Wednesday, October 28, 2009

Peluang Kedua...

Assalammualaikum...

Hari ini tinta menari untuk menghargai peluang kedua yang diberi.. Setelah peluang pertama dibiar pergi lantaran emosi yang menguasai diri. Namun, peluang kedua seakan cuba menjanjikan sinar walau saya rasa ada big question yang telah terukir semalam..

Ya ALLAH, tolong sama saya ya.. Jadikanlah saya redha dengan apa jua takdirMu..Saya telah mencuba yang terbaik untuk peluang kedua. Maka, saya berserah diri untuk hasilnya..
Ya Rahman, dengan belas kasih sayangMu, saya mohon moga hati2 yang menyayangi saya tidak akan terluka lagi. Amin...

Peluang kedua..
Terima kasih pada yang masih menyokong diri ini. Terima kasih pada yang terus memotivated diri ini.  Terima kasih kerana memahami.Terima kasih untuk segalanya.


~~Hidup ini tidak boleh terus dibayangi masa lalu...Lepaskanlah kisah silammu...Sinar mentari hari ini masih sudi menemani...Moga esok mentari terus menyinari~~

Friday, October 23, 2009

Sinar ukhwah lebaran kompeni E..

Assalammualaikum...

Kali ini kembara perjalannan hidup singgah sebentar di sambutan hari raya kompeni. Sambutan pada 10/10/2009 di dewan makan teratai. Saya mula turun membantu bermula jam 12 tengah hari.. Even, mungkin tak sebanding adik-adik yang telah bekerja keras demi menjalankan tugas mengikut tanggungjawab masing2.. Maaf wahai dinda2 ku sayang, kekandamu ini mempunyai tanggungjawab yang lebih memerlukan untuk diselesaikan, maka kerna itu diriku tidak dapat membantu pergerakan pada awalnya.

jam 12 tengah hari.
lokasi: tepi koperasi (berhampiran longkang)
aktiviti-- membasuh ayam
kekuatan-- bermula dengan 3, di tengah 4 , berakhir dengan 1

jam 2.00 petang
lokasi-- bilik aliya
aktiviti--perap ayam tuk bbq
kekuatan--around 7 orang...

Semua tak pernah wat bbq bahagian handle rempah ratus. menggunakan logik akal n kata hati masing2, maka rempah dimasukkan. even dapat resepi dari pengarah program, tak diikuti sepenuhnya. Tukang adun merupakan senior2 yang baik hati.. haha.. perasan nyer.(sayalh tue=p).. bersama akmal..

Then, selepas asar, bakar ayam=BBQ.. Masa nie dpt taw ade masalh mengenai xde lg senduk..Atoi, mana nak cekaw dalam masa sat. Cntct sne sini nk cr, then idea comes to borrow from kmpeni j yg wat mjlis petang tue. Sayangnya, depa pinjm catering n catering akn ambil selepas mjlis.. N d hero comes..Thank Rawi.=))
'nie, pe masalahnya lagi."
"nie senduk2 xde.. cmne nk amek mknn kat buffer"
"itu jea, small matter. dah selesai.."
"???? umah dekat sinie ke??"
"pinjam DC"
Dan saya pun terpana, akhirnya menganggukkan kepala. Sememangnya lelaki  punya kelebihan pada sifat tenangnya.
Dan menjelang 6 petang, sy sibuk ngn teknikal pnyer barang. Sy pasang LCD, mikrofone.. seriesly, i don know about that. thanks Hafiz yg bsush payah membantu. Tanpa anda, saya pasti mengagau seorang diri di situ..

Dan malam pun menjelang..
Majlis berjaln walau ade rasa kebosann sedikit.. Sesuatu yang xdijangka.. Can u imagine that I been in front of others to be the finalist of d queen of night.. Ya, satu penghargaan utk saya may be..  Just wanna look me in front of them. junior2 yg nakal..Bila diorg suruh berjalan cam peragawati..Dgn segera saya membuat peragaan berdua.. Bersama wawa, junior saya yg turut tercalon..i always have other plan dear.. haha.. so, maaflah pada sesape yang merasakan berjaya wat saya jadi model mlm tue..haha=]] .. anyway, terima kasih kerana memberi peluang saya tercalon sebagai model.. haha.. saya taw saya xlayak untuk menjadi model..


p/s-- wat seseorang yang saya xtegur langsung. maaf saya bukan membenci.. tapi saya mahu kamu sedar dari kesilapan kamu.. Jawatan itu satu amanah.. bukan sekadar nama...Ia akan dipersoalkan.. saya sedar kamu tahu saya melarikan diri dari kamu.. saya tahu kamu sedar sikap saya itu. Dan akhirnya kamu mengalah..mencari alsan untuk berkata-kata ngn saya..hehe(smtimes we need gives person a lesson)=]]

Terima kasih semua...

Assalammualaikum...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan penguasa sekian alam....Saya sudah membentangkan thesis II saya..

Perasaan really2 ok...Ya, even result tak keluar lagi..VIVA..satu perkara yang menjadi tjuk hangat perbualan.Apatah lagi menjelang nya hari yang dijadualkan. Ya, hari ini..23/10/2009... saya membentangkan tajuk thesis saya. Merupakan grup pertama present. Cuma 1 grup sahaja pagi nie..disebelah petang ada lagi..

Terima kasih semua.. terima kasih..Speechless sekejap..Mencari ayat utk ditulis..=]]
Firstly to my bloody marvellous parents.. Saya tahu doa kalian ada bersama saya..
"Ayah, esok org ade presentation"
"ape tue??exam ke?"
"taklah, present projek.. nnt klu xditerima susahlah ayah.."
"em, xpe2.. malam nie ayah solat hajat ya."
--kali nie seriously speechless n terharu...That my father.. Even he may be dont understand what I mean by VIVA, what i mean by present.. but he always do care about me...
"Wat yang terbaik.. Ayah tahu anak ayh leh wat."
"Baik"

"Mak.. org ade present sok"
"baik, mak tahu apa yang mak nak wat. Tenang aje ya. Moga Allah permudahkan urusannya. Ditenangkan jiwanya.Dikuatkan semangatnya. Biar mudah je wat esk"
"Amin"
"nnt klu mak x puasa esok, mak bacakn quran yea.. Tadi mak dh cari ayt quran yg sesuai"
----lg sorang plak wat saya speechless...huhu.. That's my mother.. Klu saya ada presentation, ada exam, dia akan puasa. Bukan saya sorg ja.. Adik-beradik saya juga. Doa seorg ibukn.. keberkatan.-

Second to my siblings..
wit my little bro..
"huhu.. akak de present sok..tkot"
"eleh present pn tatot"--(ayat yg mmg dh dijangka..kami mmg sentiasa membuli pihak yang susah)
"tapi present nie penting.. klu x abis a akak kne smbung agi..(wat dh ayt2 series nk tkotkan dia.)
Doakan  akak taw"
"yelah.. ko wat lh elok2.. biar diorg xleh nk tolak kate2 ko"
"Baik"(tetiba menjadi akak yg baik ngn adik nya)

Then for my beloved frenz.. my friends under d same supervisor.. and smualah..
Thanks 4 supporting me.. Thanks to be there wif me.. Thanks for alway be my motivator when I was down..
Thanks you..

For the panelist.. terima kasih kerana x attack saya dengan soalan yg teruk2..

owh terlupa thanks to  d coolest supervisor forever....Prof madya Dr Cheow Chong Seng...

p/s-- Wat teman yang konvo semalam.. maaf saya xdapat spend masa dengan kamu n mereka semua.. Maaf sbb sy datang xbawa bunga.. Tapi hang nak taw x, saya dapat bunga.. Berjaya membuat madu saya membelikan bunga untuk wish gud luck kat saya.. Kan saya dah kata rmai yg sayang saya...hehehe...Just kidding.. Rmai sayang hang juga..

Saturday, October 17, 2009

Huhu..bestnyer mereka itu.....

Assalammualaikum..
 Jam 1.13 tengah hari, hari ahad..
Huhu... Saya sedang berada di blok A, fakulti. Menyiapkan diskusi untuk FYP. Perasaan sangat berdebar2.. Risau. Yups, so risau mengenai presentation ini.

Dan saat ini UiTm sedang mengadakan konvo kali ke 71 if not mistaken.. Duduk di tingkat 4 bertemankan laptop, cuba menghindar dari gamitan konvo. Nampaknya tekaan saya silap, ramai pulak yang mencari toilet dan saya jadi Guide toilet.. =))..
"Adik, toilet lelaki mne?"
"Kne naik 1 tingkat lg ke toilet?"
"Tandas mane dik, yang bukan staff punye?"

Tue  a antara ayat2 yang saya terima sepanjang duduk kat sinie.. Ya, ibu bapa pelajar2 konvo mencari toilet. Mesti berbunga2 perasaan mereka lihat anak konvo. Even nampak mereka cam letih, may b baru tiba dari Selatan, dari Utara, dari timur mahupun dari menyeberangi laut china selatan, tapi tiada keluhan. Hari ini ialah hari yang ditunggu2 oleh mereka. Melihat putera-puteri menggengam segulung ijazah hasil pengajian mereka. Saya sangat cemburu.. Owh, masanya belum tiba untuk saya.

Minggu depan, ramai kawan2 saya akan konvo esp, dia yang setia mendengar celoteh saya. Ya, bagi pelajar2 yang kos pengajian tiga tahun pastinya sem nie mereka akan konvo. Dah bnyak invitation sya terima utk melihat konvo mereka. (cam vvip a plak=]])Tak lupa kawan saya yang baru kahwin raya lepas, akan konvo 21 nie. Budak2 sains gunaan akan konvo khamis xsilap.. Bisness ari selasa kot. Wah, macam nie saya kne g konvo hari2.... Menambahkan semngat utk menghabiskan study sem nie..=))

Buat mereka2 yang 4 tahun pengajian, masa kita akan tiba jua.. Amin. Ya Allah, permudahkanlah urusan pengajian kami di semester terakhir belajar ini.
Gambar masa konvo my ex-roomate at SAMURA..
Hope I can wear my own...('',)

Apapun, kene siapkan dulu FYP nie.. Gambatte cahaya san.,, Gambatte to my frenz also..... Go, go chaiyok...We can do it..

Friday, October 16, 2009

Loser...

Assalammualaikum..

Is just a time when you feel sad and no one you can lend on.. A day when u feel that u want to go nowhere.. So bad feeling.
I need a shoulder to cry on.. I need happiness to throw away my sorrow... I need.... Yups, I need....

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Monday, October 12, 2009

kerna saya sayang kamu~~

Assalammualaikum..

Hari ini saya tarikn jari juga di sini even saya rasa ada kerja lain tuk dilakukan..
Test yg bersususn, final projek, rumh terbuka, final, assignment n etc...
Tapi kerana saya tertarik dgn tjuk br dr kwn sy..'ya, mungkin kita dah di tahun akhir...', sy tulis jua di sini..

Kekecewaan yg dia rasakan melihat sahabat2 dia kecundang dengan ujian perasaan.. ujian hati.. Ya, saya juga bukan cukup kuat menangkis dugaan hati. saya jua bukn manusia yg baik... Tapi xsalah kita mengingatkan teman2 kita yang seakan2 terlupa akan hakikat dirinya.
Teringat pada sebuah hadis

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.


-- HR. Muslim
 
Dan mungkin itulah yang mampu kami lakukan. Mendoakannya untuk kembali ke firah diri.. Xsalah mempunyai rasa cinta kerana setiap insan telah dikurniakan rasa itu. yang salah kita terlalu memuja cinta sampai terlupa siapa yang memberi kita rasa cinta itu.. Seharusnya rasa cinta yang kita miliki menyebabkn kita lebih mencintaiNya kerana Dia yang beri kita rasa itu..
 
Buat sahabat2, kami bukan membenci kamu atau mahu memalukan kamu, tapi kami sayangkan kamu.. kerna itu kami masih lagi mengambil tahu pasal kalian.. kerana itu kami mengingatkan kalian.. kerna sahabat yang baik adalah mereka yang mahu bukan sahaja memuji kebaikkan sahabatnya malah mengingatkan saat mereka terlupa..


 

“Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi” (Ali-Imran: 8)
 
Sekian~~
 
p/s: syukran pada seorang teman yang sudi memberi komen ttg blog ini.. walau kamu tidak mempunyai blog sendiri, kamu sudi jua melihat blog saya.. saya sayang kamu.. tidak sabar untuk ketemu kamu~`('',)

Saturday, October 10, 2009

Kill Ur DaRLinG!!!














Assalammualaikum..

Baru pas menikmati nasi goreng sendirian di Dataran Cendekia. Entah kenapa jiwa rasa tak tenang. macam ada yang tak kena.Apa pun perasaan macam nie x leh dilayan, kalau tidak merana badan sekali.


Okaylah, back to point 'kill ur darling'. Tadi saya g Ptar. Seperti selalunya, saya akan g tempat majalah dan mencari majalah Anis. Sebab saya memang suka isi dia. Tapi untuk memiliki sendiri sebagai aset rasanya tidak lagi. Selak2 laman yang memang saya suka baca by ustaz pahrol judi then dpt a topik tue.(ada lg segmen yg memang sy spot, dr ustaz saiful islam, k.anis, mak lang, teh tarik n etc...)=}}


Saya tertarik dengan pengisian itu. Kill ur darling atau bunuh orang yang kamu sayang@ bunuh kesayangan kamu. Is we dare to do that?? Adakah kita sampai hati utk melakukannya..
Apa yang cuba disampaikan ialah kekadang bila kita dah sayang kat sesuatu itu kita sampai keliru menilai dia. Semuanya indah sahaja even sebenarnya dialah punca kekacauan jiwa kita..
Kadang-kadang kita menulis bait indah, kita sayang untuk membuangnya. Bagi kita ayat itulah yang terbaik. Tapi sebenarnya kata-kata itu terlalu buruk pada pandangan orang. kata-kata itu mengundang kemurkaanNya.
Atau kita melakukan ibadah sunah dan kita rasa  sayang terhadapnya tapi tanpa kita sedar ibadah sunah itu mengundang riak, ujub n sifat mazmumah yang lain. (moga dijauhkan). Maka amalan yang dilakukan itu hanya kosong bila sifat2 itu bermaharajalela..
Atau kita terlalu kagum dengan penulisan seseorang, setiap karyanya kita miliki sedangkan karyanya membawa kita jauh dari menyintai Dia. Karyanya melekakan kita dalam kehidupan...Karyanya menyebabkan imaginasi kita melampaui batas pemikiran...(SubhanaALLLAH)...

Maka kata penulis tersebut.. kita kne menjadi spt Nabi Ibrahim yang sanggup membunuh Nabi Ismail (kesayangannya) demi mendapat kesayangan DIA.
Jadi, apa yang harus kita lakukan ialah mengenalpasti siapakah darling2 kita yang sebenarnya musuh dalam selimut kita, yang sebenarnya api membakar sekam dalam jiwa kita...Supaya kita dapat membunuh dia untuk menjadi kesayangan DIA.
Siapakah 'ismail-ismail' kita, sama2 kita muhasabah diri kembali....

p/s: Sedang kecewa kerana tidak dapat bermain badminton(x hebat pun sebenarnya)..Ya, gara-gara kompeni kami sudah kekurgn siswa2 yang mempunyai semngat yang tinggi. Miss senior2 yg baik hati..=}}

Sunday, October 4, 2009

Kasihmu ayah...

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menarikan jari di blog even keje menimbun. Tapi untuk berkongsi rasa yang sedang ku lalui sekarang menyebabkan ku tarikan jua jari di sini.. Saat ini saya masih terngiang-ngiang suara ayah saya yang baru sahaja call.
Ya, ini bukan pertama kali dia call. malah sudah selalunya. Cuma kali ini saya ingin mengabadikan kisah itu di sini.
Jam 5.23 petang..
Saya sedang menghadap laptop membuat perbincangan untuk FYP tatkala handphone saya menyanyikan lagu keluarga Bahagia II.. Saya sudah tahu pasti dari emak @ ayah saya kerana saya telah mensetkan lagu tersebut hanya untuk mereka.
"Ya, assalammualaikum"
"waalaikumussalam"
Eh, ayah  ke call.. Hurm, selalu emak yang call...
Berbual2 dan bertanya khabar n etc..
Then tiba..
"Ayah kat kebun nie.. Tengah cabut rumput.. tiba-tiba teringat kat dia. sebab tue ayah call."
"ayah rindulah kat org tue"
Saya menjawab ceria sedang hakiktnya saya terharu.. Sangat terharu. Bukan mudah untuk seorang ayah berkata begitu. Bukan mudah untuk seorang lelaki berkata begitu. Pasti saat dia mencabut rumput, wajah saya terbayang. oh, ayah..
Kasihya ayah, walau dalam apa jua keadaan masih tetap mengingat anak.. kasihnya ayah, even terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki..Mampukah saya jadi anak yang terbaik untuknya? mampukah saya melakukan begitu ketika saya sudah berkerjaya. Mampukah saya meluangkan masa untuk mendengar ceritanya..
Owh, air mata sudah mahu menitis..
Mengingat pengorbanannya. Mengimbas kesusah payahnya.

Ya ALLAH, hambaMu ini bermohon kepadaMu.. ampunilah dosa ayah dan ibuku. panjangkanlah umur mereka dalam ketaatan kepadaMu. Berikanlah hambaMu ini peluang untuk berbakti kepada mereka.
 Ya Rahman, lindungilah mereka dari segala bahaya, kesusahan dan malapetaka. Kurniakanlah  mereka rezeki yang halal.
Ya Latiff, berikanlah hambaMu kesempatan untuk membahagiakan mereka. Berilah hambaMu peluang membalas jasa mereka walau takkan pernah mampu untuk membalasnya.

Saya sayang Ayah~~