Assalammualaikum...
Ku mulakan bicara ini dengan penuh kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk menikmati erti hidup...
Terima kasih ya ALLAh, walau begitu banyak yang aku lalui, namun aku masih mampu bertahan walau adakalanya aku seakan tak mampu.,.. Namun sesungguhnya ENGKAU lebih tahu segalanya...
Buat saudara2 ku di Mesir, moga mereka berada dalam keadaan selamat dan dilindungi dari segala bahaya dan kejahatan.. AMIN...
Sekarang, lets go to point yang saya nak cerita.. Pada yang baca status fb saya, pasti boleh agak topik yang saya nak tulis..
Selama nie saya bercerita tentang kisah saya di dunia kerja... Saya tak menyangka rupanya ALLAH menemukan saya dengan seseorang yang diberi kelebihan untuk membaca orang...
Alkisah ini disini bermula...
Petang itu, saya buat rekod untuk tugas saya... So, saya pergilah ke tempat baru saya buat rekod.. Sebab malas nak dengar kontroversi kalau duduk tempat lama.. Saya gelarkan dia M...
Entah ape yang kami bualkan sehingga tetiba dia kata dia taw kisah saya... Saya terkejut..So, tanyalah if saya ada cerita pape kat M. Dia kata tak.. tapi dia tahu..
"akak senyum n ketawa, tapi akak sebenarnya terluka.. Akak cuma berlakon jer.. "
"yea jer awak nie.. mana ada...akak ok jealah.." Jawapan degn penuh kekonfidenana....
"dah lah kak.. orang tahu kisah akak.. kisah sedih akak..kisah yang menyebabkan akak sampai di sini"
"awak tahu??"
"saya tahu dan sampai sekarang akak xboleh lupa kn??"
saya hanya terdiam... Tak mampu melawan kerana saya tahu ada benarnya dia kata...
"akak tak boleh begini... akak tak leh gemuk..kerana akak selalu makan ati...akak kena tunjukkan kat dia yang akak leh bahagia even dia wat akak macam2.."
--saya dah sebak.. terbayang segala kisah luka itu... pengalamn hidup itu.. ujian dari DIA...---
dan akhirnya sekali lagi hujan bertamu...
Namun melalui kelebihan M, saya tahu beberapa perkara... walaupun mungkin dah habis diselongkar diri saya.. Apa daya saya... Setiap orang ada kelebihan....(*_*)
"saya nampak segalanya dari mata akak... betapa berliku dan pedihnya jalan akak.. saya tahu..."
Ya, ALLAH, moga ada hikmahnya kemunculan dia.....