Tuesday, January 10, 2012

Rindu bertamu

Assalammualaikum....

Malam ini,
Imbauan kenangan di dunia usrah menggamitku,
sungguh telah jauh aku berlari,
meninggalkan dunia itu,
Kerana aku tak berdaya mencari penyamaan di sebalik perbedaan,

Mungkin,
kerana politik selalu menjadi halangan,
Untuk ku satukan hatiku dengan mereka,

Aku bukan penyokong A,
Bukan juga penyokong B,
C, D, atau E,,,
Aku menyokong mana yang benar
Walau ku tahu, setiap A, B, C,D dan E juga menyatakan mereka benar..
Maka, dalam itu gerak intitusi hati jadi pilihan...

Tuhan,
Aku rindu untuk mendengar bicara ilmuMu melalui makhlukMu,
Aku rindu mendengar peringatan untuk jiwaku yang kian kontang,
Aku rindu untuk bersama dalam saudara seislam...
Aku rindu untuk menitiskan airmataku dengan hati yang kian hitam..

Ya Allah,
tolong satukan hati kami ini dengan Islam,
Tolong tautkan jalinan hati ini ikhlas keranaMu,
Tolong jangan jadikan perbedaan ideologi kami bermusuhan,
tolong jangan biarkan terlerainya persaudaraan bila tak seangkatan..
Tolong Ya Allah, tolong~~~

11.55p.m

No comments: