Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

WhoHAA,,, Free Points,... Free Gift...

Assalammualaikum...


Nie hak habaq mai, sekarang WhoHAA, ade nak bg points free...
Nak lebih lanjut kena tekan banner.. Then sign up... Boleh claim hadiah... Pernah join tak ipanel ke, survey.com ke.. lebih kurang begitulah. So sekarang dari 1 January -15 Februari leh collect points2 percuma based pada coupun dia bagi. Kena like fb page dia... Sebab dia akan iklankan banner yang mengandungi nombor kupon kat situ...

N pada 9 februari nanti kita boleh redeem Fujifilm Instax camera.. dengan hanya 15 000 points jea..
Tapi limited pada 9 pcs sahaja. So ape lagi, tekan banner dan sign up. Bukan senang nak dapat free2 jea..

Betul tak??? mana tahu rezeki anda....Tapi jangan risau kalau tak dapat yang ini, ada lain gifts yang boleh claim bila cukup points. Ok.. so reramailh sign up yea...


Nota: P/s: sape berjaya dapatkan Fujifilm Instax 8 Camera nnati bolehlah datang lagi dan beritahu....

Good luck you all.....

Wednesday, December 5, 2012

a good reminder


Memang benar orang yang DITEGUR atas suatu kesilapan atau ketidaksempurnaan atau kekurangan itu SEDANG DIUJI hatinya untuk menghadam teguran & nasihat itu tidak kira ia benar atau salah. Dia juga diuji bagi mengenepikan rasa terhina dan termalu atas kelemahan diri hingga teringin mencari alasan dan hujah balas.

NAMUN
 PERLU DIINGAT orang yang MENEGUR juga SEDANG DIUJI keikhlasan hatinya lantaran ia sedang dicucuk Syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia, lebih bijak. Dia juga diuji bagi melawan sukarnya untuk menyedari kemungkinan tegurannya tersasar dari kebenaran dan berlaku zalim terhadap yang ditegur.



Hati ini unik. Hanya apabila kena dengan gaya dan cara, baharulah ia terusik. Maka teruskan berbuat baik, siapa tahu, ada jiwa yang akan tertarik.






Friday, November 30, 2012

Thursday, October 4, 2012

Sunday, July 29, 2012

Untuk Bakal suamiku

Assalammualaikum....


Untuk bakal suamiku,
Wahai bakal suamiku, sesungguhnya dirimu amat ku nanti dalam perjalanan hidup ini. Di siang mahupun malam hari. Ku tulis warkah ini dari hati moga ia menjadi lakaran permulaan yang indah buat kita. Pertamanya aku ingin mengucapkan setinggi terima kasih kerana sudi mengambilku sebagai isteri. Terasa tidak lengkap kiranya aku hanya hidup bersendirian di alam ini tanpamu. Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu.
Semasa engkau melamarku wahai suami, masa itu syukurnya hanya Allah yang tahu. Air mata ini mengalir tidak terasa, mengalirkan kegembiraan penuh makna. Udara itu senang untuk digapai. Rasa yang tidak pernah ku alami. Hargailah aku selalu.
Wahai suamiku, rindu itu buah cinta. Jika ia tiada maka cinta tidak akan berbuah dan layu. Oleh itu hidup denganmu aku berharap rindu itu sentiasa bersemi. Biarpun terkadang diisi dengan air mata dan kesakitan. Namun, perasaan itulah yang sentiasa ada buat kita. Suamiku, bahtera yang kita bina ini ku harap sentiasa utuh dalam perjalanan kita bersama. Kau suamiku adalah pelindung dan pengemudi bahtera ini.
Aku berharap pengorbanan yang bakal kita lalui adalah merupakan pahit ubat yang menjadi penyembuh. Tidak aku pengharapkan pengorbananmu semahal nabi Allah Muhammad s.a.w terhadap Khadijah, mahupun seutuh kasih nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Ismail. Suamiku, pengorbanan itu sesuatu yang perlu di waktu susah dan senang. Kerana ianya adalah mahar segala janji dan mahar yang paling berharga daripadamu.
Suamiku, aku berharap cinta kita terikat bersama dengan cinta kita terhadap Allah. Jika berkurang maka ditambah, jika bertambah maka syukur. Di dalam hidup, aku berharap kepadamu tidak mengangapku terlalu sempurna kerana aku hanya insan biasa. Bimbinglah tanganku dalam melayari lautan ganas bersamamu. Sesungguhnya engkau adalah cerminan bagiku. Jika berjaya engkau maka berjayalah aku, jika gagal maka gagallah aku. Ya Allah, terima kasih kerana dia ada dihati dan jiwaku.
Sekian daripadaku,
Bakal Isterimu.








