Thursday, April 19, 2012

Ingatan Nya untuk hambaNya...


Assalammualaikum



Hari nie buka fb macam biasa then terjumpa benda nie ada kawan shared... Isk, tertusuk  terus pada diri sendiri... Tepat pada dahi.... Aduh....

Kawan-kawan dan pembaca sekalian...
Maafkan saya kiranya tulisan saya selama ini seolah menggamit simpati.. Kerana saya insan biasa.. ada rasa terluka, ada rasa kecewa.. ada rasa bahagia .. ada rasa cinta....

saya menulis bukan bertujuan meraih simpati... saya cuma meluah rasa hati... Mungkin ini bukan lapangan terbaik bercerita semua... Saya hanya mahu satu hari nanti bila saya baca balik semua ini, saya akan ingat betapa untuk sampai ke takat ini, telah banyak yang saya harungi... Bagaimana dengan ketidakmatangan saya membuat keputusan, bagaimana sinisnya saya memandang hidup, bagaimana longlainya berdepan ujian...Bagaimana ALLAH senantiasa ada untuk saya.....

saya pernah mendengar, seburuk-buruk tulisan adalah sebaik-baik ingatan... Maka saya menulis untuk peringatan... Peringatan untuk diri sendiri...  Pengalaman yang dilalui bukan kisah dongeng... tak seindah cerita telenovela... tak sesulit dugaan srikandi nabi... Namun masih bergabung semua rasa.. sedih, gembira, ketawa dan air mata.....


From FB:

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi 
lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn 
penghinaan dia, kita 
juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur '
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah 
hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan 
dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian 
Flashback: During my convocation....^_^

yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. Dia dah banyak buat aku 
macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada 

kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi 
keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."


‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~

No comments: