Cinta yg di ucapkan dengan perkataan kerana nafsu dan takut kehilangan atau Cinta dalam diam
yg di pendam dalam-dalam karna ingin saling menjaga kesucian?
Cinta yang di ungkapkan dengan jalinan mesra tanpa ikatan halal..
Atau cinta dalam diam yang di titipkan pada yang Maha Menganugerahkan??
Salam Ramadan buat Dia yang ingin kusayangi kerana Allah...
Saat bingkisan ini ditulis, ada sendu bersarang dalam jiwa,
Ada gusar yang beraja di raga..
Namun tetap ingin ku luahkan segalanya...
Awak,
Kini saya mengerti kerana apa zahir tak terucap...
Kerana saya tak mahu kita akan terleka dengan keindahan sementara,
Saya tak mahu membuka ruang untuk kita dibuai keasyikkan yang fana,
Walau ada 1001 kebimbangan...
walau ada 1001 kemungkinan
Bila segalanya tak diluahkan...
Percayalah, takdirNYA nanti lebih indah...
kasih kekasih |
Awak,
Andai telah tertulis jodoh itu milik kita,
walau jauh kita terpisah kini,
Yakinlah akan janjiNya...
DIA tak pernah menjadikan sesuatu sia-sia...
Awak,
Kejauhan ini akan menguji,
Sejauh mana kebenaran dalam setiap kata yang pernah terucap,
Seteguh manakah pendirian diri,
Sekuat manakah keyakinan hati,
Awak,
bila jodoh tak memihak pada kita,
Moga kita tak kesalkan lafaz yang tersimpan,
kerana lafazmu itu untuk dia bidadarimu,
dan lafazku untuk dia pendampingku...
Awak..
Memang payah untuk melawan nafsu,
Lebih payah bila persekitaran tidak menyokong,
Maka kuatkanlah pegangan..
Kerana kita hanya perancang,
Sedang DIA yang menentukan~~~
Awak,
Bila rindu berbicara,
Luahkanlah pada DIA,
Bila hati mula goyah,
Kembalikan pada DIA,
Kerana DIA sentiasa ada,
Untuk mendengar segala rintihan...
---salam ramadhan untuk kamu En. A....Lalu pada bicara bisu ku nukilkan ini untukmu... Walau ku tahu tidak mungkin kau membacanya.. Namun. ku percaya pada kalamNYA,
"...... apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi..."
Tiada medan perhubungan antara kita.. Maka biarlah dalam doa kita bertemu...Moga Ramadhan ini menjadi medan untuk kita berhijrah. Ayuh, kita siap siagakan diri untuk melalui perjalanan hidup yang lebih mencabar dengan keyakinan dan iman yang teguh. Ayuh, kita bina tembok kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala ujianNYA.
YA RABB...
"Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi bagian dari hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu..........
..............Seorang lelaki yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.....
Dan aku juga meminta:
Buatlah aku menjadi seorang wanita yang membuat lelaki itu bahagia.......
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan "Betapa besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".
Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau tentukan.
AMIN YA RABB... "
Apapun akhirnya kisah ini, telah saya katakan pada diri agar berlapang dada untuk menerimanya. ^_____^
note to pembaca setia--- bila akhir kisah ini tak seperti diimpi, doakan moga saya mampu melaluinya... Dia hanyalah lelaki biasa...Ini jua kisah hati seorang wanita biasa.. Yang mempunyai hati dan perasaan.. Yang ingin teguh menjadikan Islam sebagai panduan...Yang cuba menguatkan langkah di setiap jalan... Walau seringkali tersasar dari haluan.... Namun tak ingin putus asa pada harapan~~~