Assalammualaikum
Hari ini ingin berkongsi apa ada dengan nama..Kisah-kisah yang berlaku kerana nama saya cahaya.. Nor Cahaya..
Kisah satu
Di surau Fsg, bulan Ramadhan..
Surau dipenuhi ramai pelajar. Mengambil peluang merehatkan diri sementara menunggu solat. Saya baru melangkah masuk dan sedang mencari tempat meletakkan beg. Tiba-tiba....
F : Cahaya...
Mencari-cari arah suara. Tapi bilangan yang terlalu padat menyebabkan saya tak jumpa. Mula nak abaikan sebelum suara itu memanggil lagi.
F : Cahaya..
Belum sempat melilau, tiba- tiba terdengar..
H : Cahaya, cahaya.. Kalau silau tue tutup a muka dengan tudung.
Saya: Eh, hai F.. abis kelas dh ke?
F : Ha,ah, tengah tunggu kelas nie..
H : Adoh, malunya.. Dia panggil kawan dia rupanya..Mana tahu nama dia cahaya ...
(H berkata kepada kawan disebelahnya sambil menutup muka)
Saya pura-pura tidak mendengar walau sudah hampir gelak melihat F ditegur kerana memanggil saya. Sebenarnya mereka sedang baring disurau. Barangkali H merasa F berkata cahaya merujuk pada lampu..
Nama oh nama...
to be continued~~~
No comments:
Post a Comment