Friday, November 30, 2012

Wednesday, November 28, 2012

diari hati ii

Assalammualaikum...

Penat menaakul dan memikir langkah yang perlu diambil. Dalam merancang masa depan, memikir keputusan yang perlu diambil bila tiba di persimpangan untuk memilih. Cuba tidak memikirkan kemungkinan tapi bukankah merancang dan bersedia itu perlu?? Namun sebenarnya telah disandarkan segalanya pada Yang Esa agar keputusan yang diambil dalam rahmat dan keberkatannya. Moga itu yang sebaik-baiknya untuk seorang insan yang kerdil lagi hina ini...

Mencuba mempositifkan diri... meninggalkan segala syak wasangka yang bersarang.. mengenali diri sendiri... Titisan jernih mengalir saat mengingati bahawa telah lama cahaya ini kehilangan NUr nya... Bila diselami kehilangannya, dia akui di sana segalanya bermula.. Saat perasaan yang tak terungkap itu tersimpan kemas.... Saat perasaan itu begitu kuat berputik di hati... dan saat itu jua dia dikecewakan..... Di sana bermula dan dia tak pernah lupa.. kerana itu dia semakin asyik dalam dunia khayalannya...

Dan kini dia bertatih kembali... Mencari keikhlasan pada senyumannya, mencari ketulusan dari hatinya.... Dalam doa setiap masa dipanjatkan, moga dia mampu melepaskan masa lalu yang kelam dan tidak terus mengingati.. Moga diberi kekuatan untuk bangkit dari kegagalan dan kesakitan yang tidak pernah dia sangka menjadi penyekat langkahnya selama ini....  Rupanya parut lama itu tidak pernah sirna dari hatinya....

Sikap negatif menyakiti diri sendiri... Kawan, saya fikir kamu silap bila kamu mengatakan saya negative thinking.. Tapi bila saya buku Kekuatan Emosi, baru saya akui kata kamu ada kebenarannya... Kawan, saya selalu meminta kefahaman dari kamu.. Kamu selalu mengalah kerana kamu terlalu menyayangi saya.... Doa saya moga kamu diberi petunjuk untuk kita bersaudara dengan keikhlasan.....

Kawan, terima kasih kerana hadir dan menjadi kawan saya.


....

Monday, November 26, 2012

Di sebalik tabir Reunion Best 2 stick together

Assalammualaikum...

Selamat Hari Asyura semua... Tahniah kepada mereka yang berpuasa, mudah-mudahan amal anda diterima ALLAH. Alhamdulillah, gencatan senjata telah diumumkan di Gaza (walau bagaimanapun berwaspada adalah perlu kerana Israel pernah mengkhianati berkali-kali).

Semalam, semasa bekerja tiba-tiba panggilan masuk dari Ira. So, this girl ask for meet at mid valley that night. Wah, so suddenly. I just can say In shaa ALLAH. afterwards, saya hantar sms ke housemate saya untuk teman.Perkara utama yang menganggu dalam otak saya ialah peristiwa kena kacau dengan Negro semasa pulang lewat malam seorang diri di LRT. Kerana itu saya perlu mencari kawan untuk menemankan saya bagi mengelakkan peristiwa sama berulang. Jika dahulu saya selamat, maka kali ini saya perlu membuat pencegahan. Dan housemate saya kata dia tak mahu ikut. Nampaknya saya terdesak mencari teman. lalu satu idea luar jangkaan muncul. Dia... Setelah berbincang dan meminta jasa baik dia untuk menjadi bodyguard maka akhirnya dia lah yang menemankan saya.

Selepas maghrib, kami gerak ke LRT. Semasa tunggu LRT dah dapat melihat pandangan pelik beberapa orang terhadap kami. Ira, is because of u dear.. Because the Best II, but it is an experience for me. If before this, I see them weird, today is my day.. A Muslim girl with Non-muslim man. Deep inside, I hope that I not take wrong decision. Like a stone for 2 birds. I just want to prove what I say to him that we can be friends even we are different religion.

We arrived at Mid Valley around 8.30pm following the time given even I had sms Ira to tell I may be late because  going by komuter. Actually, i'm in category early with Izzrin. After make a call to Izzrin, i just walk with him because I taught Izzrin had bring friends. So, I dont want my bodyguard being uncomfortable with that situation, so I just go walk with him.

