Assalammualaikum...
Kebelakangan ini aku semakin terasa sendirian.. Maaf, saya bersedih dengan dugaan ini. Barangkali ini semua untuk menebus segala dosa dan kekhilafan saya.. Saya hanya manusia biasa... Yang cuba menjadi sebaik-baik hamba, namun jalan yang ditempuh bukan semudah yang dibayangkan.. Ampunkan saya ALLAH...
Lalu, hari2 yang ku lalui sekarang, aku hanya menggunakan pendekatan berkata baik atau pun diam, lalu ku pilih mendiamkan diri kerana hanya itu yang mampu ku lakukan sebelum kata-kataku mengandungi amarah dan emosi yang meluap-luap seperti gnung berapi yang sedang memuntahkan lavanya......
Lalu, hanya pada beberapa orang tertentu yang bicaraku terlontar keluar kerana lebih ramai yang akan memusingkan apa ku cakap berbanding perkara sebenar.
Dan hari ini, hari ketiga setelah ku pasangkan niat dan doa,
“Ya Allah jadikan lah hatiku sebaik-baiknya hati yang dapat merasakan apa yang dirasakan orang tua ku, ahli keluargaku,saudara-saudaraku, sahabat ku, teman ku dan orang – orang disekelilingku agar aku tak mampu membuat hati mereka tersakiti oleh ucapan dan tingkah lakuku. Agar aku selalu dapat membuat mereka tersenyum bahagia, sebagaimana itulah yang selalu mereka lakukan untuk ku.”
Maka dari hari pertama aku berjaya tersenyum sahaja dan hingga ke hari ini, aku masih berjaya mendiamkan diri.. Syukur....
Dan dia jua tersenyum melihat aku tersenyum... Dia sangat gembira melihat aku tidak berduka.... Dan aku jua gembira melihat dia tersenyum dengan senyuman ku walau sebenarnya ada kalanya aku rasa aku hanya mencipta senyuman demi sebuah ikatan.....
ALLAH, terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku..
Namun hari ini, aku dikejutkan dengan dia... Dia mempunyai brain tumor dan jangka hayat hanya 4 tahun...
Antara rasa percaya mahupun tidak, aku mula sangsi.. Adakah perkara ini yang dia rahsiakan selama ini dari aku??
Kamu, maafkan saya kerana tidak mampu memahami kamu.. Kamu maafkan saya kerana selalu melukakan kamu.. Kamu, maafkan saya kerana tidak mampu jadi kawan terbaik buat kamu....
No comments:
Post a Comment