Tuesday, March 27, 2012

kenapa wanita Malaysia tertarik pada lelaki asing... hurm




Assalammualaikum...

Dewasa ini kita sering terbaca kisah cinta gadis Malaysia dengan warga asing (Bangla, Nepal, Indon, Myanmar, Iran dan sebagainya) yang mana kebanyakkan lebih berunsur negatif dari positif. Maka berdasarkan situasi yang saya alami sekarang saya cuba berkongsi pada anda semua pandangan dari sisi seorang Gadis merangkap wanita terhadap isu ini...
Saya bekerja di kilang yang mana kebanyakkan production worker adalah warga asing. Sebagai seorang yang bertanggungjawab di bahagian kualiti, saya selalu berurusan dengan production worker. Maka pergaulan dengan production worker adalah banyak. Mereka yang datang ini boleh dibahagikan kepada beberapa golongan. Golongan bijak yang selalu menjawat jawatan2 penting dalam syarikat. Golongan sederhana yang kadang-kadang sukar dibezakan dengan golongan ketiga iaitu 'biasa'.

Ini merupakan kali pertama saya menghadapi cabaran di'goda' sekian hebat dari warga asing. Jika sebelum ini mereka akan berhenti bila saya memarahi mereka. Kali ini agak sukar kerana dia tak pernah putus asa dan barangkali kerana bilangan pekerja yang tidak ramai maka saya tetap kena berurusan dengan dia.

Ayat mereka memang indah atau memang boleh membuai perasaan lah sebagai wanita. Kalau anda biasa tengok cerita Hindustan, anda akan dapat menyatakan bahawa anda sedang berada dalam filem itu. haha.... Series, every time they talk, I will say," pergh, ayat macam citer dalam filem hindustan" .. Mungkin mereka tak faham apa saya maksudkan tapi yang pasti saya dan kawan saya(malaysia) mengerti.

Kalau ikut jiwa, tanpa pertimbangan akal yang waras dan normal, tidak mustahil saya boleh jatuh dalam keadaan itu. Mujur lewat pembacaan dan pengetahuan, saya masih mampu melawan setiap godaan dan usikan mereka yang kadang-kala menyentuh hati wanita saya.

Maka, satu fakta yang pasti, mereka memang pandai mengayat. Ayat mereka mampu membuat wanita yang tak berfikir dengan bijak tersilap dalam membuat keputusan.

Maka, pada mereka yang tak pernah bekerja atau bergaul dengan mereka, jangan salahkan wanita Malaysia bila mereka tergoda atau berjaya ditawan oleh warga asing. kasihanilah mereka kerana mereka tak mampu melawan dugaan yang datang. Mungkin mereka telah cuba menolak, namun bila berlarutan dalam jangka masa yang lama adakala mereka rapuh. Hanya mereka yang berhati cekal sahaja mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang.

Jadi, bagaimana keadaan ini mampu diubah. Hentikan ambil tenaga kerja luar???? Maka siapa yang sanggup mengambil  alih tenaga kerja mereka?? Sama-sama kita fikirkan...


Pesanan saya kepada lelaki2 di luar sana, usahlah hanya ingin melakukan kerja yang mudah sahaja. Tidak mahu bersingsing lengan untuk kerja dari bawah seperti orang asing. Lalu apabila timbul isu wanita Malaysia dilarikan, pertimbangkanlah sebaiknya bagaimana.. jangan salahkan wanita sepenuhnya.. Kami hanya manusia biasa...

Nota kaki: Berbalik kepada kondisi saya, saya tak menafikan soal takdir. Andai dia yang Allah telah ciptakan, saya terima, Tapi sekarang ini dengan agama yang berbeza, maka saya memang pasti saya tak menerima dia. Agama masih yang pertama dan semoga sampai bila-bila. Amin.... ^_^




Dan satu hari bila saya telah jumpa pasangan yang ditakdirkan, saya nak cakap dengan dia,
" untuk bersama awak, saya kena melepasi berbagai negara dan bangsa,,, " ^_~


Bila awak nak datang wahai Putera hati.. pemilik cintaku setelah ALLAH & rasul?? Terlalu berliku jalan yang sedang ku lalui sekarang..... kadangkala aku lelah, kadangkala aku lemas, namun aku masih berusaha meneruskan perjalanan, kerana aku yakin DIA telah sediakan kamu untuk aku....

No comments: