tahun dapat hadiah kedatangan cemerlang... ahaha=p).. Even aku sakit.. Selagi aku mampu, aku pergi gak sekolah.. sekali sampai sekolah, tetibe terukkan, maka aku akan masuk bilik rawatan...huahaha...

So, oleh kerana aku demam, maka mestilah kepala aku berat,,, Then, aku baring kat pangkuan dia... Alah, i sure korang mesti pernah wat gakkan..Duduk sebelah kawan rapat, then baring jealah.. sbb kalau baring atas kerusi kosong, mesti tak best,.. So, kalau kepala orang pangku baru best... hehehe=) So, dia take care of me that day...sebab tue, aku ingt dia even sekarang kitaorang nie taklah rapat sangat.. Tapi still leh gak bergurau senda n beramah mesra.. Bak kata diorang, aku nie memang stock mesra alam sebenarnya... Senang jer get along ngan orang...

Aku tak ingat d main factor that makes us apart, but i think when her relatives being the new students at our class, then our relation become a gap... Dia entertain her cousin so, aku pun tak kisahlah.. Sebab aku bukan jenis nak ikat orang okay... lagipun, masa nie zaman kanak2... Aku pun sedar diri... So, aku go on jer... Tapi kadang-kadang aku fikir, aku yang tinggalkan dia sebab aku kawan dengan orang lain.. Entahlah, dah lebih 15 tahun kisah nie...hurm~~

Sekarang nie, dia tengah mencari kerjaya yang sesuai untuk dier.. Dan aku sebagai kawan mendoakan semoga dia dapat kerja yang bagus dan bersesuaian dengan dia... amin

di majlis kahwin jiran dia, sedare jauh saye... =)
 Untuk kamu Dayah...

masihkan kau ingat,
setiapa detik yang pernah kita lalui,
kenangan zaman kanak-kanak..
kita melukis dan mewarna bersama...
Yang pasti kau akan mewarnakan untukku,,
kerana aku tahu kamu sangat cantik mewarna berbanding aku...

Ingat lagi tak masa kita sekolah fardhu ain,
Di mana Cikgu Muniah (allahyarhamah)buat  kuiz ikut grup...
Then, kumpulan kita menang,
dan kita dapat hadiah kotak 4 segi setiap sorang..
Cikgu kata, kita takleh buka..
sebab dalam tue ada burung..
nantu burung terbang...
Hakikatnya, itu adalah kek...~_^
Dayah,
Terima kasih kerana menjadi temanku,
Bersamaku dalam suka dan duka,
Kita bergembira meniti zaman persekolahan..
Bersama saling mengingati dan membantu
walau adakala kita berbeza,
Namun dunia kanak-kanak tak penuh emosi,
Hari nie gaduh, esok kita bersama semula...

Dayah,
Untuk semua yang pernah kita lalui,
Untuk semua yang pernah kita harungi,
Terima kasih sahabatku....
Aku sayang kamu kerana kamu adalah insan yang dipinjamkan Tuhan untukku..
Maafkan untuk semua salah dan khilafku...
Halalkan jua segalanya...
Moga kita tetap kawan selamanya~~~~^_^

p/s: teringat dia sebab pagi tadi dia msg ajak jumpa... Sori dayah, aku dah kat puchong bukan Melaka lagi...huhu

Tuesday, September 15, 2009

bila pena menari....

Assalammualaikum..

Alhmdulillah, msih diberi kesempatan berada di muka bumi. Baru jea pas test tadi.. Huhu.. ntah ape saya ngarut kat MSDS td..huhu..

nie nk share ape yg telah dibuat tika mengntuk di dalam kels..

Dulu bercinta jarang berjumpa, nak jumpa pn kena ada orang tua,
adab susila baik dijaga, takut direject bakal mertua...
Zaman la nie, kalau memalu, orang kata pirah lu..
xyahlah berlakon kalau dah xlaku, sbb tue semua dah jadi hantu...
Bila diri dh dirajai nafsu, dating bdua dh xtaw malu,
xkisah pn org sekeliling dh berbulu, tgk perangai cam pengantin baru...
Duhai adam jangan begitu, mana hilang segala ilmu,
bukan ringan beban di bahu, memimpin hawa itu tugasmu...
Pada hawa ingatlah pesanku, dirimu itu umpama ratu,
ketegasanmu amat diperlu, usah lemah dipujuk rayu...
Bukan menghalang untuk bercinta, cuma biarlah ada batasnya,
agama Islam agama mulia, jangan terhina kerana kita...
Usah gundah bila sendiri, telah dijanji teman di sisi,
andai didunia tak kau temui, moga di syurga dia menanti...

dicoret pada 14/9/09
bila toxicity ngn segala ilmu..kne wat detoxification sndiri..
so, nie salah satu cara detoxicfication.. hehe=p

Saturday, September 5, 2009

just wrote...

Lirik Bicara Hatiku - Nice

Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ


Bilakah….Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya

Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini
Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….


P/s -- Boleh saya minta izin sesuatu? Sudikah awak jadi teman hidup saya? Hanya untuk dalam mimpi saya... Saya tahu bunyinya macam bodoh, kerana realitinya awak takkan dapat menerima saya. Sebab pintu hati awak dah tertutup rapat. Dan sebab itu saya memohon keizinan itu, supaya awak sentiasa dalam ingatan saya. bercinta dengan saya, menjadi permaisuri hidup saya, walau hanya dalam mimpi. Kerana itu sudah cukup membahagiakan saya~~('',)

Saturday, May 30, 2009

yang ku miliki

saat ini yang ku miliki...

hanya secebis rasa...

yang masih bersisa...

setelah segalanya berlaku...

yang ku miliki tika ini...

kesedihan yang tak kunjung reda...

kepedihan yang tak terungkap...

kesakitan yang tak terlihat...

yang ku miliki waktu ini...

secebis ruang dariNya...

selaut kasih kurniaanNya..

sehampar sayang dariNya..

yang membuat diri masih ampuh bertahan...

sungguh..

sebenarnya ku tak miliki apa pun..

kerana ku sedar semua pinjamanNya...

lalu ku cuba memahami...

erti kasihNya...

melalui dugaan yang tiba...

ku cuba mengerti sayangNya...

melalui titisan air mata yang mengalir...

Dia cinta agungku...

namun ku masih tersasar dariNya...

biar seringkali ku tersasar...

rahmat dan magfirahnya masih menemani...

membuat diri malu untuk mengakui..

layakkah diri ini untuk mencintai...

Monday, March 2, 2009

........

Bicara hati untuk lelaki itu...

Hari ini entah mengapa, sejarah semalam berulang di ingatan. Sungguh, walau puas ku cuba untuk menyingkirkan namun wajah kecewanya jelas terbayang di ruangan mata. Duhai lelaki, aku tidak pernah bermaksud menyakiti hatimu atau mencabar egomu. Aku cuma ingin kau tahu rasa ini adalah anugerahNya. Salahkah untuk aku menghindari bila aku menyedari aku hanya insan yang lemah dalam mengawal hati. Aku ingin kau memahami bahawa ada batasan dalam hubungan ini. Aku tidak mahu menjadi alat syaitan menewaskan kau wahai kaum Adam. Andai benar kau memahami makna sebuah perhubungan dan matlamat hubungan itu, pasti kau mampu melihat betapa aku jua menyayangimu. Namun selagi sebelum lafaz keramat itu kau ungkapkan, biarlah kita seperti ini. Andai takdir menentukan kaulah pelengkap hidupku, maka ku yakin saat itu pasti tiba.

Sementara itu, sebelum sebarang lafaz menjadi tanda ku doa moga kita terpelihara dari tertipu dengan indahnya dunia. Andai takdir bukan milik kita, maka moga kita akan tetap tergolong dalam golongan umat yang mensyukuri nikmatnya. Usah risau biar teman disekeliling sibuk bercerita. Sesungguhnya memegang agama di akhir zaman umpama memegang bara api.


Hanya sekadar perkongsian idea.. Bicara seorang teman pada seseorng.. Xsalah rasanyer nak mengongsikn bicara dia... =}

Wednesday, February 11, 2009

...Maafkan aku...



Hidup bukanlah semudah direncana... dugaan datang silih berganti...

saat kita rasa segalanya sempurna, kita hampir lupa bahawa kita hanyalah hamba... yang terdaya merancang sedang tadbir itu ada padaNya..
Dan DIA lebih tahu....


".....harus ada rasa bersyukur

disetiap kali ujian menjelma
itu jelas membuktikan ALLAH mengasihimu setiap masa...

diuji dalam keimanan,

sedangkan ramai terbiar dilalaikan..

hanya yang terpilih sahaja mendapat rahmatNya...".

naik cuti sem nie, the 1st thing i want to do is to forget n forgive the past.. I trying to be myself more b4 i will hurt others cz i'm lie just to make them epi..

ape yang sy merapu dh nie.. Oklah, mcm nie jea saya cuma nak jalankn hidup cam biasa.. Menikmati saat2, detik n waktu yang dipinjamkanNya dengan sebaiknya. Menjalani setiap dugaan dengan berlapang dada, menerima setiap ujian dengan ketenangan...

So far, tnpa kita duga hati manusia itu terlalu rumit untuk difahami. Andai sekalipun mereka tersenyum, bukan kerana suka, andai sekalipun mereka tertawa, bukan kerana gembira.. kerana kita yang bergelar manusia sering bsembunyi di sebalik lakonn diri sendiri.. Jika saya mmpu tsenyum saat saya ingin menangis, mengapa tidak saya memahami ada hati yang terguris saat senyum terpamir...


Ya ALLAH, sungguh diri ini lemah untuk menafsir segalanya.. Ya RAHMAN, hamba yang lemah lagi hina ini sangat berharap kepadaMU, lindungilah diri ini dari segala kesedihan dan keburukkan... Ya LATIFF, hambaMu yang daif ini memohon kelapangan hati dan ketenangan fikiran agar dugaan yang hadir lebih menguatkan cintaku kepadaMu...lebih mendekatkan hati yang alpa ini denganMu...



Buat teman-temanku,

Andai pernah ada hati yang terguris, jangan lindungi di sebalik tawa kerana aku hanya manusia biasa yang xmmpu mencerna setiap laku n perbuatan..

Teman,
Maafkan diri ini kerana xbisa menjadi seorang yang teman yang dikau impikan.. Namun, percayalah kasihku kepadamu xpernah sirna walau pernah ada parut luka yang kau guriskan, kerana aku menyakini disebalik semua ini ada hikmah yang tersembunyi. Maka itu walau aku terhiris pedih, akan ku pendam di dasar hati agar xterkesan pada zahir. Namun, ku harus akui bukan mudah melaksana semua itu. Seringkali segalanya jelas diwajah saat ku rasa beban semakin menekan dipundakku..

Maafkan aku teman, maafkan aku kawan, maafkan aku sahabat...

actually, something had happened hari nie. kdg2 kita sngka kita xwat pape, tp tib2 teman kita menyisih,,,maka renunglh kembali kali terakhir kita bertemunya. Adakah kata2 kita sampai padanya spt yg kita mksud atau rupanya dia menyimpan kata2 itu dihatinya... itulah yang terjadi pada diri nie... sungguh, tidak menyangka dia xdpt menerima wlau telah dijelaskan itu semua adalh gurauan. Sukarnya menafsir hati orang. Namun sekurang2nya ada yang ku pelajari bahawa dirinya terlalu sensitif... Walau pelajaran ini terpaksa ku terima dngan air mata....
Apapun, thanks wat budak2 kelas semua... Saya mampu tersenyum n bgelak tawa dgn jenaka n senda graw korg walau irama di hati sudah xsenada.... sekurang2nya saya taw msih ada yg memahami diri ini... msih ada yang menyayangi diri ini... msih ada yang mengambil bert diri ini...




Itulah keadilanNYA, itulah rahmatNYA, itulah kasih sayangNYA... diduga dgn seorang insan, diberikan 1 kelas sebagai ganti=)