Sunday, January 29, 2012

Semoga dipermudahkan...

Assalammualaikum....

AJL dimenangi oleh Hafiz... Dngan t-shirt dan tracksuit... hehe.. n ANis sofea will be happy for that.. a die hard fan of hafiz~~

Ops, this is not what I want to say.. Last weeks, during CNY I had went back to my hometown to see my first nephew Muhammad Aidid Rayyan Darwisy.... after 2 niece, Nur Anis Sofea dan Nur Damia Insyirah...
But, is not a good news when Aidid being warded due to 'sakit kuning'.. Owh, how pity of him.. A little baby boy and have being injected at hand to take blood for chech.. So sad.... Tears like to fall but cant as to give courage to my bro n sis that okay.... Deep inside my heart, I pray...
"Oh ALLAH, please give this little boy healthiness.. Please give my brother happiness... Please Allah.. I. not strong enough to see my brother if anything happen to the baby... "
Semoga cepat sembuh Aidid.. Acik tunggu untuk peluk cium Aidid macam acik peluk cium Kakak Anis dan Adik Mia... ok=)

Second story, I have being told that my uncle wants to sponsor my parents for doing Umrah.. Alhamdulillah, pray for Allah... I'm glad to hear that.. I wish all will be run smoothly... One of my wish is to get them to Makkah one day and is one step closer to its.. I wish that I can send them for Hajj after this...
"Ya ALLAH, permudahkanlah urusan kedua orang tuaku yang ingin menyahut panggilanMU. Mereka  telah menjaga dan mendidik kami dari kecil hingga kini, maka sebagai anak berilah kami kesempatan untuk membahagiakan mereka pula walau tak sebanding jasa mereka..

Ya ALLAH, berikanlah kami kesempatan untuk menjadi anak yang soleh dan solehah untuk mereka... Berikan kami kesempatan membahagiakan mereka... Murahkanlah rezeki yang halal  bagi kami putera dan puterinya supaya kami dapat menghantar mereka untuk menyahut panggilan Haji.. Kurniakanlah kesihatan kepada mereka untuk dapat menyahut seruan agung itu.. Dan moga kami putera dan puterinya jua dipermudahkan untuk menyahut seruan agung itu.... Amin ya rabbal alamin" ~~~

---Dear my uncle, a thousand thanks for being kind to my family... Moga kemurahan hatimu mendapat pahala dariNya... Moga rezeki yang sering dikau kongsikan bersama saudara-saudaramu itu menjadikan dikau lebih mendekatiNya.... Amin...---

Friday, January 27, 2012

Teringin sambung belajar~~

Assalamualaikum....


Gara-gara nak menolong my frenz cari sponsor tuk sambung PhD, saya jadi teruja nak sambung belajar... Owh, apakah maknanya?? Angan-angan atau sememangnya saya sudah mula berminat untuk belajar semula??
owh, mengapakah..... Apa yang telah berlaku sebenarnya???

JNM vs MCN??

atau bukan ditakdirkan keduanya?? Okay, full stop....
Sesungguhnya aturanNya itu yang terbaik....

Ya ALLAH, jika rasa yang hadir kembali ini adalah petunjukMu,
maka permudahkanlah jalanku...
Jika sebaliknya, tetap teguhkan hambaMu ini pada agamaMu...
Amin..

Thursday, January 26, 2012

I'm Brave~~~



Assalammualaikum...

Saya terjumpa gambar nie di facebook, n I'm not a person yang sangat shared2 benda yang tak sure.. Tapi ayat tue sebenarnya agak menarik, maka saya letak kat sini... I'm BRAVE~~
Sekian....

Wednesday, January 18, 2012

Katil 'Harvey Norman'

assalammualaikum....

Alhamdulillah, saya dah ada katil sekarang... setelah lebih 5 bulan tidur beralaskan toto...ahaha=p.. Katil harvey Norman gitue.. Wah, korang jangan pikir saya kaya yea.. Ia bukan lah seperti yang korang bayangkan..
macam nie kn???



Doakan saja saya kaya iman, akal, ilmu dan jiwa.... ahakz~~

okay2x, camnie.. tadi saya balik kerja... Masa nak naik tangga blok rumah, makcik sebelah punye sebelah rumah tanya,
"nak beli katil tak?'
saya: ?????
"nie ada katil nie.. single bed.. murah jer.. Rm1++...katil Harvey Norman... Ada pelanggan tak nak.. Dia punya set Rm4k++.. Tapi tang yang nie dia tak mahu.. Nak x??"
Saya plak tengah blur... Let me give u a secret, saya tak tahu Brand Harvey Norman... hahahaha=p.. So, saya cuma pikir2 then bila tengok harga dia tawarkan okay plus dah dkt sangat dengan umah saya, saya pun okay jer.... Okay, saya beli..lalalalala~~

Sebenarnya, saya beli yang lebih kurang camnie...

Okay, bukan full set camnie, tapi korang ada nampak kan yang kaler hitam bawah tue?? Tang tue jer dia jual kat saya.... Owh, it should be clear wif this picture..


See bahagian yang bawah tue.. okay, camtue lah katil saya.... hahahaha=p Sebab tue dapat harga Rm1++ jer...hahahaha.. Houssemate saya kate, okaylah... murah tue...
Pape pun ALhamdulillah~~~

Tuesday, January 17, 2012

penakut~~~

Assalammualaikum.... Gara-gara penangan dimotivated oleh Pn A, minum nescafe ,malaysia menang bola sepak lwn Indonesia + esok nk balik kampung agi,  maka saya jd aktif untuk menulis.... ahahaha...
So, memandangkan Yuna menang AIM dengan lagu Penakut, maka saya nak wat ulasan tentang lirik lagu.. Owh, may b I should say the meaning of that song... Apa yang mungkin cuba disampaikan oleh penulis lirik....ahahaha=)


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan
Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

okey tue yang ak catat mase 17/11/11

Sekarang aku nak kaitkan lagu tue dengan cerita sekarang.... Okey, nie yang aku tak suka tentang aku... Tetap sakit even benda dah lama.... 

Sunday, January 15, 2012

Still young...~~~ bajet...

Assalammualaikum....

Petang tadi saya pergi berjalan-jalan..  Dengan bajet umur muda, can u see picture above? i'm 20 at that time..  So, when I wearing this at 25, saya pun rasa nak gelak.. No wonder orang selalu kata saya tak pandai bergaya,,,,

Well, I'm just going to pasar malam yang lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari rumah dan memang konon2 nak mengurangkan berat badan.. Kire exerciselah konon.... Jadi memang lah pakaian ala-ala nak berjogging... So, mula-mula lalu pasar malam, survey harga mihun sup yang housemate pesan sebab bawak duit cikit..  SAVING... Dah buat bajet kn...

Then, nampak my workers, Bangladesh dan Nepal.. So, apa lagi acting bermula.. I being the arrogant and proud one.. Why?? Sebab taknak mereka panggil dan kacaw saya,, Dah lah sorang then nanti apa pandangan orang.. Baik menyamar konon2 tak kenal diorang.. Means pelanduk 2 serupa.. Okay, kat sinie, acting success... Then, g Mydin.. Beli barang, balik ke pasar malam semula nak beli mihun sup.. Nampak my production workers Malay, Ila so, tegur dia.. Ceh, memang diskriminasi...hahaha... Then, tanya mane Shima, dia kate de kat depan.. So, g beli mihun then nak balik terserempak Ila lagi.. tengah kacaw2 anak dia, terase ade orang memerhati.. lorh, Syima,,,,
Perbualan antara kami~~~

S: "ceh, aku ingatkan siapalah tadi"
Saya: "awat, aku nampak muda ker?"
S:"macam budak baru balik KOKURIKULUM"
hahahahahahaha...  Saya dah agak dah... dengan, baju putih dan tudung pin bawah + tracksuit, memang saye nampak budak sekolah... No wonder, stafv kat Mydin see me curious.. May be they think, I had seen this face before ,hurm~~hahaha=p

Then, terus jalan balik.. Singgah speed mart 99 sekejap. so, masa nak menuju sini, nampak lagi pekerja Nepal.. Dalam hati
,"okay2x, berlakon lagi..
2 orang yang pertama selamat....Diorang tak tegur... Jalan lagi, jumpa lagi 2 orang..
'xpe,ini pun mesti tak cam'...
Jalan terus sekali,
"cahaya.... ca...ha..ya...."
hahahaha.. Terus saya tergelak... Ceh, tak berjaya... Mereka tahu....Tapi teruskan perjalanan.. Mujur arah berbeza... Saya nak balik, mereka baru nak pergi.. kalau tak, habislah Bos yang kecik molek nie kene buli....huhu...


Nota: saya tak lah pakai baju putih lengan panjang camtue... tapi memang baju t-shirt warna putih lah.. hehe.. Saya bukan sengaja nak berlagak sombong dengan Nepal atau Bangla tapi saya taknak mereka ambil kesempatan.. Bahaya untuk saya seorang wanita dan bahaya jugak untuk saya seorang muslimah... cukuplah, saya berbaik dengan mereka di tempat kerja... (itu pun selalu kena buli dengan diorang... nasiblah sebab saya lembut ati, kecik dan perempuan)..
lagipun, mereka kaki minum.. Dan sekarang cabaran saya bertambah, as 14 orang Myanmar baru masuk... Aii, bersedialah diri... hari tue jumpa diorang ada yang bertatoo bagai.. owh, kena tingkatkan keselamatan diri...~~

Saturday, January 14, 2012

MilikNYA abadi......

Assalammualaikum...

