Sunday, June 10, 2012

emosional

assalammualaikum...

Lalu harus ku bilang pada siapa resah yang menggunung...
Dikejar dengan dia yang tak pernah faham perbezaan yang aku terangkan...
Diintip dengan dia yang tak mengerti erti berdikari...
Diasak dengan dia yang tak memahami walau telah difahami berulang kali...

Lalu bila emosi lebih menguasai dari logika...
Ku hambur pada dia yang tak memahami...
Kerana aku telah lelah cuba memahamkan...
Kerana aku terlalu penat memendam perasaan...

Dalam sendiri,
Ku kembali pada DIA yang mengerti,
Ku tangisi kedaifan diri sendiri..

Dalam sendu hati kesepian,
Ku katakan pada DIA,
"Allah, jika dia yang tak memahami ku ketika ini
adalah dia yang Engkau takdirkan,
Maka ku mohon petunjukMu dalam menemui noktahnya,
Sekiranya sebaliknya,
kuatkanlah aku melepaskannya seikhlasnya keranaMu...."

No comments: