Friday, November 25, 2011

ku rindu kenangan lalu vs awal muharam

Assalammualaikum...

Esok 30 Dzulhijjah 1432 Hijrah,,, Bermakna akan bermula tahun baru pada lusa iaitu 1 Muharam 1433 Hijrah...
Rasa sedih bila sambut tahun baru sorang2x... Teringat zaman dulu2, masa ati masih putih, akal masih baik... mesti petang tue akn g masjid smbil bawa bekal bubur kacang tuk buuke puase... huhu...

Tetibe rase rindu sgt dengan zaman tue... Emak akan bekalkan saya dengan bubur kacang sebab tahu saya suka makan bubur kacang... Then, sebelum pukul 7pm  dah sampai dah masjid al-Hidayah nek motor.. Kdg2 dengan ayah, kekadang dengan emak.. Kekadang sorang bila Emak n Ayah pergi bersame..huhu....

Tak sangka dah terlalu jauh saya kembara... Rupenye saya dah dewasa ... Saya dah tak leh bergantung pada mereka... sudah tiba saatnya saya pula menbur bakti pula pada mereka..

Argh, entah kenapa sebak sangat hati nie malam nie... Memikirkan betapa saya semakin jauh berubah... Semakin dicabar dari segenap segi....
Ya Allah, ku rindu pada hati yang suci itu.. yang bersenandung ayatMu dalam tangisan air mata...
Ya Latiff, ku rindu kelembutan itu, yang tertunduk teresak mendengar amaranMu...
Ya Ghafar, ku rindu ketabahan itu, yang tetap tersenyum tatkala Kau menguji dirinya~~

Ya Allah, moga mampu ku hijrahkan diriku keranaMu di tahun baru ini... Ku ingin menjadi sebaik-baiknya hambaMu... Ku ingin menjadi srikandi agama, pembela nusa bangsa....

Ya Allah, ampunkanlah segala kesilapan dan kelalaianku pada tahun ini....Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah~~
bunga matahari
Doa Akhir Tahun

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal tahun


Selawat  dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

1 comment:

Nabiel said...

salam maal hijrah 1433~

p/s:jum tlg komen dan like entry nie GADGET IMPIAN SAYA