Sunday, August 22, 2010

Andai ini anugerah Ramadan~~

Assalammualaikum...

Sekian lama tarian  jemari di sini terhalang..Namun hari ini ku cuba jua larikan jemari di sini.. Alhamdulillah, sudh sebulan lebih saya bekerja di sana. Andai dulu saya pernah bicara tentang dia yang wat saya terluka. namun kali nie, saya ingin berkongsi tentang dia yang sudah boleh menerima saya. Harapan saya moga dia ikhlas menerima saya dan tidak berpura-pura dengan saya. Mungkin ini anugerah Ramadan dari DIA. Terima kasih Ya ALLAH kerna telah membukakan hatinya untuk menerima saya sebagai rakan baru. Sungguh saya tiada niat untuk membuat dia membenci saya. Sungguh saya tidak tahu andai kehadiran saya ini melukakan dia.

Saya cuba memahami dia. Saya cuba bersabar dengan tindakan dia walau saya sering menjadikan alam maya untuk saya luahkan segala. Kerna saya xmampu pendam sendirian...Apapun, saya sgt mensyukuri keadaan  sekarang ini. Kala saya dan dia mmpu berbual mesra dan bergurau senda. Dia saudara saya. kami seagama. Saya mahu dia tahu itu. Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara. Moga persaudaraan kami ini dalam lindunganMU~~~Amin....