Tuesday, July 31, 2012

diari hati-

Assalammualaikum...

Blog masih lagi tidak boleh dibuka angkara virus apakah... namun, masih cuba saya menulis setiap bait cerita dan kisah yang berlaku. Sedih... masih ada perasaan itu memandangkan diri sudah keseorangan.. Tiada lagi adik yang menemani hariku yang suram... Tiada lagi dia yang menceriakan aku yang kelam... 

A friend is someone who gives you total freedom to be yourself-and especially to feel, or not feel. Whatever you happen to be feeling at any moment is fine with them. That's what real love amounts to - letting a person be what he really is. - Jim Morrison

Tentang dia pula, aku berasa serba salah... Sungguh aku sebolehnya tidak mahu dia terluka. Namun huluran kasihnya tidak mampu ku sambut. Terlalu banyak perbezaan kami.. Tidak mengertikah dia? Atau dia masih hidup dalam mimpinya.... Langkah ku atur satu persatu untuk mendekatkan jurang.. Supaya kami terus berkawan... Supaya dia kekal sebagai rakan... Bukankah menjalinkan silaturahim juga amalan Islam?
Sulit, sungguh sulit tanpa adik di sisi untuk membantu, aku rasa kehilangan. Teringat kembali semua kisah lalu...


Sunday, July 29, 2012

Untuk Bakal suamiku

Assalammualaikum....


Untuk bakal suamiku,
Wahai bakal suamiku, sesungguhnya dirimu amat ku nanti dalam perjalanan hidup ini. Di siang mahupun malam hari. Ku tulis warkah ini dari hati moga ia menjadi lakaran permulaan yang indah buat kita. Pertamanya aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih kerana sudi mengambilku sebagai isteri. Terasa tidak lengkap kiranya aku hanya hidup bersendirian di alam ini tanpamu. Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu.
Semasa engkau melamarku wahai suami, masa itu syukurnya hanya Allah yang tahu. Air mata ini mengalir tidak terasa, mengalirkan kegembiraan penuh makna. Udara itu senang untuk digapai. Rasa yang tidak pernah ku alami. Hargailah aku selalu.
Wahai suamiku, rindu itu buah cinta. Jika ia tiada maka cinta tidak akan berbuah dan layu. Oleh itu hidup denganmu aku berharap rindu itu sentiasa bersemi. Biarpun terkadang diisi dengan air mata dan kesakitan. Namun, perasaan itulah yang sentiasa ada buat kita. Suamiku, bahtera yang kita bina ini ku harap sentiasa utuh dalam perjalanan kita bersama. Kau suamiku adalah pelindung dan pengemudi bahtera ini.
Aku berharap pengorbanan yang bakal kita lalui adalah merupakan pahit ubat yang menjadi penyembuh. Tidak aku pengharapkan pengorbananmu semahal nabi Allah Muhammad s.a.w terhadap Khadijah, mahupun seutuh kasih nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Ismail. Suamiku, pengorbanan itu sesuatu yang perlu di waktu susah dan senang. Kerana ianya adalah mahar segala janji dan mahar yang paling berharga daripadamu.
Suamiku, aku berharap cinta kita terikat bersama dengan cinta kita terhadap Allah. Jika berkurang maka ditambah, jika bertambah maka syukur. Di dalam hidup, aku berharap kepadamu tidak mengangapku terlalu sempurna kerana aku hanya insan biasa. Bimbinglah tanganku dalam melayari lautan ganas bersamamu. Sesungguhnya engkau adalah cerminan bagiku. Jika berjaya engkau maka berjayalah aku, jika gagal maka gagallah aku. Ya Allah, terima kasih kerana dia ada dihati dan jiwaku.
Sekian daripadaku,
Bakal Isterimu.








Wednesday, July 25, 2012

untuk awak....

aku sayang ALLAH....


Assalammualaikum......

Terkadang kita membiarkan hati pergi, pergi menjauh ke tepi muara. Ku pujuk hati, ku merayu. "mari dan mendekat padaku wahai hati, ke pangkuanku". Hati terus menjauh. Lantas ku pujuk hati dan ku katakan padanya "Setiap sesuatu itu telah ditentukan, sabar wahai hati". Hati lalu mendekat, suaranya sudah tidak lagi kedengaran hanya air mata menterjemah segala laku. Lalu hati berkata, "kenapa semua ini terjadi?". Namun tiada lagi kata bisa ku ucap, "maafkanku wahai hati".
















Ya Allah, hati ini telah lama berkarat, penuh dosa dan maksiat, Kurniakanlah kami hati yang baru yang Engkau beri padanya rahmat, Agar hati itu sentiasa berkilat, moga hati yang baru itu sentiasa sihat, dan moga hidup kami menjadi berkat."



Sunday, July 22, 2012

Recently hobbies





Assalammualaikum...

Selamat berpuasa semua.. Moga kita sama-sama dapat menjadikan Ramadan kali nie lebih baik dari sebelumnya... Amin....









Monday, July 16, 2012

Segenggam tabah episod aku...



Assalammualaikum



Bertali arus dugaan tiba, Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis, Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara, Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora, Diredah bersendirian

Satu persatu dugaan datang.. Dalam memujuk diri bersabar... Dalam memujuk diri bertenang...
Ku cuba mencari hikmahnya....
Dengan HP baru dibeli yang masuk bengkel... dengan Hp lame hilang.... DEngan my lovely ayah masuk hospital.. Dengan masalah kenderaan lagi... Semua tue menyebabkan aku rasa stress, tension, sakit kepala,, bengang dan sebagainya... 
AKu tahu pasti ada sebab dan musabab yang aku tak Ketahui kerana DIA (ALLAH) telah mengaturkan sebaiknya untuk aku....
Bukan aku tak redha, jauh sekali tak bersyukur dengan nikmatNYa selama ini, cuma aku lemah dalam memahami lagi semua ini.. Aku insan biasa.... Yang seringkali jua tewas dengan nafsu berja.. Yang seringkali tergelincir jua dengan mainan dunia... Yang hanyut jua dengan dusta si syaitan durjana,,,,,
Apatah lagi bila persekitaran tak menyokong.... sungguh, aku sangat tak berdaya..


Bagaikan camar pulang senja,Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki, Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan, Buat bekalan di perjalanan
Kau rawat luka yang berdarah, Kau balut hati yang calar 

Ayah, saya akan pulang... Saya sedang mencari rezeki untuk semua... Ayah, maaf saya tak dapat kembali segera.. Masih ada urusan di sini.. Saya akan pulang setelah selesai... Jangan risau ayah... Saya akan jaga diri saya baik2 di sini.. Usah risau akan saya... Ayah jaga diri di sana....


Telah tertulis suratan nasibmu, Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu, Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu, Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu, Pasti bertemu tenangnya



Allah, semoga dugaan ini mampu ku harungi.. Allah, jangan jadikan aku hamba yang lemah ....
Moga saya mampu mendekatiMu dengan dugaan ini....







Tuesday, July 10, 2012

Current Mood

Assalammualaikum.....









Saya xtahu what exactly I feel but I'm sure that I feel nothing as I'm being stalker for u...
Yes, I cant think what I suppose to  do.
The best way is let Him to guide me.
Because I'm nothing without Him..

Thank you..

note: Oh, please, let him go away~~~

which one mood???

Assalammualaikum...




Mengadu kat Ecah tentang ape yang ku rasa....
Sori cah, aku sangat keliru...
Aku tak pandai buat jahat kat orang...
Aku tak pandai nak kenakan orang....
Aku marah tapi aku tetap hulurkan tangan...
Aku tak suka tapi aku tetap melindungkan...
Walau kadangkala aku rasa macam melepaskan anjing tersepit..

Sekian...





Monday, July 9, 2012

i am here











zero


Assalammualaikum...



Melihat wajahnya suram, aku jadi serba salah. Salahkah aku membuat dia begitu? Benarkah aku puncanya? Maaf kawan, aku tak tahu bagaimana menerangkan kepada kamu semua ini.
Aku manusia yang punya banyak kasih sayang. Namun aku jua manusia yang sangat berhati meletak kasih sayang. Terutama bila aku tahu ada kisah sebaliknya...

Kawan,

Mengapa harus ini berlaku antara kita? Aku tak mahu merosak hubungan antara kita dengan melukakan kamu. Sulitnya mengubah keadaan ini...Melihat kemuraman wajahmu menyebabkan aku selalu berfikir cara terbaik supaya tiada pihak terluka. Melihat kesungguhan kamu sering menyebabkan aku berfikir panjang untuk tidak melukakan kamu begitu sahaja.... 







Kawan,


Aku tahu rasa itu terlalu dalam untuk aku. Aku tahu betapa kau sedaya upaya melindungi aku dari sebarang keburukkan dan niat jahat orang... Aku masih ingat bagaimana kau melindungi aku dari dia yang cuba mengambil kesempatan keatas aku. Aku ingat lagi bagaimana gentlemannya kau untuk terus menolong walau telah ku tegah berkali-kali. Namun aku juga tahu aku patut rasa curiga tentang semua itu. Aku bukanlah orang yang mudah mempercayai 1001 janji mahupun ayat manis dari orang-orang macam kamu.

Kawan,

Harus bagaimana aku lakukan untuk kau mengerti bahawa aku ingin yang terbaik untuk kesudahan kita. Lalu, dalam sunyi malam aku selalu berdoa, moga ALLAH tunjukkan aku jalan penyelesaian ini..
Dalam hati ada harapan yang terbina, suatu hari kita akan berkawan ikhlas keranaNYA. Tanpa bisikan rasa ataupun perasaan dusta, kerna yang terbina nanti adalah ikatan persaudaraan mu'min...

Sunday, July 8, 2012

Thursday, July 5, 2012

cant b xplain

assalammualaikum...

Allah Maha Besar....

 maaf cinta utama,kerana kecewa hadir dlu dr tenang.
 maaf cinta utama, sy lemah lg dlm cinta kamu...
masih melatih diri meletak kamu di puncak tertinggi...


Monday, July 2, 2012

frustrated



assalammualaikum.

bila apa yg dpt x spt yg diimpikn,,bohonglh klu xkecewa.. series saye kecewa....
dan saya tahu bagaimana tidak terurusnya saya semasa berjalan di PKNS ari itu.. Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya sedang putus cinta... Saya sudah tak fikirkan lain, saya cuba merawat kekecewaan saya... Saya cuba memujuk hati sendiri...
Ketika Jay dan Wawa mencari novel di Book Fair, fikiran saya menerawang tempat lain.. Saya tak dapat enjoy seperti mereka...



Dan akhirnya saya berjaya melupakan sejenak kekecewaan bila saya berjaya menderma darah.... Macam pelik tapi that happen... Bila saya dapat menderma darah, saya mula kembali normal. Even saya sudah risau jika saya tidak dapat menderma jugak kerana kekurangan zat besi seperti dulu,,, Berkali Doktor membuat ujian zat besi terhadap saya sebelum membenarkan saya menderma darah....

Dan akhirnya saya mampu tersenyum.... Nie semua gara kamu HP baru ku yang tak seperti kuimpikan....


p/s: Pakcik, nnt hadiahkan saya HP baru seperti saya impikan boleh x??? ^_^