Wednesday, May 6, 2009

bila tintaku berlabuh

telah kuberikan secebis ruang,
untuk kutunas rasa itu,

telah kuizinkan hatiku,
mencambah rasa kasih,
menyemai rasa sayang,

telah kubukakan jiwaku,
menghadapi segala dugaan,
mendepani setiap permasalahan,

tapi mengapa ruang itu kosong,
lalu kenapa hatiku bernada sendu,
dan kerana apa jiwaku pedih,

duhai hati, bertahanlah kamu,
akan tiba masa kau bahagia,
duhai jiwa, usah lagi hiba,
kau bukan lemah untuk terus berduka,
duhai diri, terima kasih,
Untuk senyuman yang kau ukir
melindungi luka yang terpendam,
menahan 1001 kepedihan,
senyumlah, dan teruslah tersenyum
Walau hati pecah seribu,
walau jiwa remuk reda,
Senyumlah kerana masih ada DIA bersamamu('',)

No comments: