Showing posts with label luahan ilham. Show all posts
Showing posts with label luahan ilham. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Ujian Nikmat dan Perasaan

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, dapat rezeki lebih sedikit tahun nie...Masih merancang ke mana harus dilaburkan wang yang dimiliki....

Dalam masa yang sama ujian perasaan masih seiring.... Wahai hati, mengapa semakin lemah... Keliru dalam menafsir langkah.. Antara niat yang baik sedang jalan seolah tersalah atur, terkeliru antara 2 persimpangan.. Perjalanan diteruskan sedang berombak pertanyaan....
ALLAH, jangan pernah biarkan diri yang hina ini menentukan nasibnya sendiri...
Jangan pernah biarkan insan berdosa ini terkapar-kapar dalam dugaan yang diberi...

Duhai lelaki masa depan,
Ku tak tahu kamu dimana,
Ku tak tahu engkau siapa..
Mungkin kau adalah yang sedang berdekatan denganku..
Mungkin kau adalah seseorang pada masa laluku,
Mungkin jua kita tak pernah ketemu,
Pintaku bila tiba saatnya,
kita bisa saling menerima kelebihan dan kekurangan antara kita...
Walau bagaimana sejarah yang pernah terukir lalu,
Kita bina sejarah baru dengan izinNya..
dengan mawaddah dan rahmatNya...

Aku wanita biasa,
Punya hati dan perasaan,
Yang kadang-kadang tersembunyi di sebalik gurau dan tawa,
Di sebalik ketidakseriusan itu ada fakta yang tersurat...
Aku wanita biasa,
yang bisa tersentuh hati,
saat melihat adam mengalir air mata,
saat mendengar luahan hati,
bahawa hanya aku permaisuri di hati....

Duhai bakal nakhodaku,
Maafkan aku andai ini bisa mengguris hatimu...
dalam doa yang terkadang lalai,
tetap ku titip sekudus ingatan untukmu..
Moga dipermudahkan segalanya untuk kita...
Kerana takkan pernah goyang yang satu,
ALLAH itu sebaik-baik penentu......

Friday, November 9, 2012

Di antara 2 cinta

Assalammualaikum....

Hujan renyai di luar seakan senada dengan hujan air mata yg mengalir... Asiffah jiddan wahai hati... wahai nurani... Tak mampu ku luahkan secara zahirnya... Kerana hanya pada yang satu, aku mempercayai......
Dalam titis yang mengalir, ku luahkan sedikit demi sedikit beban di hati pada DIA.. Hanya pada DIA....
Cuba memaknakan cintaNYA.. cuba meraih cintaNYA... Biar terlalu berliku bagi insan kerdil yang masih ketandusan amal ini...

Pergilah... buanglah rasa ini jauh-jauh dan jangan kembali.... Kita berbeza... Malah kita akan melukakan banyak pihak... Untuk saat ini, untuk tika ini, saya hanya mampu katakan tidak... Biarlah kehilangan sekali lagi dari penyesalan di belakang hari...

YA ALLAH,

Kau mengetahui yang aku zahirkan dan aku sembunyikn...
Maka aku berdoa padaMU ALLAH...
Kembalikan cintaku kepadaMu..
Bantulah aku melepaskan semua rasa yang tak sepatutnya....

Berikan daku kekuatan hati, kecekalan, dan ketabahan dalam melalui ujian ini.. Bersihkan hatiku dari segala prasangka dan sifat mazmumah dalam menilai manusia.. Ingatkan bahawa aku hanya hambaMu... Tidak layak menghukum mahupun menilai sedang diri sendiri masih merangkak menuju cintaMu...

Terima kasih kerana hadir...
Ku tahu kau sebahagian dari warna kanvas hidupku,
Biar warna ini akan luntur dibawa zaman,
Namun masih ada kesannya yang ditinggalkan..
Kadangkala ingin sahaja ku lupakan realiti...
Berada di alam mimpi untuk merealisasikan segalanya...
Tapi tak berdaya menipu diri sendiri...
Kerana itu aku membuat keputusan
Demi untuk satu persaudaraan......

Friday, June 22, 2012

keliru

Assalammualaikum..

Kedinginan itu masih berlaku biar hanya mereka berdua yang tahu. Bicara yang ada bicara isyarat.. Tak terdengar di pendengaran, namun difahami di pandangan.... Keliru dengan keadaan. Bagaimana caranya memulihkan keadaan...Dalam kerinduan saling berlawan... Segalanya seolah samar... Sesekali mencuri pandang, mencari cahaya pada dirinya... Sesekali bertemu di jalanan, hanya tunduk terdiam tanpa suara...
Buntu dalam membuat keputusan... perasaan itu bukan 1 paksaan... kasih tertumpah pada yang setia menemani.....Agama masih menjadi keutamaan...



Gentleman,,,Kerana terlalu menyayangi, dia cuba mengubah dirinya... Cuba menjadi seperti yang diharapkan.. Cuba memahami setiap patah makna yang pernah dilontarkan... Walau terpaksa menyakiti hati sendiri....Hati terluka setiap kali dia berkata tidak... Hati terluka tiap kali dia bersedih...Mengapa sukar ditakluki... Dia tidak tahu mengapa...Perasaan ini hadir tiba-tiba... ini cinta pertamanya......

puisi hati

Assalammualaikum...

Hati ini seperti hati wanita lain...
nampak ampuh dan kuat pada luaran..
Namun rapuh didalam

Ku bukan sengaja menjarak diri,
Ku bukan bermaksud mengangkat diri terlalu tinggi,
Egoku kerana menjaga diri,
Sombongku kerana menutupi kelemahan hati...

Duhai lelaki,
janganlah mudah menutur bicara indah,
Jangan kau buai wanita dengan ayat manismu..
jangan kau cuba2 menguji kehebatanmu,
Biarpun mungkin sekadar bergurau..
perlu kau ingat batas pergaulannya....

kerana wanita itu fitrahnya lembut hati,
sekeras mana dia melawan,
terdetik jua perasaan kasihan...
kerana hakikat kejadian punya banyak kasih sayang...

Sunday, June 10, 2012

emosional

assalammualaikum...

Lalu harus ku bilang pada siapa resah yang menggunung...
Dikejar dengan dia yang tak pernah faham perbezaan yang aku terangkan...
Diintip dengan dia yang tak mengerti erti berdikari...
Diasak dengan dia yang tak memahami walau telah difahami berulang kali...

Lalu bila emosi lebih menguasai dari logika...
Ku hambur pada dia yang tak memahami...
Kerana aku telah lelah cuba memahamkan...
Kerana aku terlalu penat memendam perasaan...

Dalam sendiri,
Ku kembali pada DIA yang mengerti,
Ku tangisi kedaifan diri sendiri..

Dalam sendu hati kesepian,
Ku katakan pada DIA,
"Allah, jika dia yang tak memahami ku ketika ini
adalah dia yang Engkau takdirkan,
Maka ku mohon petunjukMu dalam menemui noktahnya,
Sekiranya sebaliknya,
kuatkanlah aku melepaskannya seikhlasnya keranaMu...."

Monday, May 28, 2012

nie journal saya

assalammualaikum...

Ini journal saya... journal tak rasmi dan peribadi.... yang bebas dibaca dan ditatap semua...
Ini jornal saya... terhimpun kisah hati  dan juga budi...kisah sedih mahupun gembira...
Ini journal saya... Ruangan  menari bingkisan rasa.. memahat memori suka dan duka...
Ini journal saya.... tersimpan pelbagai cerita dunia... terselit jua pedoman jiwa...
Ini journal saya...tulisan ini pengamatan saya... rasa ini dari sukma saya...

Ini journal saya... bila rasa muak membaca...tak perlulah mengutuk atau mencerca...
jangan lagi datang kembali.. hanya untuk menyakitkan hati...
Ini journal saya...
Luahan rasa saya..
Bimbang hati saya..
Ragu hati saya...
Sedih hati saya...
Gembira bahagia bersama...

Ok stop about journal saya..

Saya rase gembira bila cuti setengah hari yang saya apply hari ini untuk hujung minggu nie diterima... Ini bermakna saya boleh buat surprised pada keluarga saya..
Saya akan muncul sebelum kenduri mula.. InsyaAllah..
Amin... Moga dipermudahkan...

To my partner... apapun yang berlaku pasti ada hikmahNya... Semua yang terbaik untuk kamu.. Untuk pasangan kamu.....
Semoga kamu kuat dan tabah....

nota hati: ini journal saya... tak mungkin saya bagi awak semak sekarang... sebab awak masih asing pada saya... walau sebenarnya hampir ada tempat di sini....

nota kaki: tadi bila mama cakap sy tak beautiful,, saya cakap.. "is ok i'm not beautiful here (tnjuk muka), but beautiful here (tunjuk ati)... " hahaha... bajet giler dengan Nepal... Dahlah saya sempat nyanyikan lagu untuk diorang,
1 little 2 little 3 little Nepal, 4 little 5 little 6 little Nepal....se7 little 8 little 9 little Nepal.. 10 little nepal boys...
hahahahahaha^_^

Friday, May 4, 2012

SMS dari ayah...

Assalammualaikum...

Tertanya-tanya khabar ayahanda dan Bonda di tanah suci... Akhirnya, tadi dapat jua sms dari ayahanda tercinta.. Walau sekadar memberitahu beliau dan bonda dalam keadaan sihat sejahtera...
Dan jua memberitahu doanya di sana, supaya anak cucunya jua dapat sampai di sana.. Amin.. ya Allah...
dan esok, ayahanda dan bonda akan bergerak ke Madinah...

Selamat berziarah ayahnada dan bonda.... Moga dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam setiap langkahmu.. Moga sentiasa dalam rahmat dan magfirahNya...
Ya ALLAH, ku serahkan padaMu

nota kaki: manis bicara indah tutur kata, bisa saja membuat diri terpedaya tanpa pertimbangan akal yang waras, hati yang sihat serta ilmu...

nota hati:  Hadirnya mengundang rasa,
Namun tetap  harus berwaspada,
Tidak terlalu mengharap,
kerna takut kecewa di pertengahan..
Dalam diam bertunas impian,
Seandainya telah ditakdirkan,
Ku terima ketentuanMu Tuhan,
Moga ini sebaik-baik pilihan...


Saturday, February 25, 2012

Kerana dia adalah wajah yang hadir 8 tahun lalu...

assalammualaikum...

Tinta bersalut keresahan... Pesanan demi pesanan ditaip sudah tiada balasan... Lalu pertanyaan menjengah... Hilang sudahkah diriku darinya...

Dia wajah yang hadir 8 tahun yang lalu.. ketika aku butuhkan sebuah pilihan.. Lewat dalam keheningan malam, dia hadir... masih jelas segalanya.. Masih terasa ketenangannya.. lalu mengapa kini yang terjadi seolah bukan seperti itu... Ya, aku mungkin tak seharusnya berharap pada kisah lalu.. Aku seharusnya tak menanti pada yang tak pasti.. Namun, lewat perjalanan hidup ini, aku mula memikirkan mungkinkah dia lelaki biasa itu...

Saat kamu bertanya tentang 'mimpi' kita...
Dia hanya lelaki biasa.. Selalu berbeda pendapat dengan ku.. tidak pernah serius dalam membincangkan hal apa-apa kerana aku sendiri tidak pernah serius berbincang apa-apa dengannya...Ya, kami lebih suka perbualan santai, relaks dan bergurau senda.. Mungkin jarak yang terpisah menyebabkan kami mencipta perbedaan yang sebenarnya hanya melindungi rasa yang hadir antara kami...


Dia lelaki biasa, yang buat aku ketawa saat aku bersedih.. Yang bersedia membantu saat aku perlukan.. Namun selalu menjadi pertengkaran kerana kami selalu berbeda mengerti antara satu sama lain... Dia lelaki biasa, yang menghiburkan saat aku kecewa.. yang bisa aku kacau saat jiwaku gundah.. Ya, dia lelaki biasa yang tak punya apa-apa pada mereka tapi dia sebenrnya mempunyai tempat sendiri di carta hati..

Andai dia mengerti dia adalah lelaki biasa ini, mungkinkah segalanya akan berbeda...

Selamat Malam .... Moga kamu mengerti dengan perbedaan sikapku terhadapmu kini...

----Berdoa moga diberi hidayah dan PetunjukNYA..amin

Tuesday, January 17, 2012

penakut~~~

Assalammualaikum.... Gara-gara penangan dimotivated oleh Pn A, minum nescafe ,malaysia menang bola sepak lwn Indonesia + esok nk balik kampung agi,  maka saya jd aktif untuk menulis.... ahahaha...
So, memandangkan Yuna menang AIM dengan lagu Penakut, maka saya nak wat ulasan tentang lirik lagu.. Owh, may b I should say the meaning of that song... Apa yang mungkin cuba disampaikan oleh penulis lirik....ahahaha=)


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan
Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

okey tue yang ak catat mase 17/11/11

Sekarang aku nak kaitkan lagu tue dengan cerita sekarang.... Okey, nie yang aku tak suka tentang aku... Tetap sakit even benda dah lama.... 

Friday, November 25, 2011

ku rindu kenangan lalu vs awal muharam

Assalammualaikum...

Esok 30 Dzulhijjah 1432 Hijrah,,, Bermakna akan bermula tahun baru pada lusa iaitu 1 Muharam 1433 Hijrah...
Rasa sedih bila sambut tahun baru sorang2x... Teringat zaman dulu2, masa ati masih putih, akal masih baik... mesti petang tue akn g masjid smbil bawa bekal bubur kacang tuk buuke puase... huhu...

Tetibe rase rindu sgt dengan zaman tue... Emak akan bekalkan saya dengan bubur kacang sebab tahu saya suka makan bubur kacang... Then, sebelum pukul 7pm  dah sampai dah masjid al-Hidayah nek motor.. Kdg2 dengan ayah, kekadang dengan emak.. Kekadang sorang bila Emak n Ayah pergi bersame..huhu....

Tak sangka dah terlalu jauh saya kembara... Rupenye saya dah dewasa ... Saya dah tak leh bergantung pada mereka... sudah tiba saatnya saya pula menbur bakti pula pada mereka..

Argh, entah kenapa sebak sangat hati nie malam nie... Memikirkan betapa saya semakin jauh berubah... Semakin dicabar dari segenap segi....
Ya Allah, ku rindu pada hati yang suci itu.. yang bersenandung ayatMu dalam tangisan air mata...
Ya Latiff, ku rindu kelembutan itu, yang tertunduk teresak mendengar amaranMu...
Ya Ghafar, ku rindu ketabahan itu, yang tetap tersenyum tatkala Kau menguji dirinya~~

Ya Allah, moga mampu ku hijrahkan diriku keranaMu di tahun baru ini... Ku ingin menjadi sebaik-baiknya hambaMu... Ku ingin menjadi srikandi agama, pembela nusa bangsa....

Ya Allah, ampunkanlah segala kesilapan dan kelalaianku pada tahun ini....Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah~~
bunga matahari
Doa Akhir Tahun

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, November 22, 2011

Love u HariMAu MalaYa

Assalammualaikum,...

Saya rasa semua rakyat malaysia Maasih bergembira dengan kemenangan skuad bola sepak negara dalam sukan SEA,,, Series, saya rasa macam leh kena sakit jantung jer tengok bola malam tadi... Alhamdulillah, akhirnya kemenangan berpihak pada MAlaysia.. Saya percaya rakyat Malaysia semua mendoakan kejayaan mereka...

To be honest, antara pemain Malaysia yang bermain, sy suka melihat Badrol, Fahmi dan Muslim... i like how the way they are...I wish that I can say Hi and congratz to them.. hahaha.. dalam mimpi jealh kn???

Bola tue bulat, hari nie mereka disanjung sebab menang, jangan bila mereka kalah kita boo plak... Setiap orang nak yang terbaik, tapi kadangkala takdir tak memihak pada kita. Well, seperti goal penalti by Badrol, yang tergolek masuk gol even macam dah kena kaki penjaga goal Indon... So, tue semua ketentuanNYa.. Ats usaha mereka dan semangat juang yang tinggi serta doa dari kita semua yang mengharapkan mereka berjaya.. Allah itu Maha Mendengar... Ya ALLAH, terima kasih sebab memakbulkan doa kami....^_^

Then, saya percaya ramai jugak yang berharap hari nie cuti termasuklah saya even bila fikir balik tak relevan sebab nie bukanlah sukan terbesar pon atau kita menang piala apa2... Haha, tetibe terfikir adakah ramai menyokong bola sebab nak cuti macm kite menang Piala AFF Suzuki??? ahahah~~ Uolz had the answer....
ahakz~~


But I'm sure actually kita memang mengaharap MAlaysia menang dalam semua event n cutie tue hanya bonus sahaja... Takkan setahun sampai 10x bonus kalau malaysia menang banyak piala tahun tue kn?? ahaha~~
Okay, lastly, to all the players, ConGratz..... teruskan perjuangan.. pada Fakhri, even ramai yang salahkan anda, saya percaya anda telah cuba sedaya upaya... namun, bila di atas padang mungkin sebaliknya... Kami hanya menonton dari luar, sedangkan anda yang merasakan tekanannya... So, jgn ambil hati dengan kata2 dari mereka yang tidak sedap didengar, anggap tue semua adalh dokongan, sokongan dari mereka dan anda harus buktikan anda adlah salah seorang hero Malaysia sebenarnya... Mereka ingin lihat anda berjaya.... Percayalah...

p/s: buktikan kita bersemangat kesukanan yang tinggi wahai penonton mahupun pemain.... jangan samapi terbawa emosi hingga menjerat diri... Itu yang dapat saya ulas bila melihat how the fan of Indinesian behave~~~~

Sunday, September 5, 2010

Antara 2 dunia~~

Assalammualaikum....

Post kali nie nk kisahkn ttg citer ttg seorg kawan nie. Dia cerita yg ada sorg mamat nie suka kat dia.. So, bguslah..Sekali dia gtaw yg mamat tue non muslim. Xtawlah apa yg myebabkn mamat nie leh suka kat kawan nie. .. Yelah, kawan sy nie rs rmai lg gadis len yg cntik n lg baik dr dia..Tue yg dia kte pelik jer bila laki tue kata sayang kat dia. Dia xpernah terfikir yg mamat nie leh ada hati ngn dia. Perangai kwn nie dhlh giler2.. Suka main2.. Kdg2 mamat tue angin gak kat dia tp bl tgk kawan tue xbercakap ngn dia mulalh mamat tue rs bersalah. Lagipun mamat nie pernah kate klu nk cr wife dia nk cr yg xbnyk cakap n dgr kte dia. Sbbnye kawan sy nie byk cakap n suka melawan.. Adoi, plik sungguh.. Apapun sy doa yg terbaik tuk kawan sy sorg nie..Sekarang nie fmily perempuan tue dh taw lh pasal mamat nie sbb ade sekali mmat tue dtg umah. Tp kawan sy ckp tue kwn jea lh sbb dia xtaw yg laki tue bmksud rupanya..

So, memandangkn bnyak gila perbezaan ttg diorg nie.. sy teringt lagu Dua Dunia.. Seolah2 luahan hati mamat nie pada gurlz tue lah.. Saya plak yg terlebey suda~~
hehe;)

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza
Cinta itu buta
Dan juga boleh membutakan
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
Luahan yang jarang bermakna bila diucapkan

Ini pula cerita cinta sang pujangga
Bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati tidakku dekati
Sentiasa ada mata jahat yang memerhati

Tapi ku tak rungsing tidak mungkin rindu
Ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca kisahmu kubaca
Perjuangan kita sama dukamu kurasa

Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Duka di kala malam termimpi-mimpi
Rindu di kala siang mencari-cari
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
Walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadang kala hanyut bagaikan dua arah
Malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerna bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti

Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin Tuhan kan bersama kapan hari pasti

Sabarlah menanti kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah sahaja pada Yang Esa
Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza...

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza

Perjuangan seni kita tidak bepenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak bepengunjung
Kesabaran menikam Kau tak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung
Bukan rupa parasmu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan

Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah darimu satu kesyukuran
Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata

Kata apa sahaja...iya tapi tentang apa
Wajahmu yang cantik manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi tapi kesudah indah
Harus bermula dengan fantasi

Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia
Biar khayalan ku melayang.....

Kau selalu di hati
Takku dekati
Dua dunia kita berbeza...

Apapun ending hubungan nie... moga mereka tetap leh jadi kawan.. Sy harap lelaki nie faham Islam tue mudah sebenarnya. Doa saya moga lelaki nie masuk Islam kerana dia kenal Islam bukn kerana nak kawin dengan gurl nie. May be boleh dikatakn slh satu sebab lelaki nie convert tp yg pling penting mestilh sebab dia faham apa Islam tue sebenarnya. Sy xnak nnt klu de pape berlaku lelaki nie tinggalkn Islam..
"Ya ALLAH, di malam akhir-akhir Ramadan ini, hambaMu yang lemah ini menadah tangan kepadaMu memohon moga diberi penyelesaian pada masalah ini. ya ALLAH seandainya lelaki ini yang telah Kau ciptakan untuk melengkapi hidup, berilah petunjuk dan hidayah kepada lelaki itu untuk mengenaliMu. Moga lelaki itu mampu menjadi nakhoda rumah tangga kelak...Amin~~~

Wednesday, September 16, 2009

tentang dia....

Assalammualaikum...


Baru sahaja balik terawih dekat pusat sukan.. Teringat kat baby comel tue. Erm, kebelakangan nie asyik dengar student dah kahwin jea. Bila fikir diri sendiri, hmm,, tak tahulah bila. Kekadang bila fikir masa depan nie, bermacam-macam perasaan yang timbul.


Sebenarnya tadi jumpa kawan kepada Lina, merangkap junior course kami tetapi sebaya dengan kami. So, dia nie baru jea nikah masa cuti sem lepas. Lebih kurang, macam Deq Lah lh kot. Bezanya, dia still belajar dan deq lah dah abis belajar. Saya tertarik dengan ceritanya.. perkenalannya secara serius hanya 6 bulan sebelum mereka bernikah. Bagaimana agaknya kisah saya pula nanti.. =}}


Bila cerita tentang kisah saya, saya sendiri tak mampu menduga.. Teringat perbualan dengan ayah.

"saya nak lelaki kaya..."

"Amin, mudah-mudahan.. kaya hati, kaya jiwa, kaya budi, kaya bahasa... bukan kaya wang dan harta sahaja."

Walaupun ringkas penuh dengan makna. Berlapik disebalik kata agar hati anak tidak terluka. Di sebalik mendokong, ada nasihat yang diberi.. Sebenarnya saya tidak bermaksud dengan apa yang saya katakan. Sekadar mencipta alasan namun jawapan ayah menyebabkan saya hanya tersenyum. Tidak menyangka gurauan itu diambil serius oleh ayah.


Saya sendiri tak tahu lelaki bagaimana yang saya mahukan. Apa yang saya fikir cukuplah andai dia baik agamanya, mampu menyara keluarga, mampu memimpin rumahtangga... Dia hanya seorang lelaki biasa pada pandangan umum tetapi dia ada istimewa pada saya.=}} Dia boleh menerima saya seadanya, tidak mengharapkan kesempurnaan..Tetapi sedia berlebih kurang..


Ops, cukuplah setakat nie saya bercerita mengenai dia.. Dia yang tidak lagi ditemui.. Dia yang sentiasa wujud dalam doa saya. Dia yang akan menjadi tempat saya kongsikan segala.
Dia yang tidak menyebabkan saya terluka lagi. Dia yang menjadi teman saat suka, duka, gembira, lara, bahagia mahupun derita. Setia disisi kerana cintanya pada Ilahi bagi melunaskan janji yang termatri..



Thursday, June 11, 2009

Mengutip sisa perjuangan...

Langkah Tercipta

Unic


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie


Ya Allah, segala puji-pujian hanya untukMu. Disaat ku perlukan sandaran untukku memulakan langkah, Kaulah sebaik2 sandaran. Kau tunjukkan hambaMu arah dengan caraMu sendiri..


Senyumlah sayang. Usah berputus asa. Keluargamu masih setia mendokongmu. Jika kau hilang semangat lalu bagaimana dengan mereka. Pasti mereka akan turut terluka melihat kau berduka. Duhai puteriku, bangunlah. Masih ramai yang menyayangimu. Masih ada ruang untukmu. Masih ada teman-teman yang akan terus menyokongmu. Kegagalan ini hanya secebis cabaran untuk kau memahami makna kehidupan. Lalu apa yang harus kau lakukan ialah muhasabah dirimu kembali.. Apa benar jalan yang kau lalui? Apakah telah kau ikhlaskan niatmu hanya untukNya? Kita tak mampu meneka apakah rencanaNya. Siapa tahu hikmah yang tersembunyi? Redhakanlah dirimu dengan takdir ini...
Sayang, usah lemah kerana ini. Bangkitlah kembali. Perjuanganmu belum selesai. Dan aku akan terus setia menemani kerana kamu adalah aku dan aku adalah kamu..


Wednesday, May 6, 2009

senyumlah andai itu mampu membahagiakan...

hari terakhir exam sem 6... perasaan bercampur baur... ada gembira...ada luka... ada perih... ada pedih... ada duka... ada tawa...

malam tadi before jam 12 malam.. dpat message dari ayah.. Dpt ank sedara dh. Alhamdullilah. d 1st cucu. Msti xlena tdo ayh n emak malam td terbayang wajah cucu.. Abg plak msti bercmpur baur perasaan. Tahniah my Bro. Now, u have more bigger responsible. Take care of my niece. Haha.. anyway, a credit to me cause my expectation correct.. haha=)

apapun, kita berbalik pada kisahku..
rasanya aku masih xampuh lagi berdepan dugaan ini..
kerna setiap kali ku dengar ceritanya, ada rasa hiba yang datang..
ada sendu yang menerpa..
apapun, terima ksih wahai diri..
kerana mampu bertahan sepanjang perjuangan ini..


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhl ah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (Surah al-insyirah:5-8)



mereka lihat aku tersenyum..
mereka lihat aku tertawa...
tapi tahukah ada irama duka sedang melanda..

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah al-hadid:23)


sampai ada yang anto laporan..
"cahaya hepi jea tadi"
andai kau tahu sebenarnya, pasti laporn itu berbunyi begini..
"pandai cahaya berlakon.."
ape pun thnks pada semua..
aku yakin ada hikmahnya...

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-fatihah:5)

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka". Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. (Surah al-Baqarah:201-202)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah al-imran:200)

Oleh itu, bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah. (Surah al-rum:60)

Friday, March 27, 2009

...bila tak mampu berkata tidak...

Assalammualaikum...


Hari nie nak share ttg 'Tidak'.. 5 perkataan tapi xsnggup diucapkan. Especially, bl perkara2 tue nmpak simple... Tapi sbnrnye kita xnk buat. Bukanlh perkara dosa@ wt bnda buruk taw(yg nie cnfem cakap TIDAK)...xtaw nak hurai bagaimana.. Tp series saya buknlah org yang pndai berkata tidak.. saya xsmpi ati mengecewakn hrpn org... even kekadang hati saya yang terluka... huhu... Mungkin kerana CAHAYA tue wat ms nie utk menyinari hidup org lain.. bukn utk tuannya...


Paling teruk bila terpaksa berlakon '..tarapappa yea, tarapapa yea...' Sebenarnye mmg pape yea.. huhu.. Suka sgt jg ati org.. Bukn org nk jaga pun ati kita.. It's ok.. Memberi bukn untuk menerima kn???=}

That's me again. Selagi sy mmpu tlg, slagi sy mmpu bertahan, i will give@ help what ever u want even the thing i loved most... Then, i will hurt d person who loved me.. Aaa,,,maafkan saya..

Thursday, March 26, 2009

it's hard to see???



"...why you look sad?..."


it's hard to see @ it's hard to understand???
just a simple answer but don't want to hurt anyone...
let me keep it...
let me..



Kerna Terpaksa
Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tibuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua
( korus 1 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
TerpaksakuTerpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu
Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka
( korus 2 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
TerpaksakuTerpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Tuesday, March 3, 2009

....belaian ibu...

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Emak, terima kasih untuk segalanya..

Kebelakangan nie saya jadi 'anak mak'... ckit2 mak.. rasanyer mak saya pun plik..hehe.. Demam ke ape anak dara sorg nie. Ckit2 call... hahaha=p
Kadang2 tue smpi 3-4x seminggu.. Yg penting 1 week, kne da sekali.. Klu diorg xcall, mcm2 dh pk..
Sbb tue klu ari sabtu @ ahd, ringtone sehati n sejiwa berlagu..
Dh set utk family..=)

Biasanyer diorg akan call, saya hanya misscall... huhuhu.. Teringat dlu2, ms zmn kat mtrx, time tue hp jrg da kedit.. So, klu rs nk cakap ngn diorg, miscall jea no. umah gne hp kekawan.. Then, my hp will ringing..
hehehe=p
Sementara masih bkesempatan utk bermnje2 n mengada2, is not wrong even leh gak a myebabkn org pk buang tebiat. Terutama klu kita jenis org yg bkn menunjukkn perasaan. Means that kita lbih suka pendam jer rasa sayang tue... aduh teringat lagu unic:lafaz yg tersimpan...

"...mengapa sukarnya menyusun bicara,

meluahkan rasa,menuturkan sayang

kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah..."

Rindu nak blik umah... miss my mom, my dad and my family...

miss my daughter and grandchild too=p


Ya ALLAH, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah menjaga dan mendidikku semenjak kecil hingga dewasa..AMIN...


Monday, March 2, 2009

...love is like waiting the bus???...

Salam..

Pasti ayat nie dah sinonim kot kat anda semua.. oklah, saya teringat kat ayt nie bila ada yang menyuruh saya mencari teman gak. So, jwpn sy ialah saya mmpu utk berjalan kaki lg. Then berbual ngn k. fizah psal nie gak a.. Then dia kata lh pasal love is waiting the bus. So, saya kata saya msih leh jalan kaki lagi. stakat g Teratai, rasanyer sy msih mpu utk bjalan kaki seorang.=pLagipun, xde bas yang sudi berhenti@ xde bas lalu pun teratai=). Tmbahan pula rmai plak tue yg nek bas. selalu jea full (uitm kn rmai student =p)... Dalam kondisi skrg, saya xmahu utk berebut bas dgn org n lg 1 saya memang xpandai berebut bas. hehe...=)

Tapi kalau ada bas yang sudi tumpangkan, akan dipertimbangkan. hehe..=) Manalah taw, kot2 1 hari tgh jalan2 then ada bas offer nak tumpangkn, plak tue ada tmpat untuk saya, kondisi pun baik...Seperti yg sy kata kat k.Fizah xpelah sy jd org yg last naik bas tapi saya destinasi terakhir bas tue(double meaning nie...). even bas tue terpaksa melalui perjalanan jauh utk amik sy, even bas tue trsalah haluan berulangkali n even bas tue terpaksa menempuhi pelbagai kisah sebelum sampai pada saya...sy akn nek cz sy adalh orang yang menghargai usaha seseorang even ckit... (esp. bl kne meting kat fak mlm2, then pkcik bas berenti..hahaha...=P).. So, sy taw bas tue xlepas tangan dengan penggunanya... Saya bukan memilih... Saya cuma harap bas tue in d best condition before bw orang len. Mengharap bas tue tahu peraturan n mengikutnya(ecxept dharuriyyat =)), tahu arah @jalan yang perlu dilalui(d right pathway), sedia menerima karenah pengguna, n sanggup menghadapi perjalanan yang pnuh dengan1001 kemungkinan... So, kalau bas xdpt penuhi ciri2 di atas@ x bersedia lagi, jgnlah mengofferkan ruang kerana hanya mendatangkan masalah pada semua pihak.

Love Is Like Waiting For A Bus
When the bus come, you look at it and you said to yourself, “Eeee… so full…cannot sit down one”. So you said to yourself, “I’ll wait for the next one.” So you let the bus go and waited for the second bus.Then the second bus came,you looked at it and you said, “Eeee…this bus so old… surely very uncomfortable one.” So you let the bus go and decided to wait for the next bus.
After awhile,another bus came. It’s not crowded and not old but you said, “Eeee…no air-con one…and the weather is so warm, better wait for the next one.” So again you let the bus go and decided to wait for the next bus.
Then the sky started to get dark as it is getting late. You panicked and jump on to the next on coming bus. It is not until much later that you found out that you had boarded on to the wrong bus!
So you wasted your time and money waiting for what you want!Even if an aircon bus came can you ensure that the aircon bus won’t break down or will the aircon be too cold for you?
So people. Want to make sure that what you want is not wrong. But it wouldn’t hurt to give other people a chance, right? If you found that the “bus” doesn’t suit you just press the red button and get off the bus!
But wait…I am sure all of you have this experienced before. ! You saw a bus is coming (the bus you want of course) you flagged it and the driver acted blur by pretending not seeing you and zoomed pass you!
The bottom line of being loved is like waiting for a bus and whether you want to get on the bus and give the bus a chance depends totally on you and walking alone is just like being out of love

Wednesday, February 25, 2009

...Mari kita MENJADI dari mencari...

Assalammualaikum...

Maaf pada yang dah buka awl2 nak taw komen saya.. Kekangan masa x mengizinkn utk saya menulis diblog. Apapun, ALHAMDULILLAH cz dh bkurg sedikit. Nak taw citernyer, bclah blog in tittle minggu under pressure=p

ok, bbalik kpd tjuk di atas. As ape yg sy tulis kat buletin, sy dpt msg nie dari seorang kenalan. Kenalan di YM..
"...Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
-sebaik-baik suami adlh Rasulullah SAW-
Allahu a'lam..."

Tertusuk gak bila baca ayat diatas even dh pernah baca n dengar berulangkali. Hakikatnye, sy hnyalh insan biasa yang xlari dr diduga n diuji seperti anda semua. Kita selalu mengharap yang lebih sedang kita sendiri bukanlah sempurna. Tanyalah pada sesiapa sahaja, pasangn bagaimana yang diimpikan, pasti insan soleh/solehah, even kalau tanya kat orang yg jahat pun, dia harap dapat pasangan yang berakhlak mulia supaya dapat mengubahnya@ membimbingnya. Tanya kat saya pun same..=p

But, kata2 nie mmg ada betulnya. Kenapa mengharap yang lebih bila kita sendiri x berusaha untuk melebihkan diri... ??? Ya ALLAH, kami hanya hambaMu yang lemah, janganlah kiranya KAU biarkan kami tertipu antara nikmat dan ujian...
Bila baca cam ginie, rasanyer mmg xlayak diri nie mengharap yang baik, bila diri sendiri perangai camnie.. huhu... Banyak kelemahan n kekurangan...Ada ke lelaki yang dapat menerima semua kelemahan n kekurangan nie?? =( Perangai cam budk2..teet... Jaga diri sendiri pun xpandai laie... hahaha....Camne nk jaga org len plak...

Apa pun janjiNya pasti. Setiap makhluk tue diciptakan berpasangan..=) Either me, u @ others, we have the partner. Some had found it, some still searching and some just ask for the fate... Kadang2, orangnya adalah orang yang kita x pernah sangka. Mungkin kita pernah berjumpa dengan pasangan kita tapi kita x mengetahui.. Itu semua RahsiaNYA... Bila smpi saat n waktu yang ditetapkan, pasti kita akan berjumpa ngn pasangan kita. Klau bukan kat dunia, mungkin di akhirat sana...


Love is ever so beautiful
Like the morning dews on blossoming roses
Lifting its veil among the tall mountains
Letting the sun rays seep through the clouds.
But the love of a human being
Never lasts long
One will say enough is enough
Or both will be separated by death.
This love is but temporary
The morning dew will evaporate
The tall mountains may fall from earthquakes
The sun rays will be shrouded by lightning clouds.
What love lasts forever then
Despair not for
I will tell you
There is nothing greater than the love of Allah
That lasts forever and eternally.
The love of Allah never disappoints
Bringing us closer to Him
Each time we remember him
Even death will not do us apart...
Ya ALLAH,
aku berdoa untuk seorang lelaki yang Kau ciptakan untukku...
Seorang lelaki yang MenyintaiMu lebih dari segala sesuatu...
Seorang lelaki yang bukan sahaja menyintaiku malah memahamiku
Seorang lelaki yang bukan sahaje memujaku malah menerima kelemahanku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaik untukku pada setiap ketika dan keadaan
Seorang lelaki yang menjadikan doaku sebagai kehidupannya
Seorang lelaki yang menjadikan senyumanku sebagai penawar dukanya
Seorang lelaki yang menjadikan diriku sebagai pelengkap hidupnya
Dan aku jua berdoa
Jadikanlah aku seorang wanita yang dapat membuat lelaki itu bahagia
Berikanlah aku hati yang sungguh mencintaiMu
Dan dengan itu aku dapat menyintainya
dengan cintaMu, bukan sekadar cintaku.
Berikanlah aku sifatMu yang lembut
sehingga kecantikkanku datang dariMu bukan dari luar diriku
Berilah aku tanganMu dan dengan itu aku selalu berdoa untuknya
Berilah aku penglihatanMu dan dengan itu aku dapat melihat banyak hal yang baik dalam dirinya
dan bukan memandang kelemahannya sahaja
Berikanlah aku mulutMu sehingga dengan itu aku mampu mendukungnya
dengan kata-kata berhikmah dan pemberi semangat disetiap hari
Dan dapat tersenyum padanya setiap masa
Dan bila mana kami bertemu, maka kami mengetahui betapa agungNya Engkau kerana menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau membuat segala sesuatu indah pada waktu yang Kau tentukan..
AMIN