Saya jarang berbual dengannya. Jika ada pun, hanya sekali sekala. Dia lebih dikenali sebagai tegas dan garang, maka sebab itu kami jarang berinteraksi. Namun, semakin menginjak usia, saya cuba mendekatinya. Saya tahu dia bukanlah terlalu sukar untuk didekati..
Dan baru-baru ini, saya baru tahu ceritanya. Cerita yang saya tidak pernah menduga kerana dia jarang berkongsi cerita. Jadi pengakuannya hari itu membuatkan saya terdiam seketika.
Siapa menduga disebalik dirinya, rupanya dia jua ada kisah tersendiri.
Kisahnya begini, saya bertanya kepadanya; mengapa gadis itu dipilihnya. Pada mulanya dia mengelak untuk menjawab, namun mungkin kerana dia tahu saya adalah sebahagian darinya, maka dia bercerita. " sebab muka dia sama dengan arwah awek.."
Sejujurnya, saya sangat terkejut dengan pengakuan itu. Andai dilihat dari tingkahnya, tidak saya menduga bahawa dia jua ada pengalaman ini. Arwah gadis itu meninggal awal tahun ini kerana kemalangan.Mungkin sebab itu, kali ini dia segera memulakan langkah. Pertemuan dengan gadis seiras itu baru menjangkau tiga bulan. Tetapi kali ini, dia sangat series. Dia sudah merancang untuk bertunang tidak lama lagi. Dan saya sentiasa mendoakan agar dia akan berbahagia dengan pilihannya. Moga ALLAH melindungi dia.
Dia tetap sebahagian dari saya even siapapun dia. Kegembiraannya adalah kegembiraan saya jua.Saya harap gadis pilihannya itu tidak melukakannya.
Ya Allah, lindungi dia. Berkatilah hidupnya. Limpahkanlah rahmat dan magfirahMu.Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepadaMu dan RasulMu..Amin.