Thursday, June 11, 2009

Mengutip sisa perjuangan...

Langkah Tercipta

Unic


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie


Ya Allah, segala puji-pujian hanya untukMu. Disaat ku perlukan sandaran untukku memulakan langkah, Kaulah sebaik2 sandaran. Kau tunjukkan hambaMu arah dengan caraMu sendiri..


Senyumlah sayang. Usah berputus asa. Keluargamu masih setia mendokongmu. Jika kau hilang semangat lalu bagaimana dengan mereka. Pasti mereka akan turut terluka melihat kau berduka. Duhai puteriku, bangunlah. Masih ramai yang menyayangimu. Masih ada ruang untukmu. Masih ada teman-teman yang akan terus menyokongmu. Kegagalan ini hanya secebis cabaran untuk kau memahami makna kehidupan. Lalu apa yang harus kau lakukan ialah muhasabah dirimu kembali.. Apa benar jalan yang kau lalui? Apakah telah kau ikhlaskan niatmu hanya untukNya? Kita tak mampu meneka apakah rencanaNya. Siapa tahu hikmah yang tersembunyi? Redhakanlah dirimu dengan takdir ini...
Sayang, usah lemah kerana ini. Bangkitlah kembali. Perjuanganmu belum selesai. Dan aku akan terus setia menemani kerana kamu adalah aku dan aku adalah kamu..


No comments: