Thursday, April 26, 2012

masih ada yang sayang padaku ^_^

Assalammualaikum...

Karangan hari ini bermula dengan lagu yang selalu saya dengar dari Noraniza idris waktu raya...

Masih ada yang sayang padamu
Masih ada yang rindu padamu
Mengapa dikesalkan dirimu
Masih ada yang sayang padamu
Masih ada yang rindu padamu
Mengapa dikesalkan dirimu
Senyum-senyum selalu
Masih ada yang sayang padamu

Berkat bulan yang mulia kita berdoa
Lupa segala derita di hari raya

Syukur pada Ilahi
Apa yang dikurnia
Masih ada insan
Yang lebih menderita dari dirimu

So, alkisah seperti biasa bila aku lalu satu tempat dimana ada H kat situ, aku kena sedia pekakkan telinga dan kuatkan hati..
Tadi tetibe 'adik S' panggil aku dan cakap kat aku camnie..
"Akak, ko taw x tiap kali kau lalu dak H tue mesti cakap langau"
"ha?" (saya xdengar dengan jelas waktu nie...
"dia cakap langau.... macam2 lagi dia kutuk ko..."
"owh, xpelah...akak dah taw... cuma malas nak balas... Dia x puas ati ngan akak tue..."
" oh, ye ke.. Tue lah. aku asik dengar jea dia kutuk2 akak tiap kali akak lalu situe"
"xpelah, akak pun xtaw pe yang dia xpuas ati... is okay sayang... akak okay jer...=)"

Aku jawab dengan adik S begitu....Yea, aku xtaw ape yang H xpuas ati ngan aku... Aku xtaw punca dia  marah aku ... Sebenarnya aku xtaw pape... Tapi dh dia gemar sangat cakap macam tue kat aku, ak dah leh taw dah.. Memang untuk aku... First aku dengar ayat dia cakap mase ak lalu adalah busuk... So, ak ignore... then, bila tiap kali aku lalu dia mesti cakap busuk.... So, okay aku dapat tangkap dia memang tuju kat aku.. Apa yang busuk pun aku tak tahulah... (kawan aku cakap, ignore jea lah perangai orang cmnie .. Dia bukan sesiapa pun untuk aku perlu pikir..) Sebab tue aku ignore jea selama nie.... Tapi bila dah ada yang menunjukkan keprihatinan seperti ini, aku mula bimbang... Bimbang lebih mengeruhkan keadaan...


Then, aku lalu balik kawasan H berada. Aku berhenti sekejap bila exex kwsn tue panggil aku dan tanya ak something. Msa tue ak dah dengar dah H mengatakan sesuatu yang xsewajarnya dan aku cuma diam. Bila aku lalu depan dia, lebih jelas dan kuat dia berkata untuk menarik perhatian aku kot.. So, aku berdiam diri. Teruskan perjalanan seolah tiada apa....


Aku g precooked area, jumpa 'mereka2' yang sering menjadi cara aku mengurangkan tekanan. Tetiba, Tej panggil dan cakap R nak jumpa aku. Aku g jumpa R..


"Cahaya, u tahu x yang H tue tadi bercakap pasal kamu... Dia kata kamu .............(ak xnk describe)"
"taw R, sy taw... tp awk tgk sndiri sy xkcaw dia pun.. Jd sy xtaw knp dia nak buat saya..."
"tue lh kamu sabar saje yer... sy takut kamu hilang sbr lalu sy jumpa kamu"
"owh, xpe.. sy okay jer (mestilh, xkn ak nk ckp ak x okay kot)"


Dan R kembali ke kawasan raw mate semula. Dan aku merasa sedikit ketenangan kerana masih dikurniakan orang yang x terus mempercayai segala kata2 H... Subhanallah... Terus teringat lagu kat atas nie tadi, Masih ada yang sayang padamu..hehe=_


nota kaki: aku nak jer balas balik semua kata2 H tapi aku tengok macam xde point ak buat cam tue...


nota hati: mereka yang x memahami islam pun taw hormat sesama manusia, kenapa H yang beragama Islam xleh macam tue?? Dan lebih sedih bl mereka yang x beragama Islam mempersoalkan benda tue... 
Persoalannya, mengapakah kita di zaman ini,
Dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita..
(Ababil- Raihan)

Renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Wednesday, April 25, 2012

Love letter

Assalammualaikum...

Hari ini mari saya shared kan satu surat cinta pada anda semua....

Someone,
somewhere
Dreams of your smile
And while thinking of you,
Thinks that life is worthwhile

So, whenever you're lonely,
Remember it's true
Someone...
Somewhere
Is thinking of you
C........

My
1. heart
2. eye
7 litres blood
206 bones
5.5 millions red cells
60 trillions DNA's
say to u
"I miss u a lot Chiya"



I
am  Lucky
tO
haVe
friEnd
like U Chaiya...

Walaupun ada unsur penipuan dan rekaan di sebalik tulisan ini, sekurang-kurangnya leh menyebabkan saya tertawa setelah diduga dengan fitnah dan provokasi.... Saya terlalu berkecil hati sebenarnya... Saya akui saya silap, saya cuba betulkan tapi tak berupaya... Silap saya.. Saya kena terima takdirNya. 
Ya ALLAH, saya punya kepala yang sangat keras... hati yang sangat keras... Maka saya selalu terjebak dengan permasalahan... Saya hanya punya Kamu tapi saya tetap juga tak tahu mencintai Kamu... Saya cuba menjadi yang terbaik hamba seperti yang tertulis dalam KalamMu, tapi saya tahu saya tak cukup ampuh..
Allah, saya rindu kamu... Rindu menjadi hamba yang terbaik untuk Kamu.. Rindu mengisi masa malam saya untuk Kamu, Rindu sentiasa mengingatiMu....Rindu untuk meletakkan Kamu di carta teratas bukan pada lidah tapi di hati ini....

nota kaki: 

p/s: but why you no love
why you say anything

my life give u but why..

I love u
Chiya so many..

My Life is just for u..

Sekian surat cinta dari 'dia' untuk "dia".. hehe ^_^

Monday, April 23, 2012

mood separa study....

assalammualaikum...

hari nie kita study pasal total polar compounds..

Apa itu TPC? TPC adalah indikator kualiti bagi mengukur tahap kerosakan minyak masak yang digunakan semasa menggoreng dan ia tidak menjejaskan kesihatan manusia. Tahap TPC maksimum adalah 25% bagi kebanyakkan negara di kesatuan Eropah di mana pada penunjuk ini, minyak masak perlu dibuang. tahap paling fresh adalah 10%. bawah 15%, kira okay... 18% dah redi untuk dinyahkan...

Adoih, lme dah tak buka buku bila kena study balik,, otak jem jap... Lmbat nak masuk... huhu.

Then, bila study jer rindu mak ayah... Cet, homesick dewasa kah?? Nampak sangat tak matang nya aku..
Menghitung hari nak balik kampung, membuat aku makin tak sabar... Dan kali nie, perjalanan rider insyaALLAh.. setelah sekian lama kekasih aku ini dibiarkan di Kinrara sepanjang aku balik, kali nie aku bawa sekali... Hehe...Moga selamat semuanya....

Ya ALLAH permudahkan urusanku... Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kejahatan dan kecelakaan.. AMin....

nota kaki: tak mudah melupakan... tak mudah nak besarkan hati.... Ya Allah, ku cuba kikis persangkaan buruk.. Rupanya terlalu sukar untuk diri ini...

nota hati: senyum dan tawa hanya lindung duka di hati...

^_^

Saturday, April 21, 2012

kenapa kena pakai tudung??

Assalammualaikum...,

Hari nie kena soal kenapa ada perempuan islam yang pakai tudung dengan tak pakai tudung?
Dua kali soalan macam tue oleh 2 orang yang berbeza jantina...

Kena soalan macam tue, saya terkejut.. Mungkin tak menyangka kena soal macam nie oleh mereka... Maka saya berfikir ayat yang sesuai.. tapi tak jumpa .. Maka apa yang dapat saya katakan, itu termasuk dalam peraturan kami. Allah dah tetapkan kami harus tutup tue semua dan tunjukkan pada yang layak jer.. Bagi yang tak nak pakai mungkin mereka ada alasan sendiri.. Tapi sebab dalam kitab kami, Allah dah kata kena pakai macam nie.. Lagi pun, macam kamu jugak ada orang yang taat pada peraturan, ada orang yang tak .. so, lebih kurang macam tue lah jugak...

Seriously, saya blur... Huhu..

Jahilnya saya!! Bagaimana nak berdakwah macam  nie???  bagaimana nak tarik mereka kenal Islam??
Allah, bukakanlah pintu ilmu dan kefahaman untuk saya...Amin..
Di sini jua memori tercipta....

nota kaki:
keluar memalam untuk temankan Cik Lina yang menumpang tidur umah saya pergi minum sekejap...
Dengan mata mengantuk dan berkali-kali menguap... Tapi tahankan jea lah.. Sebab housemate pun semua takde.. Tinggal sesorang jea kat umah....
Hahahaha=p


nota hati :
BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH
Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... 

Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ?

 Biar dia... tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... 

Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...
Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak.

Friday, April 20, 2012

yeh hurm aa gaye kahaan...

Assalammualaikum...

harap semua sihat yea kawan2, teman2, sahabat2 n pembaca sekalian yang sudi meluangkn masa membaca diari terbuka seperti ini..
Petang tadi teman Kak Zira wat treatment rambut... For sure, diorang paksa untuk teruskan treatment kan... Dahlah mahal gila... haha.. Bagi orang tak berduit macam aku lah..=p

Okey, nak samb citer Mr B boleh tak..? sebab tue lah yang boleh wat aku gelak dan wat aku bingung gak.. Tak mahu cerita sedih.. tak mahu cerita sakit hati.. sebab yang tue, aku nak try positivekan diri... haha.. Sebab sakit kepala jer fikir pasal orang yang takkan hargai kita kan.. eh, silap..xpelah, abaikan aje semua nie...

Tadi Mr B menganggu ketenangan hari saya lagi.. kali nie dia mintak sy tengok filem Veer zaare plak... Aku pulak blah jea tadi sebab malas dah nak bagi harapan..hahaha=p Okey, aku memang macam nie.. Sebab aku memang security agak tinggi untuk orang-orang nak menggatal kat aku.. Sebab tue aku selalu dapat jea hadiah anugerah, 'egois, bajet, jual mahal, poyo n etc...'..

As long aku rasa  aku cuma mengelakkan diri dari melakukan laranganNya, aku cuba tak kisahkan kata-kata orang even sebenarnya aku sangat kisah... haha=p Sebab tue, aku suka shared cerita yang lawak2 bodoh macam nie sebab konon2 nak tunjuk ak punya hidup gembira aje.. ^_^

Mr B tadi soal aku lagi,
"Can u love me?"
Aku for sure dgn keyakinn tinggi
"CANNOT"

Dia marah lagi... then ak wat bodoh...Malas lah nak layan B... Aku baik dengan mereka sebab aku suka letakkan diri aku yang merantau kat negara orang... Then, aku perlukan kawan.. Jadi mestilah aku perlukan orang lain gak waktu tue....Sebab tue aku suka cakap aku nak jadi kawan Mr B..hahaha=p

Then, malam nie aku google lah filem Veer -Zaara,.. erm, patutlah suruh ak tengok.. Kisah cinta hindustan dengan Pakistan.. Okey, lebih senang kalau aku cakap kalau kisah cinta Islam dgn bkn islam.. Preity Zinta(pakistan n aku rasa dia Islam).. manakala SRK (hindustanlah..).. Ikut apa yang aku potong2 baca lah.. kalau salah, sorry naa.. Aku tak a g layan movie tue.. Cr sinopsis jer...
Korang dapat tangkap x apa yang aku nak smpaikan???
Ha, dia nak bgtaw lah yang boleh pea bkn Islam bahagia dengan org Islam..

owh Mr B dalam keserabutan aku dengan masalah lain, kau dengn geng2 kau selalu menimbulkan kegeraman aku tapi hanya setakat di mulut... Aku pun dah xtaw nak guna cara apa lagi cakap, KITA SGt BERBEZA..
Aku bukan orang baik tapi aku masih tahu AGAMA aku ISLAM..
AKu masih bersaksi bahawa Tiada Tuhan yg disembah melainkan ALLAH dan NABI MUHAMMAD pesuruh Allah...
Dan aku harap kalimat itu yang sentiasa menjadi pegangan aku sampai akhir nafas aku..
AMin....

Islam tak ajar aku suruh bermusuh dengan bukan Islam tapi Islam semaikan nilai persaudaraan... Kerana itu aku melayan jea karenah korang selagi korang tak over the limit...hehe=)

Aku sempat google translate ckit lagu nie dalam Germany dr filem Veer zaara
yeh hurm aa gaye kahaan...(tempat di mana hanya kita)


terdapat juga resounds sepanjang sejarah kita, di bandar ini tenang daripadatraume strabe pemerah pipi yang
di mana tempat kita hanya
musim ini, jalan-jalan yang berselerak dengan emas
anda dan saya adalah masa keemasan terjaga
negara ini berada dalam keadaan tidur
di bawah selimut salji
Hanya menggunakan alat terbakar
jauh dalam hati kita
raungan angin
badan saya mula bergegar
apabila anda akan menggalakkan
akhirnya kering
satu ribu memohon maaf
Juga terdapat traume glitzen
muncul lebih cerah di hati kita
hahaha... aku pun tak paham dah maksudnya...

Okeylah, aku nak tidur... Nitez semua....

nota kaki: saya bahagia dengar kawan2 saya bahagia...  Moga bahagia saya akan sampai juga nanti.... AMin..
Lots of love.. manusia biasa=nor cahaya=noty gurlz....hehe

Thursday, April 19, 2012

Ingatan Nya untuk hambaNya...


Assalammualaikum



Hari nie buka fb macam biasa then terjumpa benda nie ada kawan shared... Isk, tertusuk  terus pada diri sendiri... Tepat pada dahi.... Aduh....

Kawan-kawan dan pembaca sekalian...
Maafkan saya kiranya tulisan saya selama ini seolah menggamit simpati.. Kerana saya insan biasa.. ada rasa terluka, ada rasa kecewa.. ada rasa bahagia .. ada rasa cinta....

saya menulis bukan bertujuan meraih simpati... saya cuma meluah rasa hati... Mungkin ini bukan lapangan terbaik bercerita semua... Saya hanya mahu satu hari nanti bila saya baca balik semua ini, saya akan ingat betapa untuk sampai ke takat ini, telah banyak yang saya harungi... Bagaimana dengan ketidakmatangan saya membuat keputusan, bagaimana sinisnya saya memandang hidup, bagaimana longlainya berdepan ujian...Bagaimana ALLAH senantiasa ada untuk saya.....

saya pernah mendengar, seburuk-buruk tulisan adalah sebaik-baik ingatan... Maka saya menulis untuk peringatan... Peringatan untuk diri sendiri...  Pengalaman yang dilalui bukan kisah dongeng... tak seindah cerita telenovela... tak sesulit dugaan srikandi nabi... Namun masih bergabung semua rasa.. sedih, gembira, ketawa dan air mata.....


From FB:

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi 
lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn 
penghinaan dia, kita 
juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur '
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah 
hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan 
dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian 
Flashback: During my convocation....^_^

yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. Dia dah banyak buat aku 
macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada 

kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi 
keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~

Wednesday, April 18, 2012

why u dont want to love me??

Assalammualaikum...

Sebenarnya banyak yang saya nak catat kat sini.. Banyak yang saya nak simpan kat sini... tapi keadaan tak mengizinkan.. Masa juga mencemburui...

Petang tadi saya mengawasi mereka packing barang... Saya dan 3 orang pekerja Nepal...Salah sorangnya adalah 'kekasih saya'.. let me give his name as B.. For the 1st, I called B by intercom asked him to take 20 carton for pack. Then, he start to make a joke but I ignore... Terus hang up the phone..

Masa saya dah sampai, dia masih still wat cleaning.... So, macam biasa kena bagi penegasan pada ayat baru diorang buat...Dan sampailah part yang saya ingin sampaikan..
Entah kenapa B sudah mula bercakap balik dengan saya... Sekian lama dia merajuk setelah saya kata saya tak boleh terima dia.. tetiba tadi lancar jea bercakap dengan saya....

"cahaya, do u want to love me and marry me??"
"cannot.."
"why??"
"we are differents.. i'm Muslim..."
"if u say yes, i can go to Muslim"
"do u know what is Muslim is??"
"no.. but i know after that.."
"then, u know Muslim 1st before u wants to marry me"
"cahaya, why u dont wnt to love me?"
"my parents, my mom, my dad, my brother, my sis,.. they also will say no"
"u r d one will get married then why u need to think theirs??"
"because when u left me, i had to come back to them"
"then, i will not left u..."
" u can say now but who knows after this... My family will back up me in whatever..."
"u re thinking to much..."
" yes, i need to think....did u think love is enough for married?? u wrong.. I need blessed from  my family.."
"i ask u again, did u love me?"
"cannot!!!"

Dan ntah pape lagi soalan dia sampai saya dah naik penat cakap CNNOT.... Then, die sempat tuju lagu lagi kat saya... Tapi saya tak dapat tangkap pun... Sebab tak nak bagi harapan.. Saya cuma nak berkawan dengan mereka... menambahkan saudara... menambahkan kawan... mengurangkan musuh... hehe..

Then, dah last tinggal saya berdua jea dengan dia..sebab dia tahan saya... sangat bahaya waktu nie... sebab saya takut dia buat pape.. kwn2 dia semua dah keluar.. Bagi peluang dekat dia.. saya nak pergi jugak tp sbb hp dia pada saya, saya tak tahu macam mana nak buat.. Bagi dia, dia tak nak amik.. Nak dengar dulu saya jawab soalan dia... Still paksa saya love dia... Sampai die ketuk2 dinding dengan tangan dia dan kata,
"why u dont want to love me..... why???..why???"

saya dah takut.. 'owh, janganlah dia bertindak di luar kawalan....'
Then, saya paksa dia terima hp sy dia balik dan cakap,
"love cant be forced... u make me afraid..."

then, dia pergi dengan wajah yang kusut... Owh no, once again I did  it...
B, please understand that we r differents.. I really means it.. then, u say u just 21.. did u know I'm older than you... did u understand??? .. It's not about age.. Is about religion.. about belief... ilove Allah...

nota kaki: dan bila mereka bertanyakan perihal saya membonceng lelaki dengan motor saya... maka tahulah saya that rumors has spread outs.. Is not like that.. Is not what u all thinks.... Is just a misunderstood and i'm being the victim.. Once again.... hhuhu..

Dear awak,
Perjalanan saya menunggu awak sangat berselirat.....
Mencabar dan menguji kesabaran....
Dalam ketakutan masih ada keyakinan,
dalam kecelaruan, masih terpasak kekuatan,

Ya Allah,
Engkau menduga kami dengan melambatkan pertemuan kami,
maka ku berharap bila waktunya tiba,
permudahkanlah segala urusan kami....
Amin ya rabbal Alamin....

Tuesday, April 17, 2012

mereka walimah.... Kami tersesat...

Assalammualaikum...

Firstly, nak cakap congratz kat pengantin baru nie... my ex-partner at M**** iaitu Pn Siti Fatimah Ramli (sila klik kalau ingin tahu) dan Pn Norain Mohd Nor (klik sendiri ^_^ ) yang telah selamat menjadi seorang isteri kepada pasangan masing-masing... Barakallahulakuma buat anda semua....

Pelbagai perancangan telah dibuat bagi memastikan saya dapat menghadiri kedua-dua majlis kerana saya ingin bersama berkongsi kebahagiaan mereka... Dan akhirnya last minute plan yang menjadi. Setelah isu si 'misteri'dan kemudian memaksa saya meminta pertolongan dari JB, akhirnya DIA pilihkan peluang lain. Terima kasih ALLAh sebab sentiasa berikan saya jalan....

So, petang 13/4 setelah pulang dari kerja, saya bersiap ke TBS dihantar oleh Kak zira.. Kesian bini orang nie, selalu jadi mangsa saya bila saya balik naik bas.. Tapi sape suruh akak cakap bahaya kalau saya naik motor kan?? hahaha=p

Dapat beli tiket pukul 7.30 pm tapi bas lewat 10 minit... Then, sampai Melaka Central lebih kurang 9.30 malam. Ecah dah sampai untuk amik saya. Tumpang umah ecah sebab dengar kata umah along ada pak n mak mertua dia... hahaha..(taknak kena soklan cepumas..wink-wink..***) Then,Cari hadiah utk baby baru lahir (anak sedara ecah) dan utk anak Miza (geng kitaorg mse kat UiTM). pas tue makan2 kat warung dekat2 situe...

Bantai baca novel pas bergossip ngn Ecah sampai  kul 3 lebih baru tidur... tak pasal2 subuh lewat..(please jgn contohi perangai ini... haha... Then, dah bangun mestilah tak tidur balik sbb kn tak baik tidur pas subuh... haha.. yang nie memang tak leh blah kan... hahaha=p

kitaorang gerak dalam pukul 12 pm.. Tnjuk umah abang kt ecah yang 1 taman jea sebenarnya.. Then, singgah jap.. Sajer nak tunjuk muka kononnya.. Then, saje2 jer nak ajak Anis.. tak sangka dia nak ikut...

Okey, ibu segera in making. So, first g umah pn Ct lah kan.. So, bajet dia  dah sanding.. So, makan-makan dulu.. Anis plak makan nasi ckit jea.. Makan apam polka dot yg banyak. Sampai masa dah siap makan, dia nak lagi.. Tapi saya yang tak bagi.. Sebab dah makan banyak kot.. adalah 6-7 ketul... haha.. Makcik yang sangat kedekut kan.. So, ape lagi, terus dia buat perangai nak dukung.. Protes lah tue tak dapat.. Sorry Anis, len kali acik belikan lain yea... huhu.....
(ada nampak mamat ensem waktu makan nie.. Tapi dengan keadaan menjaga budak kecik, mesti dia fikir saya dah ada anak.. hahahahahaha...bislah peluang....huhuhuhuhu.. sempat gak menggatai... menghargai keindahan ciptaan Tuhan...hehehehe)


So, pas tue masuk umah.. jumpa CT.. Nak masuk bilik, terserempak ngn Mr Han... So, berbual kejap.. Sekali saya terlepas cakap,"eh, poyolah bos.." Then, baru tersedar,eh dia faham ke saya cakap... Harap2 dia tak dengar...hehe.. Gambar ats nie lh Ct.. curik dari Harnani Harun... Sbb mmg xamik gmbr pengantin.. Kalut sungguh....haha=p


Friday, April 6, 2012

mak sudah bertanya

Assaalammualaikum...

Okey, 3/4 yang lalu adalah ulang tahun mak saya.. Maka, mendapat panggilan free utk 8 no adalah semestinya... Dan hari nie beliau telah menelefon saya... Setelah berbual sekian lama, maka soalan yang terlahir adalah..
"mak tengah tunggu calon menantu mak nie..."
---wah, tidak.. sekali lagi direct terus mak cakap.. tak tapis2x.. saya yang terpinga2..
Then, saya jawab
"mak carikan ajelah.. kan senang.."
"ha, nanti mak carikan... "
----alamak, nie dah tahap series....
"mak nak orang manae.. cakap jer, kedah, johor, selangor..."
"kalau boleh johor lah.. dekat..."
"kalau selangor???"
"boleh jugak.. kalau dah jodoh mak terima saje...."
---wah, apakah.. adakah mak sudah teringin benar nak menantu.... huhuhu.. Mak, kalau boleh beli emanatu, saya dah beli untuk mak.... hehehe--

