Monday, July 9, 2012

zero


Assalammualaikum...



Melihat wajahnya suram, aku jadi serba salah. Salahkah aku membuat dia begitu? Benarkah aku puncanya? Maaf kawan, aku tak tahu bagaimana menerangkan kepada kamu semua ini.
Aku manusia yang punya banyak kasih sayang. Namun aku jua manusia yang sangat berhati meletak kasih sayang. Terutama bila aku tahu ada kisah sebaliknya...

Kawan,

Mengapa harus ini berlaku antara kita? Aku tak mahu merosak hubungan antara kita dengan melukakan kamu. Sulitnya mengubah keadaan ini...Melihat kemuraman wajahmu menyebabkan aku selalu berfikir cara terbaik supaya tiada pihak terluka. Melihat kesungguhan kamu sering menyebabkan aku berfikir panjang untuk tidak melukakan kamu begitu sahaja.... 







Kawan,


Aku tahu rasa itu terlalu dalam untuk aku. Aku tahu betapa kau sedaya upaya melindungi aku dari sebarang keburukkan dan niat jahat orang... Aku masih ingat bagaimana kau melindungi aku dari dia yang cuba mengambil kesempatan keatas aku. Aku ingat lagi bagaimana gentlemannya kau untuk terus menolong walau telah ku tegah berkali-kali. Namun aku juga tahu aku patut rasa curiga tentang semua itu. Aku bukanlah orang yang mudah mempercayai 1001 janji mahupun ayat manis dari orang-orang macam kamu.

Kawan,

Harus bagaimana aku lakukan untuk kau mengerti bahawa aku ingin yang terbaik untuk kesudahan kita. Lalu, dalam sunyi malam aku selalu berdoa, moga ALLAH tunjukkan aku jalan penyelesaian ini..
Dalam hati ada harapan yang terbina, suatu hari kita akan berkawan ikhlas keranaNYA. Tanpa bisikan rasa ataupun perasaan dusta, kerna yang terbina nanti adalah ikatan persaudaraan mu'min...

No comments: