Friday, May 18, 2012

is again!!!!!!!

Assalammualaikum...

Kadangkala aku rasa aku ingin sampaikan semua yang aku rasa kat sini... Kadangkala aku rasa nak sentiasa bercakap jujur bila orang tanya benda yang aku sebenarnya tak nak beritahu orang,,,, Kadangkala aku rasa semua orang baik.. Kadangkala aku rasa aku memang tak dewasa dan tak pernah berubah..... kdangkala aku rasa aku nak balik pada masa lalu... kadangkala aku rasa aku dah jadi tak betul bila aku banyak fikir....Kadangkala aku rasa aku makin celaru sebab aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya...

Aku bosan dengan apa yang aku lalui sekarang... Aku sangat tak suka tapi aku tengah fikir macam mana nak jadikan aku suka,,,, Aku tak nak masuk kategori tak bersyukur... Aku tak nak masuk kategori hamba yang jauh dari rahmatNya.. Aku tak nak termasuk golongan hamba yang dilaknat oleh Allah.. Sungguh, aku tak nak masuk golongan kiri.... Aku hanya mahu Allah.. Aku hanya mahu menjadi sebaik-baik hamba... Tapi aku tahu aku makin lemah.. aku makin lelah... Sedikit dmi sedikit semangat ku luntur... Secebis demi secebis pegangan luluh... Sakit.. sangat sakit sekali.... perit... memang perit... Walau luaran ternampak senyum gembira... walau selalu ketawa ria... Namun sebaliknya ada hati yang hilang... ada jiwa yang rapuh... Cuba melindungi perasaan sendiri.. Cuba membakar diri demi orang lain... Tapi hakikatnya yang tak tertanggung dek badan...

Allah, aku hamba yang lemah... Cuba mengikut perintahMu namun  mengapa begitu rapuh sekali... Allah, aku sedih.. Lalu air mata ini mengalir bagai hujan di pipi... Kerana aku cuma yakin padaMu.. Kerana aku cuma ada Kamu yang bisa ngerti apa sebenarnya yang aku ingini... Kerana aku tahu ada sebab untuk tiap sesuatu...

Allah, tolong jangan biarkan diri ini terus hanyut dalam belenggu masalah yang terpendam.. jangan biarkan aku terus dalam kerapuhan....

Aku hanya punya Kamu Allah.. kerana aku sendiri adalah milikMu.....

1 comment:

pembaca setia said...

kerana hanya kak aya yg mampu melalui ujian sebegitu, Allah turunkn ia pd kak aya. kak aya adalah the chosen one! mebi Allah suka mendengar doa & rintihan hati kak aya :) dont worry hidup sentiasa ada naik turun. iman juga begitu. yg pntg kak aya jgn give up okey (ckp mmg sng tp nk berusaha ke arah tu mmg susah kn) hehe but remember, bersama kesusahan ada kesenangan. when u feeling down & wanna talk to someone, u can pm me anything. hehe