Nota hati: Dear awak, moga dipermudahkan Ahad nie.. Maaf, saya sangat cerewet dan selalu berbeza dengan awak.. Saya sangat berhati-hati.. Sangat... Kalau itu yang ditakdirkan, so, emak tak perlu risau yea... Saya sayang mak.... ^_~

Tuesday, April 3, 2012

Tentang 'little bro' itu....

Assalammualaikum...

Setelah bersalut rasa duka dengan mereka, masih ada yang mengembalikan senyuman saya..
Setelah semalam lagu KOSONG berulangkali diputarkan oleh saya yang melayan perasaan.. Mungkin kerana saya tak bersedia berjumpa dengan mereka.. Terasa sakit ditikam sebegitu... Dan hari nie, mereka banyak memerli saya bila untuk production baru saya perlu berada bersama mereka...

Tapi bukan itu catatan kali ini. Ini tentang adik saya.. adik saya yang jatuh cinta dengan saya... Hahaha,, Perasan kn saya??
Tadi En F cakap kat saya yang adik saya cakap dia betul-betul jatuh cinta dengan saya. Then dia kata yang Zira cakap dia tak leh kawen dengan saya sebab dia hindu dan saya muslim... Jadi dia kata dia sanggup masuk Muslim sebab nak kawen dengan saya.. Then, ayat dia yang last saya terus tergelak.
"But Uncle, if then she divorced me, what can I do?"
"Then, I take her lah.."
hahahahahaha.. dengar ayat nie terus saya tergelak... Mungkin bagi hindustan boleh perempuan ceraikan laki sedangkan dalam Islam mana ada.. Tebus talak adalah...
Adik, adik... telah ku bilang berkali-kali, kita berbeza... sekiranya kamu convert hanya untuk cinta perempuan, kamu hanya mendapatkan cinta perempuan  sahaja sedangkan saya mahu kamu berhijrah kerana kamu telah benar-benar jatuh cinta dengan pencipta kita... Tuhan sekalian alam...

Dear little bro,,

Listen here bro,
I appreciate your feel, I appreciate what you did,
I appreciate all your efforts,
But u cant force me..
We are differents,
I really mean its..

^_^

Sunday, April 1, 2012

peringatan untuk orang yang lalai dariNya..

Assalammualaikum

Tanggal 30hb March, saya telah stalker fb seorang rakan sekerja yang tak menjadi kawan saya... Kerana dia tak memprivatekan fb nyer, maka saya ada dapat membaca status yang ditulis olehnya. dan statusnya terang-terangan untuk saya.. Status yang melukakan hati saya... status yang menyebabkan saya berduka dan kecewa...

dear insan tersebut,

saya tak pernah rasa saya cantik... Sungguh, saya tahu saya hanya biasa-biasa sahaja...Saya tak layan kamu kerana kamu LAKI ORANG. Maaf, saya cuma mencegah hati dan diri yang lemah dari terjatuh dalam ujian perasaan. Saya tak mahu saya terlibat dalam skandal dengan laki orang. Malah sangat menyakitkan bila kamu membangkitkan isu tentang kekurangan 'fizikal' saya..

Malah sangat menyakitkan bila kamu mendoakan saya menjadi anak dara tua kerana itu...
Dan bertambah menyakitkan bila kamu mendapat sokongan dia yang sebaye dengan saya. Dia yang melukakan hati kami yang berusaha untuk menyediakan masakkan pada hari jadi seseorang.. Sekurang-kurangnya kami telah berusaha....

Nota kaki: Ya ALLAH, kadangkala aku malu untuk terus meminta bila seringkali KAU terus memberi kasih sayangMu sedang ak masih culas dalam mendekatiMu.. Ya ALLAH, golongkanlah aku dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Amin...