Thursday, July 7, 2011

Anniversary as a staff M****




Assalammualaikum...

Tanggal 7/7/2010 yang lalu...dengan rasminya saya memulakan hari pertama di sini.. Maka 7/7/2011 ini bermakna sudah setahun saya di sini..Alhamdulillah..Nampaknya saya berjaya melengkapkan sekurang-kurangnya setahun di sini..

Perjalanan setahun yang penuh onak duri...Dan masanya bakal tiba untuk saya berhenti menabur keringat di sini...Bukan mengalah namun saya harus sedar bahawa saya tak ampuh untuk bertahan... Saya tak mahu berada dalam syak wasangka sepanjang masa...
****YA ALLAH, Engkau lebih tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hatiku..Malah Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku...YA ALLAH, moga keputusan yang ku ambil adalah sebaik-baik keputusan dan dalam keberkatanMU...Moga Engkau menunjukkan aku jalan keluar dari permasalahan ini...

Mei Logo

No comments: