Wednesday, May 6, 2009

senyumlah andai itu mampu membahagiakan...

hari terakhir exam sem 6... perasaan bercampur baur... ada gembira...ada luka... ada perih... ada pedih... ada duka... ada tawa...

malam tadi before jam 12 malam.. dpat message dari ayah.. Dpt ank sedara dh. Alhamdullilah. d 1st cucu. Msti xlena tdo ayh n emak malam td terbayang wajah cucu.. Abg plak msti bercmpur baur perasaan. Tahniah my Bro. Now, u have more bigger responsible. Take care of my niece. Haha.. anyway, a credit to me cause my expectation correct.. haha=)

apapun, kita berbalik pada kisahku..
rasanya aku masih xampuh lagi berdepan dugaan ini..
kerna setiap kali ku dengar ceritanya, ada rasa hiba yang datang..
ada sendu yang menerpa..
apapun, terima ksih wahai diri..
kerana mampu bertahan sepanjang perjuangan ini..


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhl ah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (Surah al-insyirah:5-8)



mereka lihat aku tersenyum..
mereka lihat aku tertawa...
tapi tahukah ada irama duka sedang melanda..

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah al-hadid:23)


sampai ada yang anto laporan..
"cahaya hepi jea tadi"
andai kau tahu sebenarnya, pasti laporn itu berbunyi begini..
"pandai cahaya berlakon.."
ape pun thnks pada semua..
aku yakin ada hikmahnya...

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-fatihah:5)

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka". Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. (Surah al-Baqarah:201-202)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah al-imran:200)

Oleh itu, bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah. (Surah al-rum:60)

No comments: