Friday, November 27, 2009

life must goes on

Assalammualaikum..


Kumulakan tarian pena ini kali ini tanpa sebab yang pasti.. Jam menunjukkan pukul 5.16 pagi. namun mataku masih lagi bisa ditahan. Entah apa yang menggangu fikiran sehingga kubiarkan mata ini berjaga. Mungkin jua kerana aku masih mencari cahaya yang hilang.


Terlalu banyak kisah yang telah berlaku. Sungguh aku cuba melepaskan. Tapi adakala jalan itu terlalu sukar ku tempuh. Antara suka atau tidak, aku harus tempuhi jua. Tak selamanya langit akan mendung.


**kadangkala kita mengharap matahari, tapi Allah bg kita guruh dan kilat, rupa-rupanya Allah nak hadiahkn kita pelangi yg indah~~


Ya ALLAH, moga guruh dan kilat yang diberi x mnyebabkan aku bputus asa dariMu............


Sunday, November 15, 2009

kisah tentang mereka...


Assalammualaikumm...

Cuaca sayup sahaja pagi ini. Burung-burung telah keluar mencari rezeki. Dan saya hanya menjadi pemerhati disebalik tirai melihat kesungguhan sang burung. Memikirkan mereka yang sudah keluar mencari rezeki sedangkan saya masih memikirkan untuk mengemas barang. Dilema pelajar di akhir semester. Namun jari tetap rancak menari disini.. Melupakan seketika masalah yang hadir.

Memandangkan sekarang saya di semester 7 dan insyaALLAH, akn berpraktikal sem depan, saya nak bercerita tentang guys di kelas saya. Mereka yang sama batch intake dengan saya. Saya rasa walaupun hampir 4 tahun bersama, saya jarang berkomunikasi dengan mereka. So, just wanna to share about golongan yang minoriti nie dalam kelas...^-^


Saya mulakan mengikut senarai nama. Kita mulakan dengan Hafsyam. Saya rasa saya jarang berbicara dengan dia hinggalah 2- 3sem kebelakangn ini. Jadi tak banyaklah yang saya boleh bercerita mengenai dia. Apa yang saya ingat, saya pernah jumpa dia solat Jumaat di jalan TAR. Sampai sekarang saya ingat. Kakak saya pun kadang-kadang akan bertanya tentang dia(p/s dia tanya kerana dia hanya pernah nampak Hafsyam sahaja, bukan sebab lain ya). Masa itu, saya, kakak saya dan Hani berjalan-jalan di Jalan TAR dan terlupa bahawa hari itu hari Jumaat. Dan tengah hari, semasa kami berjalan pulang kami lihat ramai yang sedang solat malah di jalanan sekali (leh refer tulisan saya yang bertajuk Catatan berjalan di KL). Dan dia sedang mencari tempat untuk masuk ke dalam jemaah(mcm dia cari tempat exam 648  kot..ups..=]]). Saya pernah pinjam motor dia sekali. Ada orang kata dia nie pandai baca orang.. Mungkin benar sebab dia bekas student sekolah agama. Saya rasa kenapa saya tak berkomunikasi sangat dengan dia sebab dia bukan yang jenis lelaki yang mesra alam. Lagipun selalu jea bila saya berguraw dia tak faham dan sebaliknya...hahaha=pp. Anyway, saya rasa dia seorang kawan yang baik...

Seterusnya naem. Dengan dia nie lagilah berapa patah perkataan yang pernah saya cakap. Dengan muka nerd dia tue n macam no feeling, lagilah saya memang tak berbicara. Tapi apa yang saya kagumi dia ialah kefasihan dia dalam berbahasa Inggeris. So fluent. Yang nie, saya memang respect. Tak banyak yang saya boleh coret tentang dia. Nampaknya saya memang tak mengenali dia..huhu... Oh, ya dia merupakan class rep semasa sem1 xsilap. Hurm, dia suke melibatkan diri dalam larian kot sbb selalu jea dgr citer dia join marathon...

Kita pergi ke Utara pulak. Mubin aka Nazirul.. Dia masuk kelas saya masa sem 2.Dari cawangan berpindah ke sini kerana salah amik cos(menurut cerita yang saya dengar). Kalau dengan boys yang dah lama saya kenal pun jarang bercakap, apatah lagi dia. Saya mula boleh tegur dengan dia pn 2-3 sem lepas gak kot. Itu pun sebab dia ada ym dengan saya. One things yang saya ingat dia pernah tanya saya ialah pasal Ultraman.. Sampai saya tertanya2 kenapa dia tanya pasal ultraman. Akhirnya baru saya tahu sebabnya setelah dia beritahu Lina. Itupun setelah 2 hari saya mencari jawapan tak jumpa... Nak tahu kenapa? Sebab dia kata ultraman tue panggil saya. Hahaha..Dia nie boleh tahan gak loyar buruknya. huhu...

Dari utara kita pergi ke Ganu.. Syafiq. Banyak cerita tentang dia. Semester 1 lagi, dia dah wat kes dengan saya. Kerana kes itu saya dapat no phone dia. Kerana kes itu jugak saya mula boleh berbicara dengan dia. Nampaknya guys kena wat kes dengan saya baru saya leh berkomunikasi..hehe=pp. Saya rasa dialah guys dalam kelas yang pernah mendapat 'ayat-ayat cinta' saya bila saya menjadi chaperone dia =))... Dan kerana itu jua saya pernah tidak dapat tidur 1 malam...huhu...Selain kes tue, dia pernah belanja saya makan di secret recipe. Really2 appreciate that moment. Sebabnya saya tak pernah makan kat sana... =]]Then kerana bakat menyanyi dia, dia adalah salah sorg penasyid UiTM. Seorang yg kreatif.. selain mencipta lagu,dia juga pandai buat kad.. I have seen it.. hehe.. not bad..=]]. Well, la nie dia senang jea taw psl sy sbb ade informer yg link baik punyerlah..=pp


Perjalann seterusnya ke negeri cik siti wan Kembang.. Muzammir nurhakimi..Saya rasa dgn dialah saya paling bnyk berkomunikasi..Dia nie stock mesra alam. Smua org dia tgur. Tue yang mcm leh get along ja.. Dhlah sesame komnder. Then, dpt pulak supervisor yg sme utk FYP.. So, memang banyak lah berinteraksi dengan dia nie. Rsnyer selepas intersesi kot baru berbaik2 ngn dia. Selalu jea menyindir, berdebat n bercerita ngn dia. Sbbnyer ade YM..haha.. Bnyak merepek kot. Saya suke kate dia wat saya mcm PA. Rsnyer klu waktu exam tue, klu dia xtanye bl n tempat tue, mcm plik jaa.. Cme sem nie rsnye dia dh berpakat ngn boy len kot.. Sbb orang bbeza akn tnyer..Takut saya minta belanja lh tue..=]]. Anyway dia nie leh jadi kawan yang baik lh jugak. Dengar jea saya merapu n merepek even kekadang saya rasa dia xfaham..huhu. lagi, dia nie anak sulung rupenyer. Series, saya xsangka lngsung. Baru jea tahu sem nie.. Hampeh kn.. Dh penghujung sem br taw..

Next station, kita ke negri Perak. Sape lagi klu tak izwan a.k.a pap.. Tapi saya rasa sy jrg aka xpernah pnggil name yg ke 2 tue.. haha.. xpandai. Dia nie pun stock2 mesra alam gak cam kimi. Cme saya kurang sikit berinteraksi ngan dia bbnding kimi. May b sebab dia palapes bkn kmnder.. Dia nie palapes Navy. Kira bab selam, renang dh expert lh. Dah jadi Leftenan Muda dah skrg. Kne panggil Tuan Izwan a pas nie=pp.  Survey kata dia nie senang jea klu nk minta tolong.. N  now saya ngan dia dapat tugasan utk handle program for MPG.. Masa untuk bekerjasama..=]]. Lagi,d ia nie pulak ank bongsu.. Nie pun saye br taw. Terukkn..Hjg sem br amik taw..hehe=)). Dia pun dh de blog sendiri.Ada harapan lh dia dapat baca tulisn nie(jgn marah a).  Once yg saya ingat, ialah ada org suggest saya nek moto ngn dia g kuar. Memang saya terkejut. Tapi berjaya a wat ayat berlapik nak menolak. Saya rs klu saya ckp ya, izwan kot yang demam..lalala~~ n ramai lagi yang leh alami heart attack kerana tue..huhu...

Ok, last but not least kita ke nogori untuk bercerita ttg Akbar.. Saya xtaw nak describe rate komunikasi ngan dia.. Nak kata jarang mcm x, nak kate x mcm jarang.. No comment.. Dia pun komander. Rasanyer dgn dia kot terbalik sikit.Hehe... Klu dengan yang lain, mkin lme mkin saya bcakap.. Dengan dia mkin lme mkin xbercakap..hahaha.. Let bygone.Well, saya rasa dia mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin.. nampak lh keyakinan diri untuk bercakap or handle orang. Actually dia kawan pada menti saya aka abang saya masa matriks. So, abang saya dh warning jgn terpikat kat kawan dia before saya msuk sini. Haha.. Oh, dont take serious, is just a joke between me and him.haha.. Then, saya ingat lagi bagaimana dia mcm melebihkan saya ms refreshment(panggil name sy je), trus smua org ingt kami ada affair. Mcm2 lah isu timbul. may be sebab tue kot saya jadi x bcakap ngn dia...hehe. Mengelak spekulasi mahupun kontroversi yang mungkin menjadi fitnah diri mahupun hati.('',)

Exploration Gunung Datuk & Gua batu Maloi

Well, itulah mereka pada pandangn saya.. Even, jarang berkomunikasi xbermakna saya xtahu pasal mereka. Kalau dah sekelas tue, for sure berita sampai jea nnt. Even may b bkn org terawal tahu, tapi at least tahu jugak..lalala~~ Diorang semua tue dh berpunya. So, sorry gurlz yang nk try. Klu ada yang kata single pn x available..=pp

So, guys.. Terima kasih untuk segalanya. Untuk setiap pengalaman, kisah dan perkongsian.. Walau xsemuanya indah, xsemuanya baik namun itulah hidup. Kita tak akan bisa mampu memuaskan ati semua orang.. Maaf juga untuk segalanya. Untuk gurauan yang xkena, utk reaksi yang mengundang tanda tanya, utk kata2 yang menyakitkn telinga, utk teguran yang menyesakkn dada.. I'm lost my way to communicate wif boyz since.... Anyway guys, knowing u is one of best lesson I learn in life.. All the best in ur future undertaking. something somehow unpredictable.. Hope the friendship we build, doesn't change by time. InsyaALLAH...(''.)

Tuesday, November 10, 2009

Kerana kamu saudaraku...


Assalammualaikum...

Hari ini ada pelbagai cerita yang berlaku. Mengimbas kembali kisah yang pernah dan ingin diri lupakan. Bercerita kembali tentang kisah diri yang menyakitkan.Sungguh saya tak mahu lagi mengimbau kesakitan ini. Ya, saya tidak cukup kuat sebenarnya. Saya sudah puas bertahan. Sudah puas menjeruk rasa. Kadangkala saya rasa saya tidak harus memendam segalanya. Semuanya harus diluah. Tapi bagaimana jika luahan itu bisa melukakan hati orang?? Bagaimana jika hakikat itu bisa memusnahkan kebahagiaan orang?? Saya tidak tega..Sama sekali tidak. Walau saya terluka, walau saya terhina kerana bagi saya. bila kita melukakan hati orang hari ini, maka balasan akan kita terima juga nanti.

Kadang-kadang ada bahagian hidup kita ingin jadi rahsia, kadang-kadang ada bahagian hidup kita ingin jadi lupa. Bila tak tertanggung rahsia di dada, pesanlah pada angin agar dibawa rahsia itu bersama awan tingginya.

Maka sebab itu saya selalu mengalah. Mungkin saya boleh cedok sedikit lagu kump.Kertas..Kekasih yang tak dianggap..

"sebagai kekasih yang tak dianggap aku hanya bisa,
mencoba mengalah..menahan setiap amarah..
sebagai kekasih yang tak dianggap, ku hanya bisa bersabar..
ku yakin kau akan berubah..."

Jangan salah anggap.. saya hanya meng'copy n paste' ayt lagu tue.. Not really means with that 'kekasih'  words..Lagipun, antara sedar atau tidak.. sekarang nie mcm cash jea setiap perbuatan kita. Esp. bl kita wat salah..Mungkin hari nie, kita telah menyakitkan hati orang...wat orang terluka..Then, esok ade orang wat kita plak. Atau kita alpa dalam menunaikan tanggungjawab kita, sebagai hambaAllah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai kawan, sebagai pelajar n etc...Kita akan diingatkan ttg kealpaan kita dengan pelbagai cara. Kerana DIA tahu kita ini hamba yang bersifat alpa. Antara kita sedar atau tidak sahaja, sedangkan DIA sentiasa beri peringatan..





