Tuesday, May 3, 2011

pilihanku???

Assalammualaikum...

saat bingkisan ini ditulis, akalku ligat cuba membuat keputusan... malah sehingga pusing rasanya sekeliling kerana aku memaksa akal memutus... Namun, hingga ke saat ini aku masih bingung memikirkannya... Bukan aku tak mahu beristikharah dalam soal ini, namun aku khuatir bila aku tidak mengikut jawapan istikharahku.

kerana aku lebih kenal diriku saat ini..

Ya Allah,
Berikan aku kekuatan untuk menyakini takdirMu.. Berikan aku kekuatan untuk mengikut ajaranMu.. Berikan aku kekuatan untuk melakukan istikharah dalam pilihan ini...
Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nyata... Lindungilah aku dari membuat keputusan yang salah....
Ya Rahman, Engkaulah sebaik-baik tempat meminta..
Ya Dzul JalalilwalIkram, sesungguhnya Engkau sebaik-baik tempat menyerahkan segalanya..
Perkenankanlah permintaan hamba yang lemah ini.. Amin..

No comments: