Wednesday, December 26, 2012

terus kan perjuangan hati....

Assalammualaikum.....

Masih lagi bertatih memujuk hati membuang segala mazmumah yang bersarang....
Jangan ditanya tentang dugaan... Usah dipersoal tentang cabaran...
nafsu sentiasa memutar belitkan fakta....
Hanya dengan mengingati ALLAH hati-hati akan menjadi tenang...

Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong

Dengan izinnya, zikir ini sentiassa menjadi lantunan lidah...
ALLAH, lemah rupanya rohani ini..
Merangkak-rangkak terjatuh menuju ke arahMu..

ALLAH, tolong tetapkan aku dalam agamaMu....


ALLAH, saat apa yang aku buat sudah hilang arah dariMu,
maka bantulah aku kembali ke jalanMu...
Kurniakan aku dari sisiMu pengetahuan dan kesabaran untuk terus istiqamah dijalanMU...



Ya ALLAH, engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui, ,aka tunjukkanlah aku jalan yang benar dan berikan aku kekuatan, kecekalan, ketabahan untuk mengikutinya.....

Thursday, December 13, 2012

kecewa tapi harus terima...

Assalammualaikum...

Akhirnya, sejarah 2010 tidak dapat diulang... Malaysia kalah dgn aggregat 3-1 kepada Thailand dalam perlawanan piala AFF 2012....
Kecewa?? Mestilah, sebab saya peminat Malaysia... Tapi saya tak mahu mengutuk atau memaki yang berlebihan... Cuma saya tetap geram.... Geram dengan perlawanan yang macam berat sebelah.
Takpelah Harimau Malaya, kamu dah cuba yang terbaik... Walau masih ada lompong-lompong kekurangan yang perlu dibaiki. Masih ada bahagian yang memang ketara lemah.. Belajarlah dari kesilapan. Bangkit dan tunjukkan kegagahan sang Harimau...

Farizal, awak dah cuba yang terbaik...
Badrul, u still my hero...
Mahali, saya suka tengok awak main...
Khairil, I wish u luck..
Safiq, awak kapten yang bagus.
Mat Yo, bukan rezeki awak jadi hero...

nota kaki: aku masih tetap menyokong Malaysia....

nota hati: Biar kita kehilangan sesuatu kerana ALLAH, Jangan sampai kita hilang Allah kerana sesuatu....
ALLAH, kuatkan hati yang rapuh ini.... Moga cintaMu terus bersemi... Moga tetap teguh dalam agamaMu..
Moga diberi kekuatan untuk terus melangkah dalam medan juang ini... Moga istiqamah dalam Islam....Amin...



Wednesday, December 5, 2012

a good reminder


Memang benar orang yang DITEGUR atas suatu kesilapan atau ketidaksempurnaan atau kekurangan itu SEDANG DIUJI hatinya untuk menghadam teguran & nasihat itu tidak kira ia benar atau salah. Dia juga diuji bagi mengenepikan rasa terhina dan termalu atas kelemahan diri hingga teringin mencari alasan dan hujah balas.

NAMUN
 PERLU DIINGAT orang yang MENEGUR juga SEDANG DIUJI keikhlasan hatinya lantaran ia sedang dicucuk Syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia, lebih bijak. Dia juga diuji bagi melawan sukarnya untuk menyedari kemungkinan tegurannya tersasar dari kebenaran dan berlaku zalim terhadap yang ditegur.



Hati ini unik. Hanya apabila kena dengan gaya dan cara, baharulah ia terusik. Maka teruskan berbuat baik, siapa tahu, ada jiwa yang akan tertarik.






Monday, December 3, 2012

tersirat

Assalammualaikum....

hidup satu perjalanan...iman turun naik, pasang surut....hati berbolak balik...
baru mengecapi kemanisan, sekali lagi badai melanda....
Masalah, aku punya ALLAH utk berhadapan kamu...
walau rasa lemah dan longlai....

kawan,
kamu datang... kamu pergi...
kamu buat saya gembira, kamu buat sy sedih...
kamu beri sy harpn, kamu juga kecewakan sy....
xpelh, ini yg terbaik utk sy..
ini penyelesaian yg Allah beri tuk sy...

moga sy makin dekat dengan Allah.....