Wednesday, July 25, 2012
aku sayang ALLAH....
Assalammualaikum......
Terkadang kita membiarkan hati pergi, pergi menjauh ke tepi muara. Ku pujuk hati, ku merayu. "mari dan mendekat padaku wahai hati, ke pangkuanku". Hati terus menjauh. Lantas ku pujuk hati dan ku katakan padanya "Setiap sesuatu itu telah ditentukan, sabar wahai hati". Hati lalu mendekat, suaranya sudah tidak lagi kedengaran hanya air mata menterjemah segala laku. Lalu hati berkata, "kenapa semua ini terjadi?". Namun tiada lagi kata bisa ku ucap, "maafkanku wahai hati".

Ya Allah, hati ini telah lama berkarat, penuh dosa dan maksiat, Kurniakanlah kami hati yang baru yang Engkau beri padanya rahmat, Agar hati itu sentiasa berkilat, moga hati yang baru itu sentiasa sihat, dan moga hidup kami menjadi berkat."
Sunday, July 22, 2012
Recently hobbies
Assalammualaikum...
Selamat berpuasa semua.. Moga kita sama-sama dapat menjadikan Ramadan kali nie lebih baik dari sebelumnya... Amin....
Tuesday, July 17, 2012
Monday, July 16, 2012
Segenggam tabah episod aku...
Assalammualaikum
Bertali arus dugaan tiba, Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis, Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara, Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora, Diredah bersendirian
Satu persatu dugaan datang.. Dalam memujuk diri bersabar... Dalam memujuk diri bertenang...
Ku cuba mencari hikmahnya....
Dengan HP baru dibeli yang masuk bengkel... dengan Hp lame hilang.... DEngan my lovely ayah masuk hospital.. Dengan masalah kenderaan lagi... Semua tue menyebabkan aku rasa stress, tension, sakit kepala,, bengang dan sebagainya...
AKu tahu pasti ada sebab dan musabab yang aku tak Ketahui kerana DIA (ALLAH) telah mengaturkan sebaiknya untuk aku....
Bukan aku tak redha, jauh sekali tak bersyukur dengan nikmatNYa selama ini, cuma aku lemah dalam memahami lagi semua ini.. Aku insan biasa.... Yang seringkali jua tewas dengan nafsu berja.. Yang seringkali tergelincir jua dengan mainan dunia... Yang hanyut jua dengan dusta si syaitan durjana,,,,,
Apatah lagi bila persekitaran tak menyokong.... sungguh, aku sangat tak berdaya..
Bagaikan camar pulang senja,Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki, Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan, Buat bekalan di perjalanan
Kau rawat luka yang berdarah, Kau balut hati yang calar
Ayah, saya akan pulang... Saya sedang mencari rezeki untuk semua... Ayah, maaf saya tak dapat kembali segera.. Masih ada urusan di sini.. Saya akan pulang setelah selesai... Jangan risau ayah... Saya akan jaga diri saya baik2 di sini.. Usah risau akan saya... Ayah jaga diri di sana....
Telah tertulis suratan nasibmu, Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu, Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu, Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu, Pasti bertemu tenangnya
Allah, semoga dugaan ini mampu ku harungi.. Allah, jangan jadikan aku hamba yang lemah ....
Moga saya mampu mendekatiMu dengan dugaan ini....
Wednesday, July 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