Tinta bertulis dalam keresahan.. Dalam kedangkalan pemahaman yang sering mengasak jiwa berubah arah... Dalam kecetekan ilmu memahami aturanNYA...
Lalu dalam kertas bisu dicoret....

Kami adalah wanita biasa... 
Punya hati untuk mengasihi dan dikasihi..
Punya cinta untuk diberi dan menerima..
Punya rasa untuk menyayangi dan disayangi..

Kami jua manusia biasa..
Bisa terluka dengan kata-kata yang membelah jiwa,
Bisa terhiris dengan sindiran yang mengguris hati..
Bisa saja lelah bila terus diasak...
Bisa saja hanyut bila terus ditekan...

Mengertilah wahai kalian...
Kami hanya umat akhir zaman
Cuba menuruti cara yang dituntut
Cara yang diajar dalam agama..
Bukan keluar berdua-dua di kala senggang,

Tuesday, January 10, 2012

Rindu bertamu

Assalammualaikum....

Malam ini,
Imbauan kenangan di dunia usrah menggamitku,
sungguh telah jauh aku berlari,
meninggalkan dunia itu,
Kerana aku tak berdaya mencari penyamaan di sebalik perbedaan,

Mungkin,
kerana politik selalu menjadi halangan,
Untuk ku satukan hatiku dengan mereka,

Aku bukan penyokong A,
Bukan juga penyokong B,
C, D, atau E,,,
Aku menyokong mana yang benar
Walau ku tahu, setiap A, B, C,D dan E juga menyatakan mereka benar..
Maka, dalam itu gerak intitusi hati jadi pilihan...

Tuhan,
Aku rindu untuk mendengar bicara ilmuMu melalui makhlukMu,
Aku rindu mendengar peringatan untuk jiwaku yang kian kontang,
Aku rindu untuk bersama dalam saudara seislam...
Aku rindu untuk menitiskan airmataku dengan hati yang kian hitam..

Ya Allah,
tolong satukan hati kami ini dengan Islam,
Tolong tautkan jalinan hati ini ikhlas keranaMu,
Tolong jangan jadikan perbedaan ideologi kami bermusuhan,
tolong jangan biarkan terlerainya persaudaraan bila tak seangkatan..
Tolong Ya Allah, tolong~~~

11.55p.m

Monday, January 9, 2012

senyum

Assalammualaikum...


Mulakan hari dengan senyuman... Pasang niat yang baik... Moga hari yang dilalui akan baik sahaja...

Hari tue aku jumpa seseorang... Seseorang yang pernah bagi harapan than break that hope... Aku tak sangka akan jumpa dia... Jumpa dia dengan teman baru dia...
Aku pergi ke satu tempat. Sampai sahaja tempat yang memang aku nak tuju, aku dah nampak dia. Aku nampak kawan dia.. Aku hanya berkata dalam hati,"nampaknya cepat sangat aku jumpa dia"
Then, aku pergi tempat dia, Dia tak perasan aku pada awalnya.. Dan bila dia perasan aku..

"Eh, cahaya,, ingat dah tak nak datang........."
"aku tak cakap pun aku tak nak datang" ..


Keras dan sinis sungguh.. Tapi aku gelak-gelak sikit masa cakap. Aku tak nak orang sekitar tahu tentang itu.
Aku dapat rasa dia terkejut. Geng dia nampak aku pun terkejut... Kawan dia macam tak tahu apa-apa sebab tue wat tak kisah dan aku pun tak nak kawan dia syak apa-apa..
Sepanjang kat situ, geng dia yang tengok aku. Sebab geng dia yang bertanggungjawab untuk kisah ini.. Aku?? Aku buat tak tahu.. Sebab aku dah tak nak tahu apa-apa.. Aku dah nampak depan mata kewujudan kawan dia.. Apa lagi aku nak buat...
Ada sekali dia cuba bergurau macam dulu dengan aku, dan aku terus straight to point ingatkan tentang kewujudan kawan dia.. Aku tahu dia dengar.. Dan aku tahu dia tahu aku paham siapa kawan tue pada dia sekarang...

Tuesday, January 3, 2012

ahead planner....

Assalammualaikum...

Menjelang sudah 2012... selamat tinggal 2011... selamat tinggal kisah luka lalu... selamat datng 2012... selamat datang cabaran baru...

kali nie, saya tak rasa pape mase pertukaran tahun.. xtengok tv.. xcountdown... semua tak... layan perasaan jea lbeh.... hahaha=p.. sbnrnye duk tercongok dpn laptop adik tgk citer korea.... hahaha=p

Okey, aim tahun nie nak beli kereta lah... Harap2 tercapai... Kalau nak aim kahwin, erm, tue serahkan pada Dia semua.... Then, aim nak kurus... Nak kerja dengan rajin, ikhlas dan hati senang.,....

okay, hepi new year everyone.. New resolution~~~