Tuesday, February 21, 2012

Dia ingin menikah....

Assalammualaikum...

Tarian ditari di blog sedang tak tahu hala mana yang ingin dituju.... Barangkali masih terkejut dengan apa yang diberitahu oleh seseorang... seseorang yang sentiasa ada di carta hati dan sentiasa kesayangan saya... Dia mahu menikah... Ya, dia mahu menikah. itu yang diberitahu kepada saya.

Dalam saya bersyukur dia mahu menyempurnakan separuh agamanya, saya jua memikirkan sudah benar-benar bersediakah dia... Saya mahu yang terbaik untuknya... Itu sahaja.. Saya tak mahu dia tersalah jalan...

 Duhai dia, andai kau tahu betapa gusarnya aku tatkala kau menyampaikan. sungguh, aku menyokong. Tapi masih ada kebimbangan bersarang... Ku tahu kau cuba mengelakkan zina hati tapi nikah itu bukan permainan sayang... Nikah itu bukan sahaja antara kau dan dia, tapi antara keluarga kamu dengan dia... Bukan untuk sehari dua, malah hingga ke jannah hendaknya...

mood: saya tak tahu nak tulis apa lagi... masih terkejut....
---rupanya dia sudah dewasa.... rupanya dah hampir saatnya saya melepaskan dia.... masa berlalu terlalu cepat atau saya yang terlewat......
Apapun, saya akan tetap disisi kamu... apapun kamu masih priority saya masa nie... 
I do care even I say otherwise.. i really means it.....
"ya Allah, tolong permudahkan niat baiknya.. moga dia wat keputusan yang baik... Dia kesayangan saya... saya mahu yang terbaik untuknya.... "

No comments: