Assalammualaikum....
Tenang, damai dan syahdu..
Dalam diam hatiku senyum...
Wahai hati mengapa padanya jua engkau memandang,
Bila tiada lagi kekosongan untukku,
Bila hatinya telah pun dimiliki...
Wahai empunya diri,
Keterbukaanmu menarik perhatianku,
Indah tutur katamu menarikku,
Santun perilakumu menyentuhku...
Dalam hati berdetik,
Seandainya dikau adalah yang ditakdirkan,
Betapa gembira dan bahagianya aku...
Memiliki ciptaan indah dariNYA..
kerana dikau laksana bulan...
Tatkala hati berdetik,
terlewatkah aku menyusun langkah,
Berdosakah aku memilih dia,
Sedang ku tahu ada nama lain dihatinya..
Dan hati terus berdetik,
Melihat sayangnya pada haiwan,
Melihat kasihnya pada si kecil,
Dalam tak sedar hati berdoa,
Tuhan, seandainya dia tercipta untukku...
Tatkala hati berdetik,
Ku renung kembali kekurangan diri,
Lalu ku cuba punahkan rasa,
dari bercambah terus untuknya...
Kerana cintaku hanya untuk Dia,
Tak mahu berbagi kasih dengan sesiapa...
Tatkala hati berdetik,
Allah tolong jaga hatiku,
Kerana hati ini milikMu,
Biarlah rasa yang bercambah hanya untuknya,
Yang telah tercipta untukku...
Nota kaki: Ya ALLAH, aku lemah.. tanpamu aku tak berdaya.. Hanya dengan mengingatiMu, ku kembali perkasa, Tolong jagai hatiku... Tolong damaikan keresahan ini....
No comments:
Post a Comment