Tuesday, December 29, 2009

u-turn story (Part II)

Assalammualaikum...

lama tak menulis di sini... Kali ini saya ingin bercerita tentang pengalaman berkenalan dengan seseorang semasa saya menjalani outstation pertama. Barangkali seseorang telah menunggu lama untuk mengetahui cerita ini. Maafkan saya. (@@)

alkisah diceritakan, di suatu pagi yang permai.. hari Jumaat bersamaan dengan awal Muharam. maka setiap insan pasti dengan azam n niat baru setelah membaca doa awal and akhir tahun semalam. walau saya membaca doa dalam keadaan yang tidak sempurna mana. Merindui bubur kacang mak saya untuk juadah berbuka puasa bila saya puasa sempena awal muharam..hm..
Ops, lari dari topik.

pagi itu, saya bersama kawan saya, Farisha pergi ke atas untuk mengambil kad kami. Saya rasa itu kali pertama jumpa dia. First impression saya, 'apesal a mamat nie poyo semacam. xperlu a bajet bagus sangat. ' truk kan pndgn sy. Kenape, sbb dia xsenyum n pandang bawah jea n cakap mcm nk xnk jea. Haha...

Pas tue, kitaorg jalnkn a tugasn kitaorg. Tempat yang strategik plak tue kitaorg dapat. Kat pintu masuk. oklah.. Rasanya tgh hari tue dia turun n berada kat depan kitaorang. Tapi biarlah, dah tugas dia pon. Masuk hari kedua, perasan gak dia lagi. Kali nie dia dh dtg tempat kitaorag, tapi saya xlayan pon coz masa nie rasa dia nie poyo msih tinggi. So wat xtaw a kat dia.Tetapi bila dia sebut nama saya, masa nie saya terkejut. Tapi lets go lh kan. Nama saya kn unik..haha=pp.. Dia mula mengatur langkah. saya rasa saya knalkan dia sebagai HA. masa nie dah leh a sembang ngn dia. Msuk tempat org kn, kne a pndi2 bw diri.. so, layan jea a.. mcm sy lyn yang lain. tp nmpk a dia wat sy plik ckit. hmm....

Hari ketiga, kali nie Ha mmg trok gler kcaw saya. Dtg dekat saya jea. farisha dan aliya pon menyokong dia. Sampai saya plak yang bingung, apakah semua nie... Macam2 janji ditabur. Dan saya hanya melayan macam biasa. bagi mereka yang mengenali sy, pasti taw bagaimana saya wat kat Ha.. Dan mlm tue dia simpan kad saya semasa say nk ambil. Malah Ha menggunakan seorang kakak untuk menolongnya mendapatkan saya. Dan saya terus turun tanpa mengendahkannnya..

Friday, November 27, 2009

life must goes on

Assalammualaikum..


Kumulakan tarian pena ini kali ini tanpa sebab yang pasti.. Jam menunjukkan pukul 5.16 pagi. namun mataku masih lagi bisa ditahan. Entah apa yang menggangu fikiran sehingga kubiarkan mata ini berjaga. Mungkin jua kerana aku masih mencari cahaya yang hilang.


Terlalu banyak kisah yang telah berlaku. Sungguh aku cuba melepaskan. Tapi adakala jalan itu terlalu sukar ku tempuh. Antara suka atau tidak, aku harus tempuhi jua. Tak selamanya langit akan mendung.


**kadangkala kita mengharap matahari, tapi Allah bg kita guruh dan kilat, rupa-rupanya Allah nak hadiahkn kita pelangi yg indah~~


Ya ALLAH, moga guruh dan kilat yang diberi x mnyebabkan aku bputus asa dariMu............


Sunday, November 15, 2009

kisah tentang mereka...


Assalammualaikumm...

Cuaca sayup sahaja pagi ini. Burung-burung telah keluar mencari rezeki. Dan saya hanya menjadi pemerhati disebalik tirai melihat kesungguhan sang burung. Memikirkan mereka yang sudah keluar mencari rezeki sedangkan saya masih memikirkan untuk mengemas barang. Dilema pelajar di akhir semester. Namun jari tetap rancak menari disini.. Melupakan seketika masalah yang hadir.

Memandangkan sekarang saya di semester 7 dan insyaALLAH, akn berpraktikal sem depan, saya nak bercerita tentang guys di kelas saya. Mereka yang sama batch intake dengan saya. Saya rasa walaupun hampir 4 tahun bersama, saya jarang berkomunikasi dengan mereka. So, just wanna to share about golongan yang minoriti nie dalam kelas...^-^


Saya mulakan mengikut senarai nama. Kita mulakan dengan Hafsyam. Saya rasa saya jarang berbicara dengan dia hinggalah 2- 3sem kebelakangn ini. Jadi tak banyaklah yang saya boleh bercerita mengenai dia. Apa yang saya ingat, saya pernah jumpa dia solat Jumaat di jalan TAR. Sampai sekarang saya ingat. Kakak saya pun kadang-kadang akan bertanya tentang dia(p/s dia tanya kerana dia hanya pernah nampak Hafsyam sahaja, bukan sebab lain ya). Masa itu, saya, kakak saya dan Hani berjalan-jalan di Jalan TAR dan terlupa bahawa hari itu hari Jumaat. Dan tengah hari, semasa kami berjalan pulang kami lihat ramai yang sedang solat malah di jalanan sekali (leh refer tulisan saya yang bertajuk Catatan berjalan di KL). Dan dia sedang mencari tempat untuk masuk ke dalam jemaah(mcm dia cari tempat exam 648  kot..ups..=]]). Saya pernah pinjam motor dia sekali. Ada orang kata dia nie pandai baca orang.. Mungkin benar sebab dia bekas student sekolah agama. Saya rasa kenapa saya tak berkomunikasi sangat dengan dia sebab dia bukan yang jenis lelaki yang mesra alam. Lagipun selalu jea bila saya berguraw dia tak faham dan sebaliknya...hahaha=pp. Anyway, saya rasa dia seorang kawan yang baik...

Seterusnya naem. Dengan dia nie lagilah berapa patah perkataan yang pernah saya cakap. Dengan muka nerd dia tue n macam no feeling, lagilah saya memang tak berbicara. Tapi apa yang saya kagumi dia ialah kefasihan dia dalam berbahasa Inggeris. So fluent. Yang nie, saya memang respect. Tak banyak yang saya boleh coret tentang dia. Nampaknya saya memang tak mengenali dia..huhu... Oh, ya dia merupakan class rep semasa sem1 xsilap. Hurm, dia suke melibatkan diri dalam larian kot sbb selalu jea dgr citer dia join marathon...

Kita pergi ke Utara pulak. Mubin aka Nazirul.. Dia masuk kelas saya masa sem 2.Dari cawangan berpindah ke sini kerana salah amik cos(menurut cerita yang saya dengar). Kalau dengan boys yang dah lama saya kenal pun jarang bercakap, apatah lagi dia. Saya mula boleh tegur dengan dia pn 2-3 sem lepas gak kot. Itu pun sebab dia ada ym dengan saya. One things yang saya ingat dia pernah tanya saya ialah pasal Ultraman.. Sampai saya tertanya2 kenapa dia tanya pasal ultraman. Akhirnya baru saya tahu sebabnya setelah dia beritahu Lina. Itupun setelah 2 hari saya mencari jawapan tak jumpa... Nak tahu kenapa? Sebab dia kata ultraman tue panggil saya. Hahaha..Dia nie boleh tahan gak loyar buruknya. huhu...

Dari utara kita pergi ke Ganu.. Syafiq. Banyak cerita tentang dia. Semester 1 lagi, dia dah wat kes dengan saya. Kerana kes itu saya dapat no phone dia. Kerana kes itu jugak saya mula boleh berbicara dengan dia. Nampaknya guys kena wat kes dengan saya baru saya leh berkomunikasi..hehe=pp. Saya rasa dialah guys dalam kelas yang pernah mendapat 'ayat-ayat cinta' saya bila saya menjadi chaperone dia =))... Dan kerana itu jua saya pernah tidak dapat tidur 1 malam...huhu...Selain kes tue, dia pernah belanja saya makan di secret recipe. Really2 appreciate that moment. Sebabnya saya tak pernah makan kat sana... =]]Then kerana bakat menyanyi dia, dia adalah salah sorg penasyid UiTM. Seorang yg kreatif.. selain mencipta lagu,dia juga pandai buat kad.. I have seen it.. hehe.. not bad..=]]. Well, la nie dia senang jea taw psl sy sbb ade informer yg link baik punyerlah..=pp


Perjalann seterusnya ke negeri cik siti wan Kembang.. Muzammir nurhakimi..Saya rasa dgn dialah saya paling bnyk berkomunikasi..Dia nie stock mesra alam. Smua org dia tgur. Tue yang mcm leh get along ja.. Dhlah sesame komnder. Then, dpt pulak supervisor yg sme utk FYP.. So, memang banyak lah berinteraksi dengan dia nie. Rsnyer selepas intersesi kot baru berbaik2 ngn dia. Selalu jea menyindir, berdebat n bercerita ngn dia. Sbbnyer ade YM..haha.. Bnyak merepek kot. Saya suke kate dia wat saya mcm PA. Rsnyer klu waktu exam tue, klu dia xtanye bl n tempat tue, mcm plik jaa.. Cme sem nie rsnye dia dh berpakat ngn boy len kot.. Sbb orang bbeza akn tnyer..Takut saya minta belanja lh tue..=]]. Anyway dia nie leh jadi kawan yang baik lh jugak. Dengar jea saya merapu n merepek even kekadang saya rasa dia xfaham..huhu. lagi, dia nie anak sulung rupenyer. Series, saya xsangka lngsung. Baru jea tahu sem nie.. Hampeh kn.. Dh penghujung sem br taw..

Next station, kita ke negri Perak. Sape lagi klu tak izwan a.k.a pap.. Tapi saya rasa sy jrg aka xpernah pnggil name yg ke 2 tue.. haha.. xpandai. Dia nie pun stock2 mesra alam gak cam kimi. Cme saya kurang sikit berinteraksi ngan dia bbnding kimi. May b sebab dia palapes bkn kmnder.. Dia nie palapes Navy. Kira bab selam, renang dh expert lh. Dah jadi Leftenan Muda dah skrg. Kne panggil Tuan Izwan a pas nie=pp.  Survey kata dia nie senang jea klu nk minta tolong.. N  now saya ngan dia dapat tugasan utk handle program for MPG.. Masa untuk bekerjasama..=]]. Lagi,d ia nie pulak ank bongsu.. Nie pun saye br taw. Terukkn..Hjg sem br amik taw..hehe=)). Dia pun dh de blog sendiri.Ada harapan lh dia dapat baca tulisn nie(jgn marah a).  Once yg saya ingat, ialah ada org suggest saya nek moto ngn dia g kuar. Memang saya terkejut. Tapi berjaya a wat ayat berlapik nak menolak. Saya rs klu saya ckp ya, izwan kot yang demam..lalala~~ n ramai lagi yang leh alami heart attack kerana tue..huhu...

Ok, last but not least kita ke nogori untuk bercerita ttg Akbar.. Saya xtaw nak describe rate komunikasi ngan dia.. Nak kata jarang mcm x, nak kate x mcm jarang.. No comment.. Dia pun komander. Rasanyer dgn dia kot terbalik sikit.Hehe... Klu dengan yang lain, mkin lme mkin saya bcakap.. Dengan dia mkin lme mkin xbercakap..hahaha.. Let bygone.Well, saya rasa dia mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin.. nampak lh keyakinan diri untuk bercakap or handle orang. Actually dia kawan pada menti saya aka abang saya masa matriks. So, abang saya dh warning jgn terpikat kat kawan dia before saya msuk sini. Haha.. Oh, dont take serious, is just a joke between me and him.haha.. Then, saya ingat lagi bagaimana dia mcm melebihkan saya ms refreshment(panggil name sy je), trus smua org ingt kami ada affair. Mcm2 lah isu timbul. may be sebab tue kot saya jadi x bcakap ngn dia...hehe. Mengelak spekulasi mahupun kontroversi yang mungkin menjadi fitnah diri mahupun hati.('',)

Exploration Gunung Datuk & Gua batu Maloi

Well, itulah mereka pada pandangn saya.. Even, jarang berkomunikasi xbermakna saya xtahu pasal mereka. Kalau dah sekelas tue, for sure berita sampai jea nnt. Even may b bkn org terawal tahu, tapi at least tahu jugak..lalala~~ Diorang semua tue dh berpunya. So, sorry gurlz yang nk try. Klu ada yang kata single pn x available..=pp

So, guys.. Terima kasih untuk segalanya. Untuk setiap pengalaman, kisah dan perkongsian.. Walau xsemuanya indah, xsemuanya baik namun itulah hidup. Kita tak akan bisa mampu memuaskan ati semua orang.. Maaf juga untuk segalanya. Untuk gurauan yang xkena, utk reaksi yang mengundang tanda tanya, utk kata2 yang menyakitkn telinga, utk teguran yang menyesakkn dada.. I'm lost my way to communicate wif boyz since.... Anyway guys, knowing u is one of best lesson I learn in life.. All the best in ur future undertaking. something somehow unpredictable.. Hope the friendship we build, doesn't change by time. InsyaALLAH...(''.)

Tuesday, November 10, 2009

Kerana kamu saudaraku...


Assalammualaikum...

Hari ini ada pelbagai cerita yang berlaku. Mengimbas kembali kisah yang pernah dan ingin diri lupakan. Bercerita kembali tentang kisah diri yang menyakitkan.Sungguh saya tak mahu lagi mengimbau kesakitan ini. Ya, saya tidak cukup kuat sebenarnya. Saya sudah puas bertahan. Sudah puas menjeruk rasa. Kadangkala saya rasa saya tidak harus memendam segalanya. Semuanya harus diluah. Tapi bagaimana jika luahan itu bisa melukakan hati orang?? Bagaimana jika hakikat itu bisa memusnahkan kebahagiaan orang?? Saya tidak tega..Sama sekali tidak. Walau saya terluka, walau saya terhina kerana bagi saya. bila kita melukakan hati orang hari ini, maka balasan akan kita terima juga nanti.

Kadang-kadang ada bahagian hidup kita ingin jadi rahsia, kadang-kadang ada bahagian hidup kita ingin jadi lupa. Bila tak tertanggung rahsia di dada, pesanlah pada angin agar dibawa rahsia itu bersama awan tingginya.

Maka sebab itu saya selalu mengalah. Mungkin saya boleh cedok sedikit lagu kump.Kertas..Kekasih yang tak dianggap..

"sebagai kekasih yang tak dianggap aku hanya bisa,
mencoba mengalah..menahan setiap amarah..
sebagai kekasih yang tak dianggap, ku hanya bisa bersabar..
ku yakin kau akan berubah..."

Jangan salah anggap.. saya hanya meng'copy n paste' ayt lagu tue.. Not really means with that 'kekasih'  words..Lagipun, antara sedar atau tidak.. sekarang nie mcm cash jea setiap perbuatan kita. Esp. bl kita wat salah..Mungkin hari nie, kita telah menyakitkan hati orang...wat orang terluka..Then, esok ade orang wat kita plak. Atau kita alpa dalam menunaikan tanggungjawab kita, sebagai hambaAllah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai kawan, sebagai pelajar n etc...Kita akan diingatkan ttg kealpaan kita dengan pelbagai cara. Kerana DIA tahu kita ini hamba yang bersifat alpa. Antara kita sedar atau tidak sahaja, sedangkan DIA sentiasa beri peringatan..





Apapun,saya akan terus begini. Menahan dan meanggung beban rsa ini. Moga suatu hari DIA akan temukan saya dengan insan yang mampu memahami tanpa perlu saya meluahkan. Insan yang mengerti walau hanya dengan senyuman. Insan yang setia mendampingi tika mereka menjauhi. Insan yang mendengar dengan mata hati bukan mata duniawi...Dia, insan yang kudamba dalam doaku..

Buat mereka yang terus menghukum dan menyebabkan saya terluka, tersiksa n ter... segala..Moga kamu tahu sayang sesama manusia, sesama saudara yang menyebabkan saya rela begini. Untuk apa merebut pada benda yang belum pasti. DIA sudah aturkan segalanya untuk kita. Saya sudah selalu mengalah.. maka saya tidak kisah untuk mengalah lagi kerana kamu. kerana kamu saudaraku~~

p/s sangat penat mengemas lab.. Pada mereka yang wujud macam xwujud, pada mereka yang tak mengerti makna kebertanggungjawaban...Sedarlah..Seperti yang selalu saya dimomokkan 'tidak baik makan darah kawan'... Renung-renungkan~~~

Wednesday, November 4, 2009

Kenalan atau sahabat???

Assalammualaikum...

Ada satu perbezaan antara menjadi seorang kenalan dan menjadi seorang sahabat.

Pertama, seorang kenalan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan bila disisinya kau merasa tenang. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau berkongsi kebahagiaan.

Namun mereka adalah orang yang dengannya tidak akan kau kongsi hidupmu, yang tindakan-tindakannya kadang-kadang tidak kau mengerti kerana kau tidak cukup tahu tentang mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai,fahami dan sayangi... Bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau peduli akan orang itu, dan kau memikirkannya ketika mereka tidak ada.
Sahabat-sahabat adalah orang dimana kau diingatkan ketika kau melihat sesuatu yang mungkin mereka sukai, dan kau tahu perkara itu kerana kau mengenali mereka dengan baik.


Mereka adalah orang-orang yang fotonya kau miliki dan wajahnya selalu ada di kepalamu. Mereka adalah orang-orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar sebuah lagu di radio kerana mereka membuat dirimu berdiri bersama mereka dan mengajakmu menari atau menyanyi bersama dengan mereka atau mungkin kau yang menyanyi dengan mereka.


Mungkin mereka pernah mengurut kakimu, atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka peduli terhadapmu. Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak punyai suatu alasan pun.

Mereka berkata jujur pertama kali dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahawa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar. Mereka adalah orang-orang yang tidak akan menertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis ketika kau tidak diterima di perguruan tinggi dan selama lagu terakhir di pesta perpisahan kelas dan saat-saat terakhir bersamanya. Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.

Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang mengantarkan / mengiringmu pada saat pernikahanmu,atau mungkin adalah orang yang kau nikahi...



p/s buat seorang teman lama. Aku tak tahu apa yang berlaku sehingga kau seolah menjauh. Dan aku sudah penat untuk terus mendekati. Sudah lelah untuk terus mendampingi. Kerana kau selalu begitu. Teringat aku pada bicara seseorang teman semalam..."Saya tak pernah menyesal untuk berkawan dengan sesiapa. Tapi saya rasa kesal kerana berkawan dengan dia.". Luahan hatinya kerana sikap seseorang yang pernah dianggap sahabat. Lalu, perlukah untuk aku juga berkata begitu untuk kau. Tempoh hampir 10 tahun perkenalan juga tidak mampu membuat aku mengenali kau. Adakah aku cuma sandaran waktu kau kesusahan?? Untuk terus menyokong waktu kau memerlukan?? Sedang saat aku jua perlukan teman, kau seolah membiar aku sendirian..Mungkin selayaknya kita hanya kenalan..bukan sahabat...~~~

Sunday, November 1, 2009

Rezeki...=))

Assalammualaikum..

Tarian pena menari dari tingkat 6 blok A.. Menyiapkan thesis yang seharusnya sudah disiapkan..Tapi jemari tetap ingin berlari di sini. Just nak bercerita tentang pengalaman diri.