Then, around 9.30pm, Ira said that she had arrived with Farah. So, the place decided is Nando.
When I arrived there, Dyedo n Farah brothers also there. Luckily, I had told Ira the imported bodyguard. Then, Moon dan Izzrin pulak sampai. Bila dah berjumpa, memang kecoh lah... Akhirnya dapat jugaklah dyedo yang selalu escape kalau nak wat gathering nie. Moon dan Izzrin pulak baru balik dari kerja terus pergi. Tak ingat pulak yang lain. Then Ezrina dgn kawan dia sampai. Yang pasti program utama adalah Ira nak bagi wedding invitation.

Even tak sampai sejam kot duduk ramai2, sekurang-kurannya saya masih merasakan  ikatan persahabatan yang pernah terjalin 9 tahun dahulu masih wujud. Oh ya, Farah dah umumkan untuk save a date dalam bulan Mei. Well, nampaknya semua dah mengorak langkah setapak nie, MOON, kita cmner??? hehehe.....
Lebih kurang jam 10.30pm, saya meminta diri bersama Izzrin kerana mengejar train.. Saya bukan tak mahu memandu kekasih saya ke Mid tapi saya tak pernah berjalan-jalan sekitar KL. Sorry sayang2.... Buat bakal bride to be, thanks for the treat that nite.... Semoga dipermudahkan urusan anda menuju ke hari bahagia. In Shaa ALLAH, we (BeSt II) will be there.....

nota : Dia adalah pekerja saya. Dia adalah Nepal. Dia kawan saya di tempat kerja. Selalu jadi mangsa saya bila saya angin. Bukan saya tak nak ajak Melayu, tapi tempat saya tak ramai pekerja Melayu mahupun Malaysia. Kalau ada pun kebanyakkan bini orang dan laki orang. Sebab tue saya bawa dia. Lagi pun saya nak buktikan kat dia, tak semua orang Mlaysia suka ambil kesempatan atau buli mereka (oh, harap dia jugak tak ambik kesempatan atas kebaikkan saya... ^_^ ).

p/s: thanks for the present Dosti.... haha.. Dah macam zaman sekolah dulu bila dapat hadiah macam tue...  ^_~

Saturday, November 24, 2012

kisah dan cerita (7)

Assalammualaikum...


1) Ada orang cuba curi ambil gambar saya. Motif?? ingat saya tak perasan ke En?? Saya buat-buat tak tahu sebab saya tahu kalau saya buat saya tahu En akan menimbulkan masalah dengan saya. Pengalaman sekali terkena membuat saya berhati-hati. Sampai sekarang masih saya ingat, setiap ayat yang pernah En tulis yang membuat saya terluka dan mengerti bahawa lelaki seperti kamu mempunyai ego tinggi tapi tidak mengukur baju di badan sendiri.
nota: jagalah hati isteri En... hargai setiap yang dimiliki....

2) Ada aku kisah kau nak buat propaganda terhadap aku? Motif?? Jangan fikir kerana kau dapat sokongan dia, kau baik dengan dia, kau pandai ambil hati dia, aku tak boleh marah kau. Kalau kau salah, kau tetap kena marah. Kalau kau buat hal, aku memang akan ignore kau. Tapi kerana aku kasihan kawan aku, aku cuba bertenang, tapi kalau sampai kau gaduh dengan kawan aku, kau buat cerita lagi pasal kawan aku, sampai kawan aku jadi mangsa, aku akan buat tindakan untuk betulkan keadaan.

3)Ada 3 orang pekerja baru datang dari Nepal. Ada seorang pekerja Cina baru masuk. Salah seorang pekerja Nepal baru tergolong agak pandai. BI dia quite good. Ada sekali dia buat action macam harimau mase aku tanya siapa suruh pack tomyam..
N: "that pregnat woman with ngaum...."
Me: ha??
N: dont say with her...
macam-macamlah korang.
The chinese boy is quiet and shy person..... A little bit weak sampai tak sampai hati nak suruh dia buat kerja berat-berat. Dia dah kehilangan emak dia since umur 3 tahun... Sekarang tinggal dengan ayah dan nenek dia.

4) Dia dah pandai respect aku. Mungkin dia gembira aku layan dia baik. Cuma dia tak tahu aku mungkin akan tinggalkan dia tak lama lagi. Sekarang aku cuma berdoa supaya ALLAH tunjukkan aku jalan yang benar. Sebab aku rasa aku banyak sangat dosa sampai aku keliru antara nikmat dan ujian. Ampunkan dosaku Ya ALLAH. Berkali memohon ampun, namun masih jua seringkali tertewas dalam melewati hidup.

5) awak, setiap kali saya berfikir tentang seseorang, awak akan muncul dalam mimpi saya... Dan mimpi yang terbaru ini menyebabkan saya semakin penasaran dalam mentafsir semuanya. Awak hadir untuk menemui wali saya. Awak sanggup menunggu untuk berjumpa mereka. Tapi kenyataan sekarang, awak tak bagi saya hint apa2... Bagaimana harus saya lakukan?

6) tak dapat derma darah sebab kekurangan zat besi lagi.... oh no... huhu

Wednesday, November 21, 2012

kisah dan cerita ( 6)

Assalammualaikum....

1) colleague aku xde slame 2 minggu yg memerlukn ak take over dia punya tempat.... memndangkn hari senin ak take leave gak, dtg ri slase mcm2 kne wat...
p/s: nk jea ak tulis ape yg blaku n soln yg menyakitkn ak..... owh, blog bukn tempat tulis bende bukan2...

2) kn ari jumaat ak tinggalkn mereka dlm keadaan ak pura2 marah.... so, ri selase ak dtg ak wat2 xckp dgn diorang.... Haha.. terus berangin jea budak tue dgn ak.. xnak cakap.. angin memanjang..... smpailah Madam bg ak arhn yg kne gunekn diorang, br ak bg arahn... Mula2 dia mcm marah jea, ak wat a cool..(dalam ati dah gelak guling-guling sbb ak taw dia  nie mesti angin sbb ingt ak marh kat dia lg)..    Oleh kerana aku buat macam tiada apa, lama-lama dia cool down lah..  Leh lah cakap... Ingatkn dh bisu....

3) Adik aku plak, makin berani.... sgt kot.. aku geram tapi dia tetap yg terbaik pade ak skrg.. Msg ak bg, dia simpan ok.... Ak godek2 hp dia.. hahaha...

4) X-awek dia ajk dia kawen ok... Ape perasaan ak?? ak cakap, baguslah.... dia sayangkn awak, kenapa xnak... Saya kawan awak.... hehe

5) i learned the hard way that I cannot always count on others to respect my feelings even if I respect theirs. Being a good person dont guarantee that others will be good people too. we only have control ourselves and how we choose to be as a person. As for others, we can only choose to accept them or walk away....


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Ulang Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Sunday, November 18, 2012

selangkah mengubah kehidupan

Assalammualaikum...

Salam Maal Hijrah 1434...
Buat saudaraku di Palestin, hanya doa pada yang Esa mampu ku panjatkan moga kalian dilindungi dari serangan tentera israel...
ALLAHU AKBAR,
Bantulah mereka wahai ALLAH, mereka saudaraku, mereka teraniaya, tunjukkan kekuasaanMU kepada musuh-musuh kami ALLAH...
Betapa besarnya ujian yang ditimpakan ke atas mu wahai saudaraku, namun semangat syahid dan perjuangan tidak pernah luntur dan sirna walau sedetik dalam hidupmu. SUBHANALLAH...
Moga kalian terus diberi kekuatan untuk mempertahankan iman dan agama, AMin.

Esok, satu langkah akan ku ambil dalam usaha mencari jati diri, dalam usaha mengenal nurani, moga dalam redhaNYA, moga inilah sebaiknya untukku..
Doaku,
YA ALLAH, sekiranya perkara ini baik untuk agamaku, baik untuk urusan duniaku, baik untuk kehidupanku masa kini dan akan datang, maka permudahkanlah ia untukku,
Dan YA ALLAH, sekiranya perkara ini tidak layak untukku, membawa kemudaratan dan kezaliman padaku, pada masa kini atau datang, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya dan berilah aku pengganti yang lebih baik dari perkara ini...
ALLAHHU RABBI...

YA ALLAH, aku bermohon segala perkara yang baik sama ada datangnya lambat atau cepat, yang aku ketahui atau tidak ketahui,
Dan aku berlindung denganMu dari perkara yang buruk, kesedihan dan kemudaratan sama ada datangnya lambat atau cepat, yang aku ketahui atau tidak ketahui.

Thursday, November 15, 2012

Kita kawan jea

Assalammualaikum...

Hari ini mood nak merapu datang lagi...

Awak, kita kawan jea lah..
Tak payahlah lebih2...
Awak xkenal pun saya cmne..
Tetibe awak cakap awk cinta saya.
Awak ingat semudah tue ke kita terima awak?

Awak, kita kawan jea lah...
Sebab saya tak nak terluka lagi,
Sekali saya sayang, sampai sekrang sy kenang.
Siapa orang2 yang pernah hadir dalam hidup saya,
Nampak saya ganas,
Tapi jiwa saya sangat lembut,
Saya masih sakit tiap kali terkenang kisah cerita lama...

Awak, kita kawan jea lah...
Kenapa awak nak paksa2 saya suka awak...
Saya memang suka awak tapi mcm kawan jea,
sebab saya tahu ada tembok tinggi antara kita...

Awak, kita kawan jea lah...
Awak kata awak cinta saya,
Awak sanggup buat apa saja utk saya,
Jadi saya mintak awak jadi kawan saya saja.
Tue pun awak susah nak buat,
Awak kata saya hanya boleh jadi kekasih awak, bini awak,..
Tapi awak tak tahu ke kawan tue luas..
Kalau saya kawin pun, saya harap saya dapat jadi kawan suami saya,
sebab tue pasangan kita digelar teman hidup,
Dia akan jadi kawan kita hingga ke Jannah hendaknya...

Awak, kita kawan jea lah...
Saya dah penat cakap,
saya dah puasa fikir,
saya tetap nak kawan dengan awak...
Kalau betul cinta itu milik kita,
saya tetap nak jadi kawan awak...
Kawan yg teristimewa...


daaaa......


Saturday, November 10, 2012

Surprise and be surprised

Assalammualaikum....

Hari nie tarikh cantik 10/11/12... Plan nak wat surprise kat Lina dengan ada kat umah dia. IZrul lah kata nak amik... Tapi aku yang kena dulu surprised.. Alkisah begini ceritanyer...

Jam 10 lebih, aku gerak dari rumah..  Sampai Lrt stesen aku trunkan tingkap sebab nak bayar entry fee... Tengok xde org jaga.. Aku buka tingkap sebelah penumpang, nak tanya kakak yang parking keta.. Dia kate dah xde kot....

So, pas parking, aku terus beli tiket and then terus turun. Masa tue train dah ade... Dalam train aku sibuk bungkus hadiah... Then, sampai TBS aku bg laluan kat makcik untuk duduk... Aku mcm dengar hp aku bunyi tapi aku wat xtaw... Sehinggalah aku lepas Cheras, br aku perasan hp aku mmg bergegar.Aku angkat suara lelaki,, Then cakap pasal keta.. Lambat gak a aku nak paham dia cakap. Aku faham memula dia suruh ak balik semula sri petaling.... Then, baru aku faham dia cakap pasal keta aku tak tutup tingkap n then kena curik semua bagai....Aku cuma yea kn jea...Then sampai Chan sow Lin ak turun, balik ke sri petaling semula.. Sempat lagi aku balut hadiah Lina... hahaha... Tapi dalam keadaan gelabah sebab otak aku asik fikir Jonet jea......huhu....Then, tengah2 tunggu nampak ada 2 orang budak lelaki.. Saje wat gaye bkn2 kat situe.. Tergelak n tersenyum aku tengok...

Dalam train sempat gak berbual dengan diorang. Diorang nak g batu pahat. G umah majlis kawen kawan dia.. Ala, budak form 4 n form 3 kot... Then, yang F4 cakap yang F3 sedih nak tinggalkn aku masa diorg dh nak smpai TBS.. ntah pape jea diorg nie...Aku gelak jea lah.. sbb jumpe pun x sampai 10 minit.. Lambai2 lah mase diorang kuar...

Sampai sri petaling, aku pun berjalan balik ke kereta aku.. Aku dah nampak polis kat situe.. Korang jangan tanya perasaan aku dan fikiranku.. Memang blur sampai tak tahu nak rasa apa.. malu ada, bengang ada... hehe.. Diorang block keta kau dengan keta myvi diorang.. Ada 2 orang polis.. Aku sampai dekat keta.. Aku dengar lah ceramah free sekejap... Agak2 apa perlu korang buat dapat ceramah free??? Aku pun senyum dan senyum sahaja....

Dia tanya nak pergi mana.. Aku cakap g Gombak, nak wat suprise kawan.. Then diorang gelak sebelum kate jadi sekarang awak yang surprised dulu lah... Aku cuma senyum.......^_^

Dan akhirnya aku sampai kat Wangsa Maju pukul 1 lewat sejam dari wktu asal kul 12... Sampai umah lIna, aku duduk diam2.. mak dia tengah masak.. ak nak tolong dia kata tak payah... Aku pun duk diam2 jea lah.... Tunggu punya tunggu... Kul 3 lebih baru cik Lina sampai umah...

Nyanyi2 masa dia buka pintu... Dia terkejut dan tersengih jea lah... hehe....

Done....

nota: ada 5 nombor telefon naik kerana kereta aku tue..... Maaf dan terima kasih encik polis...^_~

Friday, November 9, 2012

Di antara 2 cinta

Assalammualaikum....

Hujan renyai di luar seakan senada dengan hujan air mata yg mengalir... Asiffah jiddan wahai hati... wahai nurani... Tak mampu ku luahkan secara zahirnya... Kerana hanya pada yang satu, aku mempercayai......
Dalam titis yang mengalir, ku luahkan sedikit demi sedikit beban di hati pada DIA.. Hanya pada DIA....
Cuba memaknakan cintaNYA.. cuba meraih cintaNYA... Biar terlalu berliku bagi insan kerdil yang masih ketandusan amal ini...

Pergilah... buanglah rasa ini jauh-jauh dan jangan kembali.... Kita berbeza... Malah kita akan melukakan banyak pihak... Untuk saat ini, untuk tika ini, saya hanya mampu katakan tidak... Biarlah kehilangan sekali lagi dari penyesalan di belakang hari...

YA ALLAH,

Kau mengetahui yang aku zahirkan dan aku sembunyikn...
Maka aku berdoa padaMU ALLAH...
Kembalikan cintaku kepadaMu..
Bantulah aku melepaskan semua rasa yang tak sepatutnya....

Berikan daku kekuatan hati, kecekalan, dan ketabahan dalam melalui ujian ini.. Bersihkan hatiku dari segala prasangka dan sifat mazmumah dalam menilai manusia.. Ingatkan bahawa aku hanya hambaMu... Tidak layak menghukum mahupun menilai sedang diri sendiri masih merangkak menuju cintaMu...

Terima kasih kerana hadir...
Ku tahu kau sebahagian dari warna kanvas hidupku,
Biar warna ini akan luntur dibawa zaman,
Namun masih ada kesannya yang ditinggalkan..
Kadangkala ingin sahaja ku lupakan realiti...
Berada di alam mimpi untuk merealisasikan segalanya...
Tapi tak berdaya menipu diri sendiri...
Kerana itu aku membuat keputusan
Demi untuk satu persaudaraan......

Tuesday, November 6, 2012

kisah dan cerita (v)

assalammualaikum,,,,

1)Kena tahan dalam cold room... just want to spend time.. to see n to look... They say I'm acting.. Yes, I'm d best actress.. Banyaklh diorang.. aku dah sampai cakap sambil mengigil pun kena tahan lagi.....Last-last bagi gak aku kuar dari coldroom...

2)Tetibe ak asyin nak menyanyi Koi mil gaya.. aku google maksudnye ( saya telah jumpa seseorang... hahaha.. apekah....

3) Aku mimpi pasal bayi hisap susu, maksudnya agak x baik setelah ak google2.. Allah, aku berlindung denganMU dari kejahatan syaitan dan juga sihir2 mereka....

4) Dah dapat tarikh appointment dengan Doktor Pakar.. 29hb 1....


Sunday, November 4, 2012

Harapan

Assalammualaikum...

"Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali
Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malam mu mencari kasih ku oohhh
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya
Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu oohhh
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Hati ku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita selamanya"

by :Hyperact

Semenjak dia kehilangan, aku mencipta harapan sendiri..Mungkinkah ini takdir yang tertulis untukku dan untuknya... Walau kadangkala terasa ini hanya angan yang kelam namun tak jua mampu melepaskan. Kerana pada dia aku pernah meletak rasa......
Hatiku, meratap setinggi gunung, pastiku mencari bintangnya, Menjadi CAHAYA, menyinar impian hidup kita selamanya...

ALLAH, kuserahkan segalanya padaMu.. Jadikan aku redha dengan segala ketentuanMu.. Amin....

Saturday, November 3, 2012

Takdir untukmu

Assalammualaikum...

Saat ini,
Pasti segala kenangan yang pernah dilalui sentiasa terimbau,
Pasti ada kala air mata jernih juga turut mengalir,
Pasti ada kala terlalu pedih rasa hati...
Bila dia pergi tak kembali,
Apatah lagi saat itu hanya kau disisi menemani,
Bertambah perih rasa jiwa,

Duhai kamu,
Moga terus tabah dan cekal,
Entah mengapa hatiku rawan,
Tak mampu disisi untuk menemani,
Malah tak mampu berkongsi rasa hiba yang menggunung,
Dari kejauhan ada doa ku titipkan..

Duhai kamu,
Ku tahu kamu duka,
Ku tahu kamu pasrah,
Ku tahu kamu redha,
Ku tahu kamu kehilangan,
Dan ku harap aku mampu membantu melepaskannya...

Duhai kamu,
Maafkan aku..
Kerana permintaan hati ini tak mampu ku zahirkan..
Bersembunyi di sebalik metafora bahasa,
Melindungi resah sendiri,
Dalam mengingatkan hati dan diri,
Segalanya ketentuan Ilahi.........



Friday, November 2, 2012

kisah dan cerita (iv)

Assalammualaikum...

1)Hari nie aku dapat dah cerita dari versi partner aku plak... Apa yang aku leh simpulkan ada lah misscommunication bercampur dengan kebengangan melampau... Nepal tue salah sebab dia besar kepala, partner aku plak salah sebab buat camtue yang boleh menyabitkan beliau dengan kesalahan walaupun dia tak memaksudkannya.....

2) ada aku kisah kau marah sesuka hati kau... Go ahead.... Ingat kau jea leh emo.... Kes orang lain, dengan aku sekali kau libatkan... Semalam okay jea kau....

3)gajah dengan gajah gaduh, kancil mati kelemasan kat tengah2...


Thursday, November 1, 2012

kisah dan cerita (iii)

Assalammualaikum....

1)Ari nie(31hb) jalan FCOT 14 batch, bl Alex takde, maknenye akulah kena balik lewat.. Sbb xde komitmen.. Erm, mungkin kot.. hehe...So, aku balik lepas siap semua batch.. AKu paksa Jackie tunggu aku (sebenarnya pakse dia tolong aku)....hehe.. Aku kejap kate dia ke sini, kejap ke sana... Then Vinod dah senyum perli jea bila tengok Jackie asyik berubah arah ke sana kemari atas arahan aku....haha....

2)Tetibe ade lagi kes tengkar kat production. Aku plak selalu hilang time2 tue.... Tetibe Madam soal, ape cerita tadi... Aku terus blur.. Aku cakaplah aku tak tahu sebab aku takde kat situe,... Bila aku tanye little bro, dia cakap yang pasal kwn aku g baling pakcik dia.. Jadi dia orang teraselah...Dia orang rase macam kite orang anggap diorang nie animal, leh pukul2 suka hati...
nota: masa aku datang balik production pukul 4.45 lebih kurang, aku tengok keadaan dingin.... Aku tanya partner aku, dia suruh tanya Nepal, aku tanya nepal, dia tak nak jawab... Last2 aku terus blah jumpa Madam dapat soalan cepumas camtue... huhu

3) Tiap kali aku terangkan kat dia apa beza masuk Islam untuk kawin dengan masuk Islam dengan kenal Islam, mesti tak sampai meaning aku..... Aku rasa tak tahu nak wat camne.. Dan tetiba 1 persoalan muncul, adakah aku berdosa bila aku menyebabkan dia tak masuk Islam. Sebab dia kata dia akan masuk Islam kalau itu halangannya dengan syarat aku sanggup kawin dengan dia... Tapi, aku pun cakap, kalau masuk Islam sebab nak kawin dengan aku jea, baik tak payah... Masuk Islam sebab kenal Islam.. Aku nie dahlah tak banyak ilmu agama, nak bimbing orang , xlayak rasanya.... huhu

4) Ada satu perkara yang aku suka kat dia cmpare dengan kawan2 dia, mungkin sebab dia suka aku kot dia wat cmtue..iaitu dia takkan wat bende2 yang aku tak suka... seperti sentuh ke apa ke.. sbb dia taw ak sangat benci.. N walau dia bengang sebab aku bebel, dia akan tolong aku jugak buat kerja yang berat sebab dia tahu aku tak kuat.... hahaha...

5) I am going to make an appointment with Specialist regarding syptom I had.. I wish is just a normal things even in the same  time I thinks that it will bring the bad news.. Hope still there..

6) Masa aku balik raya Haji, aku jumpa Awang kat rnR nilai... Aku tolong anto anim ke sri petaling... Anne, Zam n anim nampak aku pkai selendang... Haha.. Msti diorang dh rse pelik sbb xcam aku..hahaha