Wednesday, July 25, 2012

untuk awak....

aku sayang ALLAH....


Assalammualaikum......

Terkadang kita membiarkan hati pergi, pergi menjauh ke tepi muara. Ku pujuk hati, ku merayu. "mari dan mendekat padaku wahai hati, ke pangkuanku". Hati terus menjauh. Lantas ku pujuk hati dan ku katakan padanya "Setiap sesuatu itu telah ditentukan, sabar wahai hati". Hati lalu mendekat, suaranya sudah tidak lagi kedengaran hanya air mata menterjemah segala laku. Lalu hati berkata, "kenapa semua ini terjadi?". Namun tiada lagi kata bisa ku ucap, "maafkanku wahai hati".
















Ya Allah, hati ini telah lama berkarat, penuh dosa dan maksiat, Kurniakanlah kami hati yang baru yang Engkau beri padanya rahmat, Agar hati itu sentiasa berkilat, moga hati yang baru itu sentiasa sihat, dan moga hidup kami menjadi berkat."



Sunday, July 22, 2012

Recently hobbies





Assalammualaikum...

Selamat berpuasa semua.. Moga kita sama-sama dapat menjadikan Ramadan kali nie lebih baik dari sebelumnya... Amin....









Monday, July 9, 2012

Sunday, July 8, 2012

Thursday, July 5, 2012

cant b xplain

assalammualaikum...

Allah Maha Besar....

 maaf cinta utama,kerana kecewa hadir dlu dr tenang.
 maaf cinta utama, sy lemah lg dlm cinta kamu...
masih melatih diri meletak kamu di puncak tertinggi...


Thursday, June 14, 2012

sweet words again

Assalammualaikum...

Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya....
Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya....
Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya,
Jika wanita kaya yang dicari, ia bukan saya....
Jika wanita berpurdah dicari, ia juga bukan saya..
Jika wanita bijak dicari, ia bukan juga saya...

Tapi jika yang dicari wanita yang ingin dibimbing,
itu adalah saya...
Bimbinglah dan berilah ilmu agama..
Walau siapa pun anda....


Tuesday, June 12, 2012

ayat manis pengubat jiwa...

Assalammualaikum...

It's sweet when someone knows every single details about you.
Not because you constantly remind them, but because they pay attention.

You know my name, not my story.
You've heard what I've done, not what I've been through.
If you were in my shoes, you'd fall at the first step.

Wednesday, May 9, 2012

sy suka tapi saya berjaga-jaga...

Assalammualaikum...

Hari ini, H layan saya dengan baik.. Series, saya sangat terkejut sebab dia boleh layan saya baik... Dan saya pun bercakap dengan baiklah, bila orang bercakap baik dengan saya... Punya tak sangka, dia boleh baik dengan saya, sampai hampir blur sekejap saya pagi tue... Terfikir bahawa saya tersalah dengarkah atau kenyataan... Tapi memang betul, dia bercakap baik dengan saya...

So, saya suka.. Tapi ini membuat saya terkenang kisah lalu.. Di mana tetiba seseorang yang saya tahu sentiasa bercakap buruk mengenai saya di belakang, tetiba dia baik dengan saya dan saya pun menerimanya tanpa syak, dan akhirnya saya terluka lebih dalam apabila dapat tahu dia baik dengan saya hanya lakonan. Malah lebih hebat ditaburnya cerita...Maka dengan itu, saya berjaga-jaga... Berhaga-jaga agar tidak jatuh lubang yang sama kali kedua..

Ya Allah, lindungi saya dari hasad dengki manusia dan fitnah dajjal.... Lindungi saya dari terkena panahan jahat syaitan...


nota kaki: B sudah kata saya adalah biwi no 1 dia setelah kantoi dia telah berkahwin menurut kawannya... Dan saya hanya tergelak sahaja.... Cuma agak terkejut sebab dia beria menafikan dia sudah berkahwin....Malah kalau saya lihat umurnya, dia masih muda bagi saya...hehe

nota hati: Ya, Tuhan Maha Mengetahui untuk takdir kita... Jangan marah bila saya persoalkan soalan itu... saya cuma ingin tahu.... kita berbeza... kita juga sama.... Andai telah tiba masanya, mengapa harus dipersoalkan caranya... Ya Latiff, saya serahkan kepadaMU...^_^

Thursday, January 26, 2012

I'm Brave~~~



Assalammualaikum...

Saya terjumpa gambar nie di facebook, n I'm not a person yang sangat shared2 benda yang tak sure.. Tapi ayat tue sebenarnya agak menarik, maka saya letak kat sini... I'm BRAVE~~
Sekian....