Hari Jumaat yang lepas, saya dapat tahu assignment 1 CTU 696 saya x boleh dibuka. Dan Dr menyuruh saya menghantar pada sebelah petang. Maka petang itu saya menuju ke fakulti untuk menghantar assignment. Memandangkan perut belum diisi saya menuju ke cafe. Hurm, mihun nampak menarik. Saya pun menapau dan segera pergi ke kaunter. Di hadapan saya ada seorang staff perempuan. X dapat pastikn bahawa lecture ke bukan. Then, masa itu makcik yang suka senyum(merefer pada makcik kegemaran Dr Az...) berbual dengan seorang lecturer.
"wah, cik lan dah nak g haji"
"alhmdullillah"
"cik lan nnt doakan lh kitaorg kat sinie "
"insyaAllah.."
Ape ntah lagi butiran perbualan mereka tak dapat diingat dengan jelas. Tetiba:
M--"cik lan belanja lh dia nie(merefer pada perempuan di hadapan saya td)
C.L--"Ha, kira jea lah.. Kira sekali adik nie gak.. hurm,. saya belanja semualah.. 1, 2, 3, 4, 5"
M--"betul nie cik lan.. adik, cik nie belanja. dia dah nak g haji"
Saya hanya tersenyum. Sebelum berlalu sempat saya mengucapkan, cik terima kasih. Sebenarnya saya xtaw nak cakap apa+ saya sorg jea student yang dibelanja memandangkan yang lain merupakan staff...
Alhamdullilah..
Selamat menunaikan haji Cik Lan..Moga mendapat haji yang mabrur..

Sungguh rezeki itu milik DIA. Bila milik kita, walau macam mana pun kita akan mendapatkannya. Begitu jua sebaliknya. Teringat saya masa pergi ke camping keluarga kmpeni E di Hutan Rimba Komanwel. Semasa pergi, kitaorang singgah sebentar kat stesen minyak. Setelah memilih barang, saya pergi ke kaunter untuk mebayar. Pada masa tue, ada sorang mamat nak bayar. Even macam saya dah sampai dulu, tapi cashier tue uruskan dia dulu. Oklah, no hal. Then, tetiba mamamt tue tolak 10sen kat saya..Dahi saya dah berkerut2..bicara hatiku-"awat dia nie". Then, cashier tue pulangkan duit baki dia. Dia terus letak kat ats botol air mineral yang saya nak bayar. Saya=???
"Ambiklah, dik..."
Saya tergamam sampai xtaw nak kata apa. Kawan-kawan saya yang berada di kaunter pun memandang saya pelik..Dan saya hanya memegang duit dia. Membayar guna duit saya. cashier tue pun tersenyum-senyum kat saya. Kawan-kawan saya kata sebab mungkin dia ingat saya budak kecil..Adoi, harunyer.. umur dah 21 tahun wktu tue.. May be cara saya berpakaian n tubuh saya yang kecik(kecik ke..haha=p)
Apapun bagi saya itu jua rezeki. Dah ditakdirkan untuk saya even ramai lagi kawan2 saya yang ada di situ. Even ada jea lagi yang lagi muda +lagi kecil dari saya.
Wat lelaki yang xdikenali, terima kasih. Andai benar kerana menganggap saya kanak2 sekolah yang ingin pergi perkhemahan, pasti anda terkejut besar melihat saya menuju ke bas UITm dan menaikinya=}}

Yang tersirat---Sebenarnya banyak lagi rezeki yang DIA beri kita, cuma bila kita diuji, kita terus lupa DIA pernah jua beri rezeki lagi banyak sebelum menduga. Bila kenangkan semua rezeki yang DIA beri, saya rasa saya x layak sepatutnya menerima. Saya masih jua lakukan perkara yang dilarang, saya masih jua jauh dari melakukan semua perintahNYA. Sungguh, betapa DIA Maha Penyayang, Maha Pemurah, even kita sering lupakan DIA, DIA tetap jua beri rezeki kat kita. Cuba kita sesama kita. Kalau orang dah buat jahat kat kita, jangan haraplah kita nak wat baik kat dia. Tapi DIA x begitu, walau kita sering alpa dengan perintahNYA, DIA tetap memberi kita kasih sayangNYA.


Ya ALLAH, ampuni diri yang sering leka dan alpa ini. Kuatkan diri ini untuk menempuh segala ujian. Teguhkan hati ini pada jalanMu. Ya ALLAH, betapa zalimnya diri ini, walau rezeki diberi berkali2, namun berkali-kali jua diri ini alpa. YA Ghaffur, ampuni dosaku..Seringkali ku ukir janji mentaatiMu, namun berkali jua telah kumungkiri.. Ya Latiff, terima kasih untuk semua yang telah diberi..NikmatMu melangit luas namun diri masih tetap khilaf menafsir dunia..

Wednesday, October 28, 2009

Peluang Kedua...

Assalammualaikum...

Hari ini tinta menari untuk menghargai peluang kedua yang diberi.. Setelah peluang pertama dibiar pergi lantaran emosi yang menguasai diri. Namun, peluang kedua seakan cuba menjanjikan sinar walau saya rasa ada big question yang telah terukir semalam..

Ya ALLAH, tolong sama saya ya.. Jadikanlah saya redha dengan apa jua takdirMu..Saya telah mencuba yang terbaik untuk peluang kedua. Maka, saya berserah diri untuk hasilnya..
Ya Rahman, dengan belas kasih sayangMu, saya mohon moga hati2 yang menyayangi saya tidak akan terluka lagi. Amin...

Peluang kedua..
Terima kasih pada yang masih menyokong diri ini. Terima kasih pada yang terus memotivated diri ini.  Terima kasih kerana memahami.Terima kasih untuk segalanya.


~~Hidup ini tidak boleh terus dibayangi masa lalu...Lepaskanlah kisah silammu...Sinar mentari hari ini masih sudi menemani...Moga esok mentari terus menyinari~~

Friday, October 23, 2009

Sinar ukhwah lebaran kompeni E..

Assalammualaikum...

Kali ini kembara perjalannan hidup singgah sebentar di sambutan hari raya kompeni. Sambutan pada 10/10/2009 di dewan makan teratai. Saya mula turun membantu bermula jam 12 tengah hari.. Even, mungkin tak sebanding adik-adik yang telah bekerja keras demi menjalankan tugas mengikut tanggungjawab masing2.. Maaf wahai dinda2 ku sayang, kekandamu ini mempunyai tanggungjawab yang lebih memerlukan untuk diselesaikan, maka kerna itu diriku tidak dapat membantu pergerakan pada awalnya.

jam 12 tengah hari.
lokasi: tepi koperasi (berhampiran longkang)
aktiviti-- membasuh ayam
kekuatan-- bermula dengan 3, di tengah 4 , berakhir dengan 1

jam 2.00 petang
lokasi-- bilik aliya
aktiviti--perap ayam tuk bbq
kekuatan--around 7 orang...

Semua tak pernah wat bbq bahagian handle rempah ratus. menggunakan logik akal n kata hati masing2, maka rempah dimasukkan. even dapat resepi dari pengarah program, tak diikuti sepenuhnya. Tukang adun merupakan senior2 yang baik hati.. haha.. perasan nyer.(sayalh tue=p).. bersama akmal..

Then, selepas asar, bakar ayam=BBQ.. Masa nie dpt taw ade masalh mengenai xde lg senduk..Atoi, mana nak cekaw dalam masa sat. Cntct sne sini nk cr, then idea comes to borrow from kmpeni j yg wat mjlis petang tue. Sayangnya, depa pinjm catering n catering akn ambil selepas mjlis.. N d hero comes..Thank Rawi.=))
'nie, pe masalahnya lagi."
"nie senduk2 xde.. cmne nk amek mknn kat buffer"
"itu jea, small matter. dah selesai.."
"???? umah dekat sinie ke??"
"pinjam DC"
Dan saya pun terpana, akhirnya menganggukkan kepala. Sememangnya lelaki  punya kelebihan pada sifat tenangnya.
Dan menjelang 6 petang, sy sibuk ngn teknikal pnyer barang. Sy pasang LCD, mikrofone.. seriesly, i don know about that. thanks Hafiz yg bsush payah membantu. Tanpa anda, saya pasti mengagau seorang diri di situ..

Dan malam pun menjelang..
Majlis berjaln walau ade rasa kebosann sedikit.. Sesuatu yang xdijangka.. Can u imagine that I been in front of others to be the finalist of d queen of night.. Ya, satu penghargaan utk saya may be..  Just wanna look me in front of them. junior2 yg nakal..Bila diorg suruh berjalan cam peragawati..Dgn segera saya membuat peragaan berdua.. Bersama wawa, junior saya yg turut tercalon..i always have other plan dear.. haha.. so, maaflah pada sesape yang merasakan berjaya wat saya jadi model mlm tue..haha=]] .. anyway, terima kasih kerana memberi peluang saya tercalon sebagai model.. haha.. saya taw saya xlayak untuk menjadi model..


p/s-- wat seseorang yang saya xtegur langsung. maaf saya bukan membenci.. tapi saya mahu kamu sedar dari kesilapan kamu.. Jawatan itu satu amanah.. bukan sekadar nama...Ia akan dipersoalkan.. saya sedar kamu tahu saya melarikan diri dari kamu.. saya tahu kamu sedar sikap saya itu. Dan akhirnya kamu mengalah..mencari alsan untuk berkata-kata ngn saya..hehe(smtimes we need gives person a lesson)=]]

Terima kasih semua...

Assalammualaikum...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan penguasa sekian alam....Saya sudah membentangkan thesis II saya..

Perasaan really2 ok...Ya, even result tak keluar lagi..VIVA..satu perkara yang menjadi tjuk hangat perbualan.Apatah lagi menjelang nya hari yang dijadualkan. Ya, hari ini..23/10/2009... saya membentangkan tajuk thesis saya. Merupakan grup pertama present. Cuma 1 grup sahaja pagi nie..disebelah petang ada lagi..

Terima kasih semua.. terima kasih..Speechless sekejap..Mencari ayat utk ditulis..=]]
Firstly to my bloody marvellous parents.. Saya tahu doa kalian ada bersama saya..
"Ayah, esok org ade presentation"
"ape tue??exam ke?"
"taklah, present projek.. nnt klu xditerima susahlah ayah.."
"em, xpe2.. malam nie ayah solat hajat ya."
--kali nie seriously speechless n terharu...That my father.. Even he may be dont understand what I mean by VIVA, what i mean by present.. but he always do care about me...
"Wat yang terbaik.. Ayah tahu anak ayh leh wat."
"Baik"

"Mak.. org ade present sok"
"baik, mak tahu apa yang mak nak wat. Tenang aje ya. Moga Allah permudahkan urusannya. Ditenangkan jiwanya.Dikuatkan semangatnya. Biar mudah je wat esk"
"Amin"
"nnt klu mak x puasa esok, mak bacakn quran yea.. Tadi mak dh cari ayt quran yg sesuai"
----lg sorang plak wat saya speechless...huhu.. That's my mother.. Klu saya ada presentation, ada exam, dia akan puasa. Bukan saya sorg ja.. Adik-beradik saya juga. Doa seorg ibukn.. keberkatan.-

Second to my siblings..
wit my little bro..
"huhu.. akak de present sok..tkot"
"eleh present pn tatot"--(ayat yg mmg dh dijangka..kami mmg sentiasa membuli pihak yang susah)
"tapi present nie penting.. klu x abis a akak kne smbung agi..(wat dh ayt2 series nk tkotkan dia.)
Doakan  akak taw"
"yelah.. ko wat lh elok2.. biar diorg xleh nk tolak kate2 ko"
"Baik"(tetiba menjadi akak yg baik ngn adik nya)

Then for my beloved frenz.. my friends under d same supervisor.. and smualah..
Thanks 4 supporting me.. Thanks to be there wif me.. Thanks for alway be my motivator when I was down..
Thanks you..

For the panelist.. terima kasih kerana x attack saya dengan soalan yg teruk2..

owh terlupa thanks to  d coolest supervisor forever....Prof madya Dr Cheow Chong Seng...

p/s-- Wat teman yang konvo semalam.. maaf saya xdapat spend masa dengan kamu n mereka semua.. Maaf sbb sy datang xbawa bunga.. Tapi hang nak taw x, saya dapat bunga.. Berjaya membuat madu saya membelikan bunga untuk wish gud luck kat saya.. Kan saya dah kata rmai yg sayang saya...hehehe...Just kidding.. Rmai sayang hang juga..

Saturday, October 17, 2009

Huhu..bestnyer mereka itu.....

Assalammualaikum..
 Jam 1.13 tengah hari, hari ahad..
Huhu... Saya sedang berada di blok A, fakulti. Menyiapkan diskusi untuk FYP. Perasaan sangat berdebar2.. Risau. Yups, so risau mengenai presentation ini.

Dan saat ini UiTm sedang mengadakan konvo kali ke 71 if not mistaken.. Duduk di tingkat 4 bertemankan laptop, cuba menghindar dari gamitan konvo. Nampaknya tekaan saya silap, ramai pulak yang mencari toilet dan saya jadi Guide toilet.. =))..
"Adik, toilet lelaki mne?"
"Kne naik 1 tingkat lg ke toilet?"
"Tandas mane dik, yang bukan staff punye?"

Tue  a antara ayat2 yang saya terima sepanjang duduk kat sinie.. Ya, ibu bapa pelajar2 konvo mencari toilet. Mesti berbunga2 perasaan mereka lihat anak konvo. Even nampak mereka cam letih, may b baru tiba dari Selatan, dari Utara, dari timur mahupun dari menyeberangi laut china selatan, tapi tiada keluhan. Hari ini ialah hari yang ditunggu2 oleh mereka. Melihat putera-puteri menggengam segulung ijazah hasil pengajian mereka. Saya sangat cemburu.. Owh, masanya belum tiba untuk saya.

Minggu depan, ramai kawan2 saya akan konvo esp, dia yang setia mendengar celoteh saya. Ya, bagi pelajar2 yang kos pengajian tiga tahun pastinya sem nie mereka akan konvo. Dah bnyak invitation sya terima utk melihat konvo mereka. (cam vvip a plak=]])Tak lupa kawan saya yang baru kahwin raya lepas, akan konvo 21 nie. Budak2 sains gunaan akan konvo khamis xsilap.. Bisness ari selasa kot. Wah, macam nie saya kne g konvo hari2.... Menambahkan semngat utk menghabiskan study sem nie..=))

Buat mereka2 yang 4 tahun pengajian, masa kita akan tiba jua.. Amin. Ya Allah, permudahkanlah urusan pengajian kami di semester terakhir belajar ini.
Gambar masa konvo my ex-roomate at SAMURA..
Hope I can wear my own...('',)

Apapun, kene siapkan dulu FYP nie.. Gambatte cahaya san.,, Gambatte to my frenz also..... Go, go chaiyok...We can do it..

Friday, October 16, 2009

Loser...

Assalammualaikum..

Is just a time when you feel sad and no one you can lend on.. A day when u feel that u want to go nowhere.. So bad feeling.
I need a shoulder to cry on.. I need happiness to throw away my sorrow... I need.... Yups, I need....

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Monday, October 12, 2009

kerna saya sayang kamu~~

Assalammualaikum..

Hari ini saya tarikn jari juga di sini even saya rasa ada kerja lain tuk dilakukan..
Test yg bersususn, final projek, rumh terbuka, final, assignment n etc...
Tapi kerana saya tertarik dgn tjuk br dr kwn sy..'ya, mungkin kita dah di tahun akhir...', sy tulis jua di sini..

Kekecewaan yg dia rasakan melihat sahabat2 dia kecundang dengan ujian perasaan.. ujian hati.. Ya, saya juga bukan cukup kuat menangkis dugaan hati. saya jua bukn manusia yg baik... Tapi xsalah kita mengingatkan teman2 kita yang seakan2 terlupa akan hakikat dirinya.
Teringat pada sebuah hadis

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.


-- HR. Muslim
 
Dan mungkin itulah yang mampu kami lakukan. Mendoakannya untuk kembali ke firah diri.. Xsalah mempunyai rasa cinta kerana setiap insan telah dikurniakan rasa itu. yang salah kita terlalu memuja cinta sampai terlupa siapa yang memberi kita rasa cinta itu.. Seharusnya rasa cinta yang kita miliki menyebabkn kita lebih mencintaiNya kerana Dia yang beri kita rasa itu..
 
Buat sahabat2, kami bukan membenci kamu atau mahu memalukan kamu, tapi kami sayangkan kamu.. kerna itu kami masih lagi mengambil tahu pasal kalian.. kerana itu kami mengingatkan kalian.. kerna sahabat yang baik adalah mereka yang mahu bukan sahaja memuji kebaikkan sahabatnya malah mengingatkan saat mereka terlupa..


 

“Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi” (Ali-Imran: 8)
 
Sekian~~
 
p/s: syukran pada seorang teman yang sudi memberi komen ttg blog ini.. walau kamu tidak mempunyai blog sendiri, kamu sudi jua melihat blog saya.. saya sayang kamu.. tidak sabar untuk ketemu kamu~`('',)

Saturday, October 10, 2009

Kill Ur DaRLinG!!!














Assalammualaikum..

Baru pas menikmati nasi goreng sendirian di Dataran Cendekia. Entah kenapa jiwa rasa tak tenang. macam ada yang tak kena.Apa pun perasaan macam nie x leh dilayan, kalau tidak merana badan sekali.


Okaylah, back to point 'kill ur darling'. Tadi saya g Ptar. Seperti selalunya, saya akan g tempat majalah dan mencari majalah Anis. Sebab saya memang suka isi dia. Tapi untuk memiliki sendiri sebagai aset rasanya tidak lagi. Selak2 laman yang memang saya suka baca by ustaz pahrol judi then dpt a topik tue.(ada lg segmen yg memang sy spot, dr ustaz saiful islam, k.anis, mak lang, teh tarik n etc...)=}}


Saya tertarik dengan pengisian itu. Kill ur darling atau bunuh orang yang kamu sayang@ bunuh kesayangan kamu. Is we dare to do that?? Adakah kita sampai hati utk melakukannya..
Apa yang cuba disampaikan ialah kekadang bila kita dah sayang kat sesuatu itu kita sampai keliru menilai dia. Semuanya indah sahaja even sebenarnya dialah punca kekacauan jiwa kita..
Kadang-kadang kita menulis bait indah, kita sayang untuk membuangnya. Bagi kita ayat itulah yang terbaik. Tapi sebenarnya kata-kata itu terlalu buruk pada pandangan orang. kata-kata itu mengundang kemurkaanNya.
Atau kita melakukan ibadah sunah dan kita rasa  sayang terhadapnya tapi tanpa kita sedar ibadah sunah itu mengundang riak, ujub n sifat mazmumah yang lain. (moga dijauhkan). Maka amalan yang dilakukan itu hanya kosong bila sifat2 itu bermaharajalela..
Atau kita terlalu kagum dengan penulisan seseorang, setiap karyanya kita miliki sedangkan karyanya membawa kita jauh dari menyintai Dia. Karyanya melekakan kita dalam kehidupan...Karyanya menyebabkan imaginasi kita melampaui batas pemikiran...(SubhanaALLLAH)...

Maka kata penulis tersebut.. kita kne menjadi spt Nabi Ibrahim yang sanggup membunuh Nabi Ismail (kesayangannya) demi mendapat kesayangan DIA.
Jadi, apa yang harus kita lakukan ialah mengenalpasti siapakah darling2 kita yang sebenarnya musuh dalam selimut kita, yang sebenarnya api membakar sekam dalam jiwa kita...Supaya kita dapat membunuh dia untuk menjadi kesayangan DIA.
Siapakah 'ismail-ismail' kita, sama2 kita muhasabah diri kembali....

p/s: Sedang kecewa kerana tidak dapat bermain badminton(x hebat pun sebenarnya)..Ya, gara-gara kompeni kami sudah kekurgn siswa2 yang mempunyai semngat yang tinggi. Miss senior2 yg baik hati..=}}

Sunday, October 4, 2009

Kasihmu ayah...

