Tuesday, January 29, 2013

air mata dia

Assalammualaikum...

Hati terasa goyah saat melihat dia menangis....Dia terluka.. Dia kecewa.. Aku tahu itu...Tapi apa harus ku lakukan....Aku tak mampu menahannya... Aku jua tak mampu menghentikannya....
Benarkah kita tidak harus melepaskan dia yang sanggup menitiskan air matanya demi kita?? Persoalan itu berlegar di kepala ku... Namun ada suara iman yang menahan....Dia belum halal buatku... Dan mungkin buat selamanya...

Kalau mampu ku buat dia ngerti bahawa aku tak pernah ada niat melukakan sesiapa, pasti tidak ku lihat air matanya mengalir kerana ku...
Argh, cinta.. mengapa terlalu sulit sekali yaa...

Ya Muhaimin, tolong beri kami petunjuk....
Ya ALLAH, ku serahkan segalanya kepadaMu,
Sesungguhnya hanya kepada ENGKAUlah kami mengabdikan diri.....

Wednesday, January 2, 2013

Bertemu 2013

Assalammualaikum...

Selamat datang 2013,
Terima Kasih ALLAH, beri saya kesempatan hingga sampai tahun ini...

Salah satu Impian saya pada tahun ini,
moga saya dapat berkawan dengan dia..
Dengan rasa persaudaraan...
Biarpun sukar, saya akan terus mencuba..
Islam itu indah....
peribadi kita menentukan agama kita...
Ya Dzal Jalalilwal Ikram...
Kurniakan kepadaku kesabaran yang tinggi seperti kesabaran Nabi Ayyub alaihis salam...
Kurniakan aku kebijaksanaan seperti Nabi Sulaiman...
Kurniakan aku kepetahan berbicara seperti Nabi Musa dan Nabi Harun,
Kurniakan aku sebaik-baik pekerti seperti  pekerti qudwah hasanah Nabi Muhammad s.a.w...


Ya ALLAH,
tangisan ini kerana terasa lemah masih mengagungkn dunia..
Tangisan ini adalah tangisan hamba berdosa yang bertatih merangkak ke arahMu...


Orang yang paling bebas adalah orang yang paling tenang dalam setiap keadaan....

Wednesday, December 26, 2012

terus kan perjuangan hati....

Assalammualaikum.....

Masih lagi bertatih memujuk hati membuang segala mazmumah yang bersarang....
Jangan ditanya tentang dugaan... Usah dipersoal tentang cabaran...
nafsu sentiasa memutar belitkan fakta....
Hanya dengan mengingati ALLAH hati-hati akan menjadi tenang...

Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong

Dengan izinnya, zikir ini sentiassa menjadi lantunan lidah...
ALLAH, lemah rupanya rohani ini..
Merangkak-rangkak terjatuh menuju ke arahMu..

ALLAH, tolong tetapkan aku dalam agamaMu....


ALLAH, saat apa yang aku buat sudah hilang arah dariMu,
maka bantulah aku kembali ke jalanMu...
Kurniakan aku dari sisiMu pengetahuan dan kesabaran untuk terus istiqamah dijalanMU...



Ya ALLAH, engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui, ,aka tunjukkanlah aku jalan yang benar dan berikan aku kekuatan, kecekalan, ketabahan untuk mengikutinya.....

Thursday, December 13, 2012

kecewa tapi harus terima...

Assalammualaikum...

Akhirnya, sejarah 2010 tidak dapat diulang... Malaysia kalah dgn aggregat 3-1 kepada Thailand dalam perlawanan piala AFF 2012....
Kecewa?? Mestilah, sebab saya peminat Malaysia... Tapi saya tak mahu mengutuk atau memaki yang berlebihan... Cuma saya tetap geram.... Geram dengan perlawanan yang macam berat sebelah.
Takpelah Harimau Malaya, kamu dah cuba yang terbaik... Walau masih ada lompong-lompong kekurangan yang perlu dibaiki. Masih ada bahagian yang memang ketara lemah.. Belajarlah dari kesilapan. Bangkit dan tunjukkan kegagahan sang Harimau...

Farizal, awak dah cuba yang terbaik...
Badrul, u still my hero...
Mahali, saya suka tengok awak main...
Khairil, I wish u luck..
Safiq, awak kapten yang bagus.
Mat Yo, bukan rezeki awak jadi hero...

nota kaki: aku masih tetap menyokong Malaysia....

nota hati: Biar kita kehilangan sesuatu kerana ALLAH, Jangan sampai kita hilang Allah kerana sesuatu....
ALLAH, kuatkan hati yang rapuh ini.... Moga cintaMu terus bersemi... Moga tetap teguh dalam agamaMu..
Moga diberi kekuatan untuk terus melangkah dalam medan juang ini... Moga istiqamah dalam Islam....Amin...



Wednesday, December 5, 2012

a good reminder


Memang benar orang yang DITEGUR atas suatu kesilapan atau ketidaksempurnaan atau kekurangan itu SEDANG DIUJI hatinya untuk menghadam teguran & nasihat itu tidak kira ia benar atau salah. Dia juga diuji bagi mengenepikan rasa terhina dan termalu atas kelemahan diri hingga teringin mencari alasan dan hujah balas.

NAMUN
 PERLU DIINGAT orang yang MENEGUR juga SEDANG DIUJI keikhlasan hatinya lantaran ia sedang dicucuk Syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia, lebih bijak. Dia juga diuji bagi melawan sukarnya untuk menyedari kemungkinan tegurannya tersasar dari kebenaran dan berlaku zalim terhadap yang ditegur.



Hati ini unik. Hanya apabila kena dengan gaya dan cara, baharulah ia terusik. Maka teruskan berbuat baik, siapa tahu, ada jiwa yang akan tertarik.






Monday, December 3, 2012

tersirat

Assalammualaikum....

hidup satu perjalanan...iman turun naik, pasang surut....hati berbolak balik...
baru mengecapi kemanisan, sekali lagi badai melanda....
Masalah, aku punya ALLAH utk berhadapan kamu...
walau rasa lemah dan longlai....

kawan,
kamu datang... kamu pergi...
kamu buat saya gembira, kamu buat sy sedih...
kamu beri sy harpn, kamu juga kecewakan sy....
xpelh, ini yg terbaik utk sy..
ini penyelesaian yg Allah beri tuk sy...

moga sy makin dekat dengan Allah.....