Sunday, March 27, 2011

Awak mungkin tak tahu...

Awk mungkin tak tahu…

Kenapa sebelum nie sy tak angkat nset bila awk call? Sy juz hntr sms kt awk ‘ada hal penting ke awk call sy?’.. bila awk kata saje2, sy pon kata ok dan x reply2 da sms awk…

Awk mungkin tak tahu…

Kenapa setiap kali awk msj sy ‘awk tgh wat ap?’ sy akan reply ‘ada hal penting ke awk sms sy’.. bla awk kata saje2, sy pon kata ok dan x reply2 da sms awk…


Tapi awk still x jemu2 call sy walaupun awk tahu sy x angkat…
Tapi awk still x jemu2 sms sy walaupun awk tahu benda yg sma sy reply kt awk…


Sy kena beritahu juga kenapa sy buat mcm tu…


Sy tahu awk suka sy tp tu bukan alasan untuk kita b’gayut lama-lama dlm telefon, bukan alasan untuk awk call sy hari2…
Sy tahu awk suka sy tp tu bukan alasan untuk kita sms hari2 x henti2…
Sy x nak kita sama dgn org lain yg asyik dilamun cinta yg cintanya tak takut pada dosa. Call hari2 smpai lewat pagi, sms hari2 x henti2… Guna panggilan manja melebihi ikatan suami isteri..kuar hari2 dan x endahkan ramai orang yg memerhati, pegang sini sana padahal tahu dapat murka ILAHI dan yang PALING UTAMA sampai x ingat sume itu mengundang DOSA yg akhirnya m’heret kita ke NERAKA nanti…



Kalau dpt bersama pun nanti, adakah kebahagiaan akan menanti sebab cinta yg sebelumnya dipenuhi nafsi2 dan x diberkati…itu pon kalau dpt bersama sebab ramai sgt skrg nie bercinta mcm nak rak tp akhirnya putus sbb jemu n jumpa yg lebih hensem o cntik lagi tp katanya nak sedapkan hati mungkin jodoh kita sampai takat di sini…

Kerana Cinta Harus Memilih…

“Ya Allah, ampunilah hambamu ini”


p/s: Ambil tahu walaupun ramai yg dah tahu tp buat2 tak tahu…

Tuesday, March 22, 2011

fkiran yang melayang~~~

Assalammualaikum...

Jam sudah menunjukkan 1 pagi.. Aku mengantuk.. sangat mengantuk.. Penat.. kerja lebih dari 12 jam.. Rasa dah macam outsoutced dah.. Entahlah kenapa aku masih bertahan... Selagi hatiku berdetik, ini semua ada hikmahNYA.. selagi itu aku bertahan..

Dan sekarang macam2 yang berlaku... hari2 kena sedia kena ambush...Dengan GM.. dengan Bos2 besar,,, dengan semualah...Secara kasarnya, aku dah malas bertahan...sebab aku dah hampir kehilangan seseorang... seseorang yang tempat ak bergantung untuk terus bertahan... seseorang yang aku takut untuk hampiri sekarang... mengelak dari terus terluka seandainya dia menambah sakit yang sedia ada........

Ya Allah, saya rindukan persaudaraan kami dulu... sangat rindu... ....Tolong jalinkan kembali hubungan kami dengan kasih sayangMu...

Sunday, March 20, 2011

bukan milikku~~

Assalamualaikum..

Saat bingkisan ini ditulis, perasaanku bercelaru... Ya, memikirkan mengapa dia berubah laku.. Mungkin aku ada melukakan hatinya?? mungkin jua ada yang ku buat menyinggung hatinya... Hanya dia yang punya jawapan..

Tiba-tiba jea dia berubah... Tak tahu mengapa...

Ya ALLAH, berikan ku petunjukMu untuk mengatasi masalah ini... Kuatkan semangatku untuk bertahan bila dia terus bersikap begini...

---perlukah untuk  membuat keputusan seperti ini....
'Bila saya kehilangan dia, mereka akan kehilangan saya......"

Ya ALLAH, tabahkan diriku... Jadikan dugaan ini lebih mendekatkan diriku denganMU... Tolong satukan kembali hati kami atas nama persaudaraan... atas nama agama... Moga ukhwah yang terjalin selama ini keranaMU...moga rasa sayang yang hadir adalah kurniaanMU...Amin~~

Friday, March 18, 2011

Andai lelaki tahu.... ~~~

Assalammualaikum....

Hari nie dilanda demam.. suspcious to being dengue.. but i thought it was because my body was tired as had to work 12 hours..huhu..tapi sempat jugak menjengah alam maya... Sempat gak wat copy n paste bla rasa tertarik dengan artikel nie~~~


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu.
.Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


My personal view.--- Perempuan dan air mata, adalah sinonim... Menangis bukan kerana lemah.. Bukan untuk meminta simpati.. Tapi saat itu, mereka tak mampu mezahirkan apa yang dirasa dengan sebaiknya.. Hanya air mata yang bisa dikeluarkan sebagai ganti kata2 yang tak terucap...

nampaknya, dapat komen 1 jer, kepala dah semakin berat.. Masa untuk berehat.. Len kali saya sambung ~~~
Sekian...


 

Monday, March 7, 2011

tentang abang~~~

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, dah masuk bulan ke 4 saya di department baru... Means dah hampir sama bulan di department lama.. Eh, lebih sikit kot.. Kental jugak jiwa saya nie..Haha.. Berkali-kali nak lari, tak lari gak.. Macam ade jodoh jer kat situ.. Maksud saya dengan kerja di sana..Bkn individu k. Tapi kalau gn individu, xtawlah pulak.. Sebab xterpikir ke situ..hurm~~

Kali nie nak tulis entry tentang abang yang saya selalu cerita.. Dia atas saya wat masa nie.. Sbb akn datang saya nak jadi atas dia,. Hehehe=pp InsyaALLAH..(^_^)
Sepanjang saya di department baru, dialah yang banyak menolong saya. Sampai saya rasa if dia pergi tinggalkan saya atau dia dah xback up saya lagi, saya akan pergi.. Apatah lagi sorang lagi back up saya akan tinggalkan saya jumaat nie.. Huhuhu..

1/3/11, abang berjaya wat saya senyum n bersemangat semula... Saya sangat down hari nie.. Entahlah kenapa dan mengapa... May be saye sdih sgt.. Nak cuba hepikn diri pun xleh.. smpai menngis saya dibuatnya..haha... Malunyer..
"ko nie menyanyi sbb gmbira ke sdih.."
"gembire bang, gmbire...."smbil air mata kuar..hahaha=p
Then, dia pujuk saya,motivate balik saya dengan kisah dia.. Segan giler waktu nie sbb tak berjaya kawal emosi...

2/3/11
hari nie mood dia agak x baik waktu pagi.. May b, saya ada wat salah a smpai dia kne tegur..
Saya rase saya tahu!!
Tapi sebelum balik, dia dah okay...Haha..
I know why,, but I dont want to share about this...

4/3/11
hari last back up lg sorg..
gduh ngn abang... asik cr psal jer,,dhlh tgh sdey sbb nak kena tinggal..
bile bengang, trus cakap, nnt saya anto resign cam dia...
"ha, tue lh ko.. skit2 resign.. skit2 resign..."
Mulalah, dia marah2 n kutuk saya..
Apaun saya tahu niatnya, dia mahu saya berhenti cakap pasal resign..
last ayt dia,
"sepatutnya orang mcm korang nie xyah berhenti.."
full stop.. dia diam sahaja..
ayat ditujukan pada saya n back up yg last day..huhu

5/3/11

Hari nie saya tak bawa topi g keje..(sarung kepala)
masuk2 tempat keje, try pinjam akak2 nyer punyer..
Diorang pun tak bawa...
dengan muka kesian, cakap kat abang nak balik umah..dengan tangan memegang kepala, menunjukkan ketidak bawaan topi......
so, wuts appen, dia pinjamkan topi dia... hahaha...
Keadaan line dah ok, g meja depan.. Abang menggeleng kepala sambil berkata',macam mana lah ko leh tinggal topi...'saya tersengih jaa...
Petang, selepas berdebat lagi.. Saya pergi terus tempat lain..
thats my way...haha=p Konon2 majuk a kan.. Sebenarnya wat keje len.. Sbb nyer malas nk amek ati tang bende remeh nie.. Apatah lagi, sy rase dia dah banyak tolong sy.. sy sangat menghargainya~~
Dtg2 lagi, cakap2 lagi then saya diam jer..
Pas tue dia cakap, "cahaya, kalau ko marah ngan aku ko luahkan.,. Ko jgn pendam jer..."
Nie mesti kes tengok aksi ak mse tgk pekerja wat slah..Ak diam jer, tapi muke berubah...huhuhu...

Banyak lagi kisah saya dengan dia.. saya menulis kisah ini, supaya saya tak lupa akan apa yang dia buat untuk saya... Saya menulis tentang ini kerana saya mahu simpan kenangan ini sebagai panduan saya akan datang....  sayugia diingatkan, dia seorang suami, malah dia seorang bapa.. Tolong jangan salah faham tentang hubungan saya dan dia.. Dia menjaga saya atas dasar kami umat islam.. Dia menjaga saya seperti abang menjaga adiknya... Dia menunjukkan saya atas dasar kami 1 bangsa.. Dia ingin jadikan saya kuat.. Dia mahukan saya tabah berdepan dugaan... Dia mahu saya matang dalam membuat keputusan...

Buat Abang tersebut,
terima kasih kerana bersabar menahan karenah saya yang tak matang macam usia...
yang tak jemu memberi semangat dan dorongan..
yang menghulurkan tangan saat saya jatuh,,,
yang memberi tanpa perlu dipinta,
yang mengalah bila melihat kesuraman pada wajah saya...
yang memerli untuk tujuan membina.
yang mengkritik utk menjadikan saya kuat,
yang marah untuk menabahkan saya,
yang berlembut untuk mengatasi ketegangan saya...
yang sanggup mendengar apa jua saya cerita
walau yang saya dpat bidasan hebat..
supaya saya lebih ampuh...
lebih tabah, lebih memahami kehidupan sebenar,

saat saya rapuh di sana,
tanpa jemu memanggil semngat saya pulang.
saat saya rasa keadaan sudah terlalu menekan
tanpa putus asa menyeru dasar perjuangan hidup..
saat sata kebuntuan,
tanpa minta, kau berikan panduan,
Katamu, Anggaplah semua ini dugaan...
Kalau mereka fikir begitu, kau buktikan sebaliknya....

Terima kasih abang...

May b, 1 day abang akan baca post nie... Anggaplah entry nie sebagai penghargaan saya untuk abang.. Kalau waktu nie, saya dah berhijrah tempat lain, anggaplah entry nie coretan seorang budak kecik yang baru mengenali kenyataan hidup..
Andai waktu nie, saya telah tiada anggaplah ini bingkisan terakhir wat  abang...
Saya sangat menghargainya~~

Lately, bila saya cakap pasal plan future, abang mesti kata, kalau panjang umur cahaya~~
Abang buat saya risau~~~~Ya ALLAH, tolong lindungi dia dan keluarganya.. Murahkan rezekinya...
Amin..^_^