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menarikan jari di blog even keje menimbun. Tapi untuk berkongsi rasa yang sedang ku lalui sekarang menyebabkan ku tarikan jua jari di sini.. Saat ini saya masih terngiang-ngiang suara ayah saya yang baru sahaja call.
Ya, ini bukan pertama kali dia call. malah sudah selalunya. Cuma kali ini saya ingin mengabadikan kisah itu di sini.
Jam 5.23 petang..
Saya sedang menghadap laptop membuat perbincangan untuk FYP tatkala handphone saya menyanyikan lagu keluarga Bahagia II.. Saya sudah tahu pasti dari emak @ ayah saya kerana saya telah mensetkan lagu tersebut hanya untuk mereka.
"Ya, assalammualaikum"
"waalaikumussalam"
Eh, ayah  ke call.. Hurm, selalu emak yang call...
Berbual2 dan bertanya khabar n etc..
Then tiba..
"Ayah kat kebun nie.. Tengah cabut rumput.. tiba-tiba teringat kat dia. sebab tue ayah call."
"ayah rindulah kat org tue"
Saya menjawab ceria sedang hakiktnya saya terharu.. Sangat terharu. Bukan mudah untuk seorang ayah berkata begitu. Bukan mudah untuk seorang lelaki berkata begitu. Pasti saat dia mencabut rumput, wajah saya terbayang. oh, ayah..
Kasihya ayah, walau dalam apa jua keadaan masih tetap mengingat anak.. kasihnya ayah, even terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki..Mampukah saya jadi anak yang terbaik untuknya? mampukah saya melakukan begitu ketika saya sudah berkerjaya. Mampukah saya meluangkan masa untuk mendengar ceritanya..
Owh, air mata sudah mahu menitis..
Mengingat pengorbanannya. Mengimbas kesusah payahnya.

Ya ALLAH, hambaMu ini bermohon kepadaMu.. ampunilah dosa ayah dan ibuku. panjangkanlah umur mereka dalam ketaatan kepadaMu. Berikanlah hambaMu ini peluang untuk berbakti kepada mereka.
 Ya Rahman, lindungilah mereka dari segala bahaya, kesusahan dan malapetaka. Kurniakanlah  mereka rezeki yang halal.
Ya Latiff, berikanlah hambaMu kesempatan untuk membahagiakan mereka. Berilah hambaMu peluang membalas jasa mereka walau takkan pernah mampu untuk membalasnya.

Saya sayang Ayah~~

Tuesday, September 29, 2009

Ada apa dengan nama..

Assalammualaikum

Hari ini ingin berkongsi apa ada dengan nama..Kisah-kisah yang berlaku kerana nama saya cahaya.. Nor Cahaya..

Kisah satu

Di surau Fsg, bulan Ramadhan..

Surau dipenuhi ramai pelajar. Mengambil peluang merehatkan diri sementara menunggu solat. Saya baru melangkah masuk dan sedang mencari tempat meletakkan beg. Tiba-tiba....
F  :  Cahaya...
Mencari-cari arah suara. Tapi bilangan yang terlalu padat menyebabkan saya tak jumpa. Mula nak abaikan sebelum suara itu memanggil lagi.
F  : Cahaya..
Belum sempat melilau, tiba- tiba terdengar..
H  : Cahaya, cahaya.. Kalau silau tue tutup a muka dengan tudung.
Saya: Eh, hai F.. abis kelas dh ke?
F : Ha,ah, tengah tunggu kelas nie..
H  : Adoh, malunya.. Dia panggil kawan dia rupanya..Mana tahu nama dia cahaya ...
(H berkata kepada kawan disebelahnya sambil menutup muka)
Saya pura-pura tidak mendengar walau sudah hampir gelak melihat F ditegur kerana memanggil saya. Sebenarnya mereka sedang baring disurau. Barangkali H merasa F berkata cahaya merujuk pada lampu..
Nama oh nama...


to be continued~~~

Saturday, September 26, 2009

selamat hari lahir --part 2~~

assalammualaikum...

Kembali lagi ke ruangan blog nie setelah seminggu diabaikan...
kita teruskan kembali pada cerita hari lahir saya...

Seperti tahun lepas juga, saya tak mengabaikan pemberian hadiah dari maxis. Bermula seawal 8 pagi, saya sibuk menelefon mereka2 yang masih berada di level gara-gara ada barang yang tertinggal.. Dari level siswi sampai ke level siswa. Well, kesian  kepada siswa yang tidurnya terganggu. Maafkan akak, izhar..hehe... Hanya kamu harapan yang ada..=p

Usai siap menitipkan pesanan pada mereka, seterusnya panggilan kepada teman-teman yang lain..
pastinya pada Dudu.. Kali ini dia tidak terlewat untuk memberi ucapan.. Selalunya dia seringkali perlu diingatkan.. haha=p...
Tengah hari menjelang, panggilan untuk haswani di kedah.. Menggunakan hp adiknya maka perbualan kami hampir sejam lebih.. Ya, kami sudah lama tidak berjumpa.. Cerita dari hati ke hati... Ya, dia pendengar setia.. Thanks dear~~

Thursday, September 17, 2009

~~Selamat ulangtahun sayang~~

Assalammualaikum...

Alhamdullillah, masih lagi diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi ini.. Masih lagi mampu bernafas dalam nikmat iman dan islam. Ya, hari ini 18/09/2009 maka genaplah usiaku 22 tahun menurut tahun masihi.
Dan seperti biasa ku sambut permulaan hari dengan bertemuNYA. Meminta ampun atas segala dosa yang kulakukan. Memohon agar penambahan usiaku lebih mendekatkan aku padaNYA...

Wat mereka yang setia mengingati...Terima kasih semua...
Salam Lebaran.. Minal Aidil wal faizin...
Mohon maaf untuk segala silap, khilaf dan salah..
sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa yang tak lekang dari silap dan salah, dari khilaf meneka, mahupun mentafsir segala. Moga dapatlah kiranya lebaran ini menjernihkan segala kekeruhan dan meluputkan segala prasangka dan keraguan...

p/s sedang tunggu abang sampai untuk pulang ke rumah.. Jadual tiba2 berubah.. Seharusnya esok pagi.. Rupanya malam ni dah sampai...

Wednesday, September 16, 2009

tentang dia....

Assalammualaikum...


Baru sahaja balik terawih dekat pusat sukan.. Teringat kat baby comel tue. Erm, kebelakangan nie asyik dengar student dah kahwin jea. Bila fikir diri sendiri, hmm,, tak tahulah bila. Kekadang bila fikir masa depan nie, bermacam-macam perasaan yang timbul.


Sebenarnya tadi jumpa kawan kepada Lina, merangkap junior course kami tetapi sebaya dengan kami. So, dia nie baru jea nikah masa cuti sem lepas. Lebih kurang, macam Deq Lah lh kot. Bezanya, dia still belajar dan deq lah dah abis belajar. Saya tertarik dengan ceritanya.. perkenalannya secara serius hanya 6 bulan sebelum mereka bernikah. Bagaimana agaknya kisah saya pula nanti.. =}}


Bila cerita tentang kisah saya, saya sendiri tak mampu menduga.. Teringat perbualan dengan ayah.

"saya nak lelaki kaya..."

"Amin, mudah-mudahan.. kaya hati, kaya jiwa, kaya budi, kaya bahasa... bukan kaya wang dan harta sahaja."

Walaupun ringkas penuh dengan makna. Berlapik disebalik kata agar hati anak tidak terluka. Di sebalik mendokong, ada nasihat yang diberi.. Sebenarnya saya tidak bermaksud dengan apa yang saya katakan. Sekadar mencipta alasan namun jawapan ayah menyebabkan saya hanya tersenyum. Tidak menyangka gurauan itu diambil serius oleh ayah.


Saya sendiri tak tahu lelaki bagaimana yang saya mahukan. Apa yang saya fikir cukuplah andai dia baik agamanya, mampu menyara keluarga, mampu memimpin rumahtangga... Dia hanya seorang lelaki biasa pada pandangan umum tetapi dia ada istimewa pada saya.=}} Dia boleh menerima saya seadanya, tidak mengharapkan kesempurnaan..Tetapi sedia berlebih kurang..


Ops, cukuplah setakat nie saya bercerita mengenai dia.. Dia yang tidak lagi ditemui.. Dia yang sentiasa wujud dalam doa saya. Dia yang akan menjadi tempat saya kongsikan segala.
Dia yang tidak menyebabkan saya terluka lagi. Dia yang menjadi teman saat suka, duka, gembira, lara, bahagia mahupun derita. Setia disisi kerana cintanya pada Ilahi bagi melunaskan janji yang termatri..



Tuesday, September 15, 2009

bila pena menari....

Assalammualaikum..

Alhmdulillah, msih diberi kesempatan berada di muka bumi. Baru jea pas test tadi.. Huhu.. ntah ape saya ngarut kat MSDS td..huhu..

nie nk share ape yg telah dibuat tika mengntuk di dalam kels..

Dulu bercinta jarang berjumpa, nak jumpa pn kena ada orang tua,
adab susila baik dijaga, takut direject bakal mertua...
Zaman la nie, kalau memalu, orang kata pirah lu..
xyahlah berlakon kalau dah xlaku, sbb tue semua dah jadi hantu...
Bila diri dh dirajai nafsu, dating bdua dh xtaw malu,
xkisah pn org sekeliling dh berbulu, tgk perangai cam pengantin baru...
Duhai adam jangan begitu, mana hilang segala ilmu,
bukan ringan beban di bahu, memimpin hawa itu tugasmu...
Pada hawa ingatlah pesanku, dirimu itu umpama ratu,
ketegasanmu amat diperlu, usah lemah dipujuk rayu...
Bukan menghalang untuk bercinta, cuma biarlah ada batasnya,
agama Islam agama mulia, jangan terhina kerana kita...
Usah gundah bila sendiri, telah dijanji teman di sisi,
andai didunia tak kau temui, moga di syurga dia menanti...

dicoret pada 14/9/09
bila toxicity ngn segala ilmu..kne wat detoxification sndiri..
so, nie salah satu cara detoxicfication.. hehe=p

Saturday, September 12, 2009

apakah semua ini...

assalammualaikum..

saat ini, aku xmampu mencerna apa yang sedang berlaku. sungguh, aku xtahu bagaimana harus hadapi semua ini. Mungkinkah ini peringatan dariNya atas segala dosa atau adakah ini dugaanNya..