Apapun,saya akan terus begini. Menahan dan meanggung beban rsa ini. Moga suatu hari DIA akan temukan saya dengan insan yang mampu memahami tanpa perlu saya meluahkan. Insan yang mengerti walau hanya dengan senyuman. Insan yang setia mendampingi tika mereka menjauhi. Insan yang mendengar dengan mata hati bukan mata duniawi...Dia, insan yang kudamba dalam doaku..

Buat mereka yang terus menghukum dan menyebabkan saya terluka, tersiksa n ter... segala..Moga kamu tahu sayang sesama manusia, sesama saudara yang menyebabkan saya rela begini. Untuk apa merebut pada benda yang belum pasti. DIA sudah aturkan segalanya untuk kita. Saya sudah selalu mengalah.. maka saya tidak kisah untuk mengalah lagi kerana kamu. kerana kamu saudaraku~~

p/s sangat penat mengemas lab.. Pada mereka yang wujud macam xwujud, pada mereka yang tak mengerti makna kebertanggungjawaban...Sedarlah..Seperti yang selalu saya dimomokkan 'tidak baik makan darah kawan'... Renung-renungkan~~~

Wednesday, November 4, 2009

Kenalan atau sahabat???

Assalammualaikum...

Ada satu perbezaan antara menjadi seorang kenalan dan menjadi seorang sahabat.

Pertama, seorang kenalan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan bila disisinya kau merasa tenang. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau berkongsi kebahagiaan.

Namun mereka adalah orang yang dengannya tidak akan kau kongsi hidupmu, yang tindakan-tindakannya kadang-kadang tidak kau mengerti kerana kau tidak cukup tahu tentang mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai,fahami dan sayangi... Bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau peduli akan orang itu, dan kau memikirkannya ketika mereka tidak ada.
Sahabat-sahabat adalah orang dimana kau diingatkan ketika kau melihat sesuatu yang mungkin mereka sukai, dan kau tahu perkara itu kerana kau mengenali mereka dengan baik.


Mereka adalah orang-orang yang fotonya kau miliki dan wajahnya selalu ada di kepalamu. Mereka adalah orang-orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar sebuah lagu di radio kerana mereka membuat dirimu berdiri bersama mereka dan mengajakmu menari atau menyanyi bersama dengan mereka atau mungkin kau yang menyanyi dengan mereka.


Mungkin mereka pernah mengurut kakimu, atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka peduli terhadapmu. Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak punyai suatu alasan pun.

Mereka berkata jujur pertama kali dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahawa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar. Mereka adalah orang-orang yang tidak akan menertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis ketika kau tidak diterima di perguruan tinggi dan selama lagu terakhir di pesta perpisahan kelas dan saat-saat terakhir bersamanya. Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.

Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang mengantarkan / mengiringmu pada saat pernikahanmu,atau mungkin adalah orang yang kau nikahi...



p/s buat seorang teman lama. Aku tak tahu apa yang berlaku sehingga kau seolah menjauh. Dan aku sudah penat untuk terus mendekati. Sudah lelah untuk terus mendampingi. Kerana kau selalu begitu. Teringat aku pada bicara seseorang teman semalam..."Saya tak pernah menyesal untuk berkawan dengan sesiapa. Tapi saya rasa kesal kerana berkawan dengan dia.". Luahan hatinya kerana sikap seseorang yang pernah dianggap sahabat. Lalu, perlukah untuk aku juga berkata begitu untuk kau. Tempoh hampir 10 tahun perkenalan juga tidak mampu membuat aku mengenali kau. Adakah aku cuma sandaran waktu kau kesusahan?? Untuk terus menyokong waktu kau memerlukan?? Sedang saat aku jua perlukan teman, kau seolah membiar aku sendirian..Mungkin selayaknya kita hanya kenalan..bukan sahabat...~~~

Sunday, November 1, 2009

Rezeki...=))

Assalammualaikum..

Tarian pena menari dari tingkat 6 blok A.. Menyiapkan thesis yang seharusnya sudah disiapkan..Tapi jemari tetap ingin berlari di sini. Just nak bercerita tentang pengalaman diri.

