Assalammualaikum
Tanggal 30hb March, saya telah stalker fb seorang rakan sekerja yang tak menjadi kawan saya... Kerana dia tak memprivatekan fb nyer, maka saya ada dapat membaca status yang ditulis olehnya. dan statusnya terang-terangan untuk saya.. Status yang melukakan hati saya... status yang menyebabkan saya berduka dan kecewa...
dear insan tersebut,
saya tak pernah rasa saya cantik... Sungguh, saya tahu saya hanya biasa-biasa sahaja...Saya tak layan kamu kerana kamu LAKI ORANG. Maaf, saya cuma mencegah hati dan diri yang lemah dari terjatuh dalam ujian perasaan. Saya tak mahu saya terlibat dalam skandal dengan laki orang. Malah sangat menyakitkan bila kamu membangkitkan isu tentang kekurangan 'fizikal' saya..
Malah sangat menyakitkan bila kamu mendoakan saya menjadi anak dara tua kerana itu...
Dan bertambah menyakitkan bila kamu mendapat sokongan dia yang sebaye dengan saya. Dia yang melukakan hati kami yang berusaha untuk menyediakan masakkan pada hari jadi seseorang.. Sekurang-kurangnya kami telah berusaha....
Nota kaki: Ya ALLAH, kadangkala aku malu untuk terus meminta bila seringkali KAU terus memberi kasih sayangMu sedang ak masih culas dalam mendekatiMu.. Ya ALLAH, golongkanlah aku dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Amin...
No comments:
Post a Comment