Untuk apa mengaitkan lagi kisah kami sedang hakikatnya, realitinya telah terbukti. Perlu apa lagi untuk kamu semua mengulang-ulang kisah itu??. perlu apa lagi untuk kalian mengatakan tentang persamaan itu?

Opick---Bila waktu telah berakhir
"bagaimana kau merasa bangga,
akan dunia yg sementara,
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu,
bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tak kau sadari,
masikah ada jalan bagimu untuk kembali,
mengulangkan masa lalu dunia dipenuhi dengan hiasan,
semua dan segala yg ada akankembali padaNya,
bila waktu tlah memanggil ,
teman sejati hanyalah amal,
bila waktu telah terhenti,
teman sejati tingallah sepi....

Apakah sebenarnya yang berlaku?? Mengapa harus lukakan hatiku seperti ini.??? Mengapa perlu membuat aku mengenang kembali? Mengapa biarkan mutiara ini berguguran...
Cukuplah, hentikan semua ini... Berikan aku peluang menjalani hidup di dunia ini dengan tenang...


p/s: kata orang perempuan suka mengumpat.. aku xnafikan.. orang kata gak tapi klu lelaki mengumpat lebih dahsyat dr perempuan... aku juga rs ia sememangnye btul...

Kepada lelaki2, aku bukan ingin mencipta peperangan dengan kamu. Bukan jua memusuhi kamu.. Namun saat ini, kerana sebilangan kamu yang mengganggu kedamaian dan keceriaan yang ku miliki menyebabkan aku tertanya, terlalu sukarkh untuk kalian memahami perempuan?? Mengapa harus hipokrit?? lembut lidah dihadapan kami tapi dibelakang kami, itu hanyalah lakonanmu. Bukankah kalian diberi amanh memimpin kami??
Usah berbicara tentang perkara yang kalian tak fahami... Jangan menghukum sedang kalian xpunya bukti.. Izinkan ku bahagia...

aku sedar aku bukanlah baik tapi aku tahu apa erti persahabatan. Aku faham makna keikhlasan.. Aku tahu kepentingan ketulusan...

Tuesday, September 8, 2009

Thank you ALLAH..

Assalammualaikum..

hari nie 20 ramadhan.. Umat islam msih lagi berpuasa. sedar x sedar dh nk sampai penghujungnya...Rasa mcm sekejap jea Bulan rahmat nie...erm.. so far, mcm bese bulan pose rmai a yg wat bbuke puasa beramai-ramai. saya juga tidak terkecuali. Baru minggu lepas saya berbuka puasa bsame dormmate2 di samura. Hanya angah jea yg x join. Mumun n lani tkecuali cz diorg jauh. anyway, nie sy akan cerita kat entry lain..
kali nie sy nk selesaikan hutang ngan kak nuha...
huhu.. ingat facebook jea yg men tag2.. blogger pn kne gak..huhu...

ok. kak nuha.. sy dh selesaikan tugasn sy..=)

Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
For each question, press the next button to get your answer.
YOU MUST WRITE THAT SONG NAME NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
Tag 10 friends.
Everyone tagged has to do the same thing.
Have fun.

If someone says ‘Are you okay’ you say?
bisakah- ct....
"ku terasa ingin membawa cinta yang terlara ke titik mula.. kembali mencuba untuk kali kedua..." siapekah orgnyer.. aku pn xtaw..leh timbul kntroversi nie=p

How would you describe yourself?
kita sama saje - amir uk ..
" kita masih sama masih walaupun berbeza" ... aku ngn korg same jea.. manusia biasa...hehe=p

What do you like in a guy/girl?
aate jate jo milta..aku pn xfaham..dpt2 lagu india..erm, kne cr pkar translate nie..hehe
klu kuch2 hota hai xpe gak.. xpun dilwale dulhania lea jayenge..smpat lg demand..huahaha...

How do you feel today?
come on over- christina aquilera
"got something going on (yes, I do)All my friends are gonna come...Gonna party all night long"
yeah, rs nk berparty bsme kwn2 yg sekepala...haha.. syaitan kne kurung, pesal aku msih nk wat smua nie... Astaghfirullah al-azim...cahaya, cahaya..(meniru ayat syuga cinta)=p

What is your life’s purpose?
mengemis kasih - raihan
" tak ingin lagi kumengulangi gerak dosa yang menghiris hati...... Tuhan, dosaku menggunung tinggi tapi rahmatMu melangit luas. harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMu di bumi..... " Mengemis kasihNya untuk bekalan berjumpa denganNya..

What’s your motto?
kemaafan dendam yang terindah - Aishah...
yups, memaafkan n mengalah bukan bererti kalah tetapi mengutamakan kasih sayang sesama insan~~('',)
"kekasihku, kurasakan perlu menitip surat wat tatapanmu, sekali ini aku rela merendah diri mengalah agar perhubungan terjalin semula..."
dh mule dh jiwang2 nie,, adoi!!!=p

What do your friends think about you?
cinta tak kenal siapa- aris ..
"apa lagi yang harus ku perbuat agar kau mengerti maksud tersirat...maka terpaksalah aku melepaskan apa yang telah tersimpan sekian lama. aku cintakanmu..."
mereka cinta sama saya... yezza..hahaha..
wah.. xsngkanyer.. terharu..haha=p

What do your parents think about you?
bidadari hidupku-- de hearty..
"Kau umpama Mutiara di tengah lautan, Bak bidadari yang menghiasi hidupku Bersama kasih sayangmu...."
Mak & ayah, i love u soooooooooooo much... Thanks 4 everything.. sayalah permata anak kesayangan, kebanggaan ayah dan ibu..

What do you think about very often?
rama2- ella..
"Seumpama rama-rama, terbang bebas di udara, tanpa ada halangan, aman damai suka-suka, riang ria tanpa ada rasa duka sengketa...."
hidup bebas menikmati nikmat yang dipinjamkanNya tanpa ada pertelingkahan...permusuhan.. melukai @ dilukai.. menyakiti @ disakiti.....

What is 2 + 2?
iman mutiara - raihan
"tanpamu iman bagaimanalah, merasa diri hamba padanya.. tanpamu iman bagaimanalah, menjadi hamba Allah yang bertakwa...."
Iman mampu membezakan yg baik dengan yg buruk.. secara logiknyer 2+2 = 4.. tp klu jawapan iman bukan seperti itu.. cthnye 6-1=5.. nie logik akal.. tp klu ikut iman 6-1 = 0.. knape?? sbb klu kota x percaya salah satu rukun iman= kita tak beriman.... sbb syaratnya kita kne pcaya pada smua rukun iman yg 6 perkara...

What do you think of your best friend?
doremi, memori daun pisang, senggolan cubit2tan = the lima & mas idayu
"doremi.. tiga orang orang sahabat,Berjumpa terus sepakat,"
"Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan, Berdua jalan kaki saat turun hujan..."
" Seminggu sekali kau datang padaku, Membawa cinta yang suci...."
best frenz aku bperangai gila2 cam doremi... sbb tue kami sekepala...then dia snggup makn nasi beralaskan daun pisang utk jd memori kitaorg(nk gak kaitkn wlau xde kne mengena..hehe=p) then, skurg2nyer seminggu msti skali cntct tnye kabar msing2..hohoho..;)

What is your life story?.
jentayu -- nora
"Jentayu,Patah Sayap Bertongkat Paruh...Jentayu,Patah Paruh Bertongkat Siku....Jentayu,Patah Siku Bertongkat Dagu....Jentayu, Patah Dagu Bertongkat Kuku ...."
maknanya di sini.. even dah berkali aku terluka, kecewa, disakiti, depress @ so ever.. aku akn tetap btahan.. hoho.. hope so.. sbb saya ada DIA.. n sbb saya ada kamu yang sayang sama saya...hahaha=p

What do you want to be when you grow up?
mungkinkah-- sheila abdul
"Mungkin bila tiba saatnya, Kita akan tetap bersama... Mungkin kita kan jatuh cinta...Mungkinkah..........."
Mungkinkah aku akan jd pakar makanan halal... mungkinkah aku akan jatuh cinta ngn kerjaya yang ditakdirkan untukku...ya, segalanya mungkin('',)

What will you dance to at your wedding?
why-ost full house (sy amik yg bm nyer yea.. mn pham bhs korea=p)

"Pantas kau diam membisu, Ada garis sendu diwajahmu, Salahkah sekadar aku bertanya, Berikan jawapan..."
jawapan= sy xpndi menari.. jd xperlu kot sy menari gak..hehe...



What will they play at your funeral?
lagenda - sheila
"Patah tak tumbuh lagi, Hilang belum berganti, Kerana kau tersendiri..."
no one can replace anyone because everyone is different~~~ salam terakhir...('',)

What is your hobby / interest?
dialah di hati --ct
"kendati selautan segunung permata di kanan dan kiri... selagi jantung ku berdegup hingga saat berhenti..."
yeah, sy suka pnjat gunung.. sy suka g tepi laut... say suka m'eksplorasi alam.. berjalan, melihat n menafsir...=)

What is your biggest fear?
sesuci hati mashitah--saff one
"Kuasa Allah atasi segala, Anak kecil mampu bersuara,Dipujuk ibunya moga bersabar..."
Allah the Almighty... subhanaallah...


What is your biggest secret?
andai ku tahu - ungu
"Ampuni aku dari segala dosa dosaku… Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu… Aku manusia yang takut neraka… Namun aku juga tak pantas disurga… "

Aku manusia yang takut neraka.. namun aku jua xpantas di syurga~~~

What do you want right now?
melodi bersama -- amar
"Kukenangkan kisah silam, Memori indah bersama, Apakah saat itu mungkin berulang, Ku harap saat itu akan berulang..."

Moga persahabatan yg pernah terbina xkn terlerai dek kata nista, xkn berubah kerana fitnah dunia, xkn terhapus dgn dugaan menimpa...

What do you think of your friends?
taubat -- opick
" lelah kaki melangkah, aku hilang tanpa arah rindu hati sinarmu
..."
kawan2 nie leh wat kita ilang rs bosan.. tue yg bile sesorang, jd mcm bosan a plak..

thanks frenzs...

What will you post this as?
thank you Allah -- raihan...
"There are times when I'm alone, Feel alright or not so strong, I'll pray to you and say , Thank You Allah, Thank You Allah ...."

Untuk segala selama ini.. thank u ALLAH.. untuk nikmat dan dugaan selama ini.. thank you ALLAH... Thank you ALLAH..('',)


Tag 10 people:
k.nuha

lala

fendi


aini

suraya

rozieana

izwan

ilmiah

khaulah

suhaila


Selesai dah.. pada yg di tag.. sila2 lah sudi2 kan diri anda untuk melakuknnyer bila bkesempatan..

hehe=p

Saturday, September 5, 2009

just wrote...

Lirik Bicara Hatiku - Nice

Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ


Bilakah….Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya

Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini
Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….


P/s -- Boleh saya minta izin sesuatu? Sudikah awak jadi teman hidup saya? Hanya untuk dalam mimpi saya... Saya tahu bunyinya macam bodoh, kerana realitinya awak takkan dapat menerima saya. Sebab pintu hati awak dah tertutup rapat. Dan sebab itu saya memohon keizinan itu, supaya awak sentiasa dalam ingatan saya. bercinta dengan saya, menjadi permaisuri hidup saya, walau hanya dalam mimpi. Kerana itu sudah cukup membahagiakan saya~~('',)

Monday, August 24, 2009

Rinduku terhenti

Lagu:Rindu Terhenti
Artis: Tomok (One In A Million 3)

Telahku Tinggalkan Memori Silam Ku Itu
Tidakku Biarkan Hidupku Dibelit Pilu
Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mancalar Hati
Rindu Ku Terhenti
Ku Pinggirkan Sayu Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara Yang Berpaut Dijiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia
Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu Hati
Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mencalar Hati
Rinduku Terhenti
Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara Yang Berpaut Di Jiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia
Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu Ku Lupa Kanmu
Jua Sedih Kau Pergi Menjauhi
Ku Pinggirkan Sayu Yang Meruntuhkan
Pintu Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu
C/o
Biarlah Satu Hati ...

Berikan ku masa untuk kupastikan rindu itu benar-benar terhenti..=)

Sunday, August 2, 2009

a step forward ... another season..

Assalammualaikum...

lama juga blog ini terbiar sepi. kekangan masa dan gangguan mental ( not crazy ok..) mental disorder jea..+ physical influenced too.. huhu..
Then cuti sem pun bmula.. baru 3 minggu kuliah, dah bercuti. Cuti yang tak terjangka. tapi memang diharapkan.. Sebab de event 2 hb tue..

a step forward by him. a guy who i tell before..

Semalam, saya ikut menghantarnya. Alhamdulillah segalanya selamat. Even the gurlz tue sakit mata. huhu.. sian dia. Dan perbincangan telah termeterai. Ikatan setahun setengah hidup... N i'm happy as i see him happy..

Rasanya sekejap jea perbincangan tue.. Around 15 minute.. ( mjlis saya cmne plak..huhu~~) lepas itu, ada wat tahlil ringkas. then, soru time...
menu dia= nasi tawar+gulai ikan keli+ smbal goreng petai+ sayur campur n ayam masak kicap..
then sebagai pencuci= puding buah, tembikai merah, tembikai kuning, pulut panggang, kuih kacang n....~~xingat daa pe laie~~~
Thanks for d gurlz family.. susah2 jea..hehe=p

apa pun, yang penting dah selamat dia jadi tunangan orang..
Buat that guy~~ Selamat bertunang. Pertunangan bukan satu adat sahaja... bukan jua lesen mengatakan she is yours.. Ia merupakan satu tempoh untuk anda menyiapkan diri sebelum menjadi nakhoda sebuah kapal. Banyak cabaran dan ujian yang menunggu. Kuatkan hati, cekalkan diri. Gunakan akal bukan terikut perasaan. Moga terselamat dari fitnah dunia. Moga kuat menempuh segalanya... insyaAllah('',)

Tuesday, July 7, 2009

diari lelaki itu...

assalammualaikum..

Saya jarang berbual dengannya. Jika ada pun, hanya sekali sekala. Dia lebih dikenali sebagai tegas dan garang, maka sebab itu kami jarang berinteraksi. Namun, semakin menginjak usia, saya cuba mendekatinya. Saya tahu dia bukanlah terlalu sukar untuk didekati..

Dan baru-baru ini, saya baru tahu ceritanya. Cerita yang saya tidak pernah menduga kerana dia jarang berkongsi cerita. Jadi pengakuannya hari itu membuatkan saya terdiam seketika.
Siapa menduga disebalik dirinya, rupanya dia jua ada kisah tersendiri.

Kisahnya begini, saya bertanya kepadanya; mengapa gadis itu dipilihnya. Pada mulanya dia mengelak untuk menjawab, namun mungkin kerana dia tahu saya adalah sebahagian darinya, maka dia bercerita. " sebab muka dia sama dengan arwah awek.."
Sejujurnya, saya sangat terkejut dengan pengakuan itu. Andai dilihat dari tingkahnya, tidak saya menduga bahawa dia jua ada pengalaman ini. Arwah gadis itu meninggal awal tahun ini kerana kemalangan.Mungkin sebab itu, kali ini dia segera memulakan langkah. Pertemuan dengan gadis seiras itu baru menjangkau tiga bulan. Tetapi kali ini, dia sangat series. Dia sudah merancang untuk bertunang tidak lama lagi. Dan saya sentiasa mendoakan agar dia akan berbahagia dengan pilihannya. Moga ALLAH melindungi dia.
Dia tetap sebahagian dari saya even siapapun dia. Kegembiraannya adalah kegembiraan saya jua.Saya harap gadis pilihannya itu tidak melukakannya.

Ya Allah, lindungi dia. Berkatilah hidupnya. Limpahkanlah rahmat dan magfirahMu.Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepadaMu dan RasulMu..Amin.

Tuesday, June 23, 2009

u-turn story...

Assalammualaikum..



Kali ini, nk cerita tentang pengalaman pergi ke mjlis kahwin 20/6 yg lalu. Sejujurnya saya xmenyangka saya akn pergi ke mjlis tue. 1st =kat johor tue n saya kat s.alam sekarang. 2nd= ongkosnyer. 3rd=kawn xde. Tetapi itulah yang kita katakn keajaiban. Saat kita myedari smua pluang sudh hmpir tertutup, dibukanya jalan lain umtuk kita. "...Kun fayakun...; bl Dia kata jadilah maka jadilah.." Maha suci Engkau Ya ALLAH..

Klu nk diikutkan, sy dh rasa xmungkin saya akn g tp sy mengharap keajaibn dan segala puji bagiNya kerana mengabulkn permintaan hambanya.



Actually, mjlis tue ialah mjlis perkahwinn roomate sy ms sem 1 n d pengntin lelaki is my senior a.k.a commnder sy. Ms kat tmpat kwn saya, sy xdpt g cz my sis engage so i have to go at d pihk lelaki plak. Umah dia kat pontian.



Nak dipendekkn citer, kul 8 lbey mlm ari kamis, dayat soal saya nk g x. Dia kata nek keta ngn komndr helmi. Seriously, saye dh wat muke tnde tnye.. Ape xnyer, saya bknlh knal sgt ngn kmdr helmi nie, dh tue dia kate knvoi ngn dak2 len. Maknenyer adalh= sy kne cmpur gak ngn diorg. Pas tue, dayat tlong a msg tnyer. Saye dh bagi syart, klu ada gurlz len slaen dr sy, br sy p even sy memang nk p mjlis nie..

huhu... N kmndr helmi bnrkn saya bw emy. So, oklah..



Sabtu pagi- bersiap untuk g. Bertolak kul 9 pagi dr uitm. Budak2 yg nek motor dh btolk pas subuh. Well, rupenyer ain runsah pn ade. So, mknenyer 3 gurlz.. N si Quzairov pn nek keta. jd dpn tue dh sure2 a si quzairov n si helmi. Amik emy kat komuter subang. Dia bw ank sedara dia so, gurl 4 orglh kt blakng tue.



Perjalnn dimulakn ke Johor. Kitaorg bertemu ngn dak2 knvoi motor di tol simpang renggam. lbeh kurg kul 12 tengah hari. Ada 6 motor semuanyer. Fairuz, Kuzen, Farhan, Rafail(ntah btol ke x saya eja), Kahar n Jepun (sorilh, xtaw name sbnr dia).. Pas tue bsme2 a kitaorg g ke sne. Berdasarkn pelan kt belakang kad, so mengagau mencari arah. U-turn pertama semasa kat dpn klinik. Diorg bincg2( diorg refer kpd lelaki2 tue smua), then kne u-turn. U-turn kdua, salah msuk arh ms kat Pt Madirono. U-turn sterusnye dh xingt kat ne.. Rasanyer yg kat tol sedenak tue.. Yang pasti, setiap kali diorg bkumpul, kitaorg duk jer dlm keta(kitaorg merefer kat gurlz). xkuar pun dari kereta. Last2 skali, diorg tnye pak guard. Leh plak pak guard tue kate: " em, tue a pakcik dh nmpk korg tersalah jalan td."
wah, pakcik nie leh psikik org kot..haha=p Just kidding uncle...