Hari Jumaat yang lepas, saya dapat tahu assignment 1 CTU 696 saya x boleh dibuka. Dan Dr menyuruh saya menghantar pada sebelah petang. Maka petang itu saya menuju ke fakulti untuk menghantar assignment. Memandangkan perut belum diisi saya menuju ke cafe. Hurm, mihun nampak menarik. Saya pun menapau dan segera pergi ke kaunter. Di hadapan saya ada seorang staff perempuan. X dapat pastikn bahawa lecture ke bukan. Then, masa itu makcik yang suka senyum(merefer pada makcik kegemaran Dr Az...) berbual dengan seorang lecturer.
"wah, cik lan dah nak g haji"
"alhmdullillah"
"cik lan nnt doakan lh kitaorg kat sinie "
"insyaAllah.."
Ape ntah lagi butiran perbualan mereka tak dapat diingat dengan jelas. Tetiba:
M--"cik lan belanja lh dia nie(merefer pada perempuan di hadapan saya td)
C.L--"Ha, kira jea lah.. Kira sekali adik nie gak.. hurm,. saya belanja semualah.. 1, 2, 3, 4, 5"
M--"betul nie cik lan.. adik, cik nie belanja. dia dah nak g haji"
Saya hanya tersenyum. Sebelum berlalu sempat saya mengucapkan, cik terima kasih. Sebenarnya saya xtaw nak cakap apa+ saya sorg jea student yang dibelanja memandangkan yang lain merupakan staff...
Alhamdullilah..
Selamat menunaikan haji Cik Lan..Moga mendapat haji yang mabrur..

Sungguh rezeki itu milik DIA. Bila milik kita, walau macam mana pun kita akan mendapatkannya. Begitu jua sebaliknya. Teringat saya masa pergi ke camping keluarga kmpeni E di Hutan Rimba Komanwel. Semasa pergi, kitaorang singgah sebentar kat stesen minyak. Setelah memilih barang, saya pergi ke kaunter untuk mebayar. Pada masa tue, ada sorang mamat nak bayar. Even macam saya dah sampai dulu, tapi cashier tue uruskan dia dulu. Oklah, no hal. Then, tetiba mamamt tue tolak 10sen kat saya..Dahi saya dah berkerut2..bicara hatiku-"awat dia nie". Then, cashier tue pulangkan duit baki dia. Dia terus letak kat ats botol air mineral yang saya nak bayar. Saya=???
"Ambiklah, dik..."
Saya tergamam sampai xtaw nak kata apa. Kawan-kawan saya yang berada di kaunter pun memandang saya pelik..Dan saya hanya memegang duit dia. Membayar guna duit saya. cashier tue pun tersenyum-senyum kat saya. Kawan-kawan saya kata sebab mungkin dia ingat saya budak kecil..Adoi, harunyer.. umur dah 21 tahun wktu tue.. May be cara saya berpakaian n tubuh saya yang kecik(kecik ke..haha=p)
Apapun bagi saya itu jua rezeki. Dah ditakdirkan untuk saya even ramai lagi kawan2 saya yang ada di situ. Even ada jea lagi yang lagi muda +lagi kecil dari saya.
Wat lelaki yang xdikenali, terima kasih. Andai benar kerana menganggap saya kanak2 sekolah yang ingin pergi perkhemahan, pasti anda terkejut besar melihat saya menuju ke bas UITm dan menaikinya=}}

Yang tersirat---Sebenarnya banyak lagi rezeki yang DIA beri kita, cuma bila kita diuji, kita terus lupa DIA pernah jua beri rezeki lagi banyak sebelum menduga. Bila kenangkan semua rezeki yang DIA beri, saya rasa saya x layak sepatutnya menerima. Saya masih jua lakukan perkara yang dilarang, saya masih jua jauh dari melakukan semua perintahNYA. Sungguh, betapa DIA Maha Penyayang, Maha Pemurah, even kita sering lupakan DIA, DIA tetap jua beri rezeki kat kita. Cuba kita sesama kita. Kalau orang dah buat jahat kat kita, jangan haraplah kita nak wat baik kat dia. Tapi DIA x begitu, walau kita sering alpa dengan perintahNYA, DIA tetap memberi kita kasih sayangNYA.


Ya ALLAH, ampuni diri yang sering leka dan alpa ini. Kuatkan diri ini untuk menempuh segala ujian. Teguhkan hati ini pada jalanMu. Ya ALLAH, betapa zalimnya diri ini, walau rezeki diberi berkali2, namun berkali-kali jua diri ini alpa. YA Ghaffur, ampuni dosaku..Seringkali ku ukir janji mentaatiMu, namun berkali jua telah kumungkiri.. Ya Latiff, terima kasih untuk semua yang telah diberi..NikmatMu melangit luas namun diri masih tetap khilaf menafsir dunia..