Akhirnya, smpilh kitaorg kt umah pengntin around kul 1 lbey...
" dptlah trun keta akhirnya, yeezzzzzzzzzzzzaaaa"
Itulh d 1st thing yg sy rasakn. Bayangkn dari td nek keta xtrun2. Em, lbeh kurg 5 jam gak lh..haha.. Nak wat cmne, rmai sgt hero bbnding heroin.huhu...
Pas tu, kita org pn mkn. Pas mkn, gurlz yg diketuai saye tlh g ke umah yg diorg(pengntin) bsiap. Nak wat cmne, saye kn kwn pengntin. hehe=p
Alamk, muke deq lah bl disolek..hehe...(no comment)
Then, kitaorg bjln ikut rmbongn pengntin. Ececeh.. mcm kitaorg plak nk kawen.. huhu...
Sy kne jaga dalia wktu tue. Erm, anak kak Faizah. Dalia NUrfirdina@ bunga.. hehe..
Kitaorg btolak blik lbeh kurg kul 3 selps amik gmbr ngn pengntin. kahar smpt nyanyikn lagu utk pengntin. Xingt tjuk dia.~~
On d way blik, diorg singgah kar air itam. Aduyai, kt sinie diorg p.monolog seorang aku yg jd merupakn pnduduk di situ. Msti mak gelak klu aku citer diorg bw jln2 kt ayer itam. haha=}.
then, kitaorg jln blik. 3 kali berhenti utk mrk yg nek moto isi minyak.. kat pagoh, ayer keroh n serembn.
Motor rafael korg angin while motor fairuz bocor. Em, tuelah antara citer yg berlaku. oleh krn knvoi bsme2, ktorg smpi s.alm kul 11 lbey mlm..
Segala sengal bdn n otot dh mule terasa.. huhu..
~~~katil oh katil, i need u..haha~~~
Apapun, selamat pengantin baru wat deq lah a.ka. nurul fadhillah n cik hafiz.. moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin...
p/s: dira menjadi penghibur kat kitaorg.. Haha.. Jwpn dia selalu menyebabkn aku terpikir betapa mcabar yea nk mendidik kanak2 zmn skrg. i think aku xlh seadvance dia dlu utk bkate cmtue. Atau sng kate aku xtaw pn bnda tue smua. Bl aku dh besr, msuk sekolh menengah br aku taw kot...hehe=p
lg 1, kitaorg sruh dira pnggil siswa2 tue ATOK...hehe.. sori guys, graw2 jea~~~=)

Monday, June 22, 2009

story today..

Assalammualaikum...

Hari nie lab cutie... N my plan nk pack brg before blik umh.. Sekali lagi blik umah n kali nie smpi sem akn dibuka.. Miss my acik, baby, tiger, mickey, enot, mama enot...(xperlu kot)...

Miss someone very badly but really knoe d fact. N i still try to accept, forgive n forget...
That why i kne blik... I don wan to see they here. I don't want they know d truth. I dont want let someone will hurt. I dont want to make them in doubt. I dont want many people become involved in this. I know it is a hard decision but i must too. HE knows d best, rite?? So, let fate in HIM...

Ya ALLAH, we let this all to you. You know d best for us n we doesnt know anything...

Alamak, dh tersalh haluan lg a entry nie... Ape skalipun yg pnting, cahaya nk blik umah. Nk jumpa mak, ayah, n semua.... Nak tengok Angah yg msuk spital ari tue.. Hope dh blik umah. Angah, please more take care to urself...Sayang abang...
***ade yang berbulu bc ayt td nie***
suke korg lh.. Abang aku yg msuk spital. bukn abg korg. huhu...
knape msuk spital? sebab pengsn men bola. Abang, abang... org sruh ajk kita klu men xnk...
-mcm a aku dpt tgk klu dia ajk ri tue-hehe=p

Apepun, yg pnting mudh-mudhn dipermudhkn urusan. Amin...
okey, let pack now,,,
c u later=}

Thursday, June 18, 2009

cheer urself~~

Assalammualaikum...

setelah bnyak sgt entry aku yg mcm mkn ati, kali nie aku nk wat neutral plak...
Wat pe nk share yg sdih2kn?(aku gak yg share sbnrnye)***senyum***
Hari nie aku dok melihat data2 tpa tuk marjerin. Malasnyer nk wat tesis nie. Tapi bila ingat, nun jauh disana, ada insan2 yg sedang mengharapkan aku, rasa bsalah a plak... Oh emak n ayah, lihatlah puterimu yg makin nakal skrg.

minggu depan dh kne blik kg. Anis nk potong jambul.
Nur Anis sofea.. Taw x dari mne aku dapat taw name anak sedara aku. Dari Facebook... kemajuan teknologi smpi name ank sedara pn taw dr facebook.huhu.. Seriesly msti a aku tkjut cz name tue lbeh kurg ngn name yg a ku gne kat face book. Intan Nuranis Iskandar..Adakah aku n kak long aku mpnyai sbb yg sme.. Name tue kak long yg bg sbb along aku kate, " dia yg sush2 mengndung, biarlah dia bg name." X kisahlah Long, jnji name tue okey. Aku pun xkisah.

Tapi sebelum balik, aku kne run frmulation kedua plak.. ingat nk gne yg shortening plak. Mudh-mudhn dipermudhkan..Amin...

Em, pe lg nk tulis nie..
oh yea,, wat seseorg itu. my birthday is not in Jun ok~~ n aku jarang letak name cahaya kat alam maya nie sbg maiden name.. Rileks ar kawn. jgn kcik plak ati aku wat entry nie...berbngga taw ko dpt msuk ntry aku kali nie~~
***giggle**

Wednesday, June 17, 2009

selalu aku yang mengalah...

Assalammualaikum..



Saat ini, tika ini, seriesly tgh depressed gler... N spt biasa blog jd mangsa aku.. Siapa lagi teman terbaik yg ada. Klu org baik2,msti a cakap ALLAH ada. Dan aku xmenafikan itu. Kerana aku masih sedar tentang itulah aku masih ada di sini. Sebab aku masih sedar aku hanya seorng hamba pada DIA. Aku seorang khalifah yg diberi amanah.



Dan aku taw gak ada orang2 yang akan menafsir kisah aku. Barangkali ada yg betul even selalu tersasar dari mksud aku. Buatlah ape yang korg suke. Hakikatnyer aku yg rasa. Aku yg hadapi. Nape aku stress?? Sebab aku dalam proses mencari cahaya yang hilang. Dalam pencarian aku selama nie, aku menggunakn pendekatan menjaga ati even aku terluka. Tapi pendekatan tu selalu mkn diri. Dan bila dh lme terpendam, mulalah aku mcm org xbtol~~(eh, mcm klise jea).



Aku tengah memikirkan bnyk perkara nie. Ttg final project..ttg kawan aku yg xmatured tue( cam aku matured sgt), ttg dia yg makin jauh( senget lah dia nie), ttg sem akn datang(harap lulus dgn cemerlang di sem akhir, AMIN), n mcm2 lg... Bnyakkn aku pk. Okeylah, aku harap be4 blik kg aku dh run 2 formulation. Tang kwn aku tue, em sbnrnye aku terkilan sbb dia nie xmemahami mksud aku. Yea a, tetiba aku dpt laporn ade sorg tue kne tegur ngn seseorg cz share citer ngn aku sbb dia kononyer dia terasa. Ape2 aje lah. Manelah sy x bengang.huhu.



Klu saya msih cnsider dia jaja pasal sy kt org2 ttntu even dia X berHAK wat cmtue, kenape dia xleh memahami bahawa ade orang lain gak nk share masalh a.k.a citer ngn saya??? Susah ke untuk org2 cmnie faham, bahawa kita perlukan seseorg utk kita share ttg ape yg kita rase. Bkn mcm nie, aduyai cmne nk cakap yea. Ginielah, bg saya dia xptut menghalang org len wat ape yg dia nak. Hmmm,, msti korg kate saye pn x ptut halang dia cerita. Bezanya di sinie, org yg cerita masalah kat saye tue kerana melibtkn org tue. Tp yg kwn xmatured nie citer, citer ttg sy yg xde kne mengena dgn dia ataupun pd org yg dia citer.



Nasib a sy msih mmpu tsenyum n nasib a sy msih berjaya mengawal emosi. Sebab klu saye marah pn xgne gak.. kwn dia dh taw dh. Apa yg leh saya wat ialah memujuk diri sendiri.. menenangkan jiwa sendiri....

***kurasa sedikit tertekan dan kecewa, dunia seakan memusuhiku, apa ku mahu, xsiapa tahu.....***

Gambatte cahaya san.. Sem depan lbih penting dari masalah ini... senyumlah lagi..

Tuesday, June 16, 2009

give time to urself,,,,,,,,

assalammualaikumm.......


kepada mereka yang datang, kepada mereka yang pergi..terima kasih untuk semuanya... Dari hari ke hari ku semakin memahami, kita xakan pernah mampu memahami orang bila kita sendiri xmmpu memahami diri sendiri.. seriesly aku semakin lelah menfsir. entah mengapa diri terasa penat dengan lakonn orang. Ya, barangkali kerana aku sendiri dah x mmpu berlakon untuk seolah2 tiada ape sedangkn aku terluka.

Manusia, lakonan dan hakikat..

hari ini,ku cuba untuk melepaskn bayang2 semalm yang mengekori... Maka teruskanlah mendokongku wahai teman2 yang memahami... Walau adakala aku akan tersasar, walau adakala aku akan terluka... langkah ini tetap perlu ku teruskan..

***andai tersirat mmpu disuratkan~~~~

Thursday, June 11, 2009

Mengutip sisa perjuangan...

Langkah Tercipta

Unic


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie


Ya Allah, segala puji-pujian hanya untukMu. Disaat ku perlukan sandaran untukku memulakan langkah, Kaulah sebaik2 sandaran. Kau tunjukkan hambaMu arah dengan caraMu sendiri..


Senyumlah sayang. Usah berputus asa. Keluargamu masih setia mendokongmu. Jika kau hilang semangat lalu bagaimana dengan mereka. Pasti mereka akan turut terluka melihat kau berduka. Duhai puteriku, bangunlah. Masih ramai yang menyayangimu. Masih ada ruang untukmu. Masih ada teman-teman yang akan terus menyokongmu. Kegagalan ini hanya secebis cabaran untuk kau memahami makna kehidupan. Lalu apa yang harus kau lakukan ialah muhasabah dirimu kembali.. Apa benar jalan yang kau lalui? Apakah telah kau ikhlaskan niatmu hanya untukNya? Kita tak mampu meneka apakah rencanaNya. Siapa tahu hikmah yang tersembunyi? Redhakanlah dirimu dengan takdir ini...
Sayang, usah lemah kerana ini. Bangkitlah kembali. Perjuanganmu belum selesai. Dan aku akan terus setia menemani kerana kamu adalah aku dan aku adalah kamu..