Monday, December 19, 2011

Sanah Helwah ke 25 hijrah

assalammualaikum....

Jam 3.50 am, tanggal 24 Muharam 1408 hijrah, lahirlah saya di dunia. Disambut oleh bidan kampung dan juga keadaan panas kerana 'black-out'... Dan tinggal beberapa jam lagi untuk sampai pada 24 Muharam 1433 Hijrah... Maka tersangatlah ingin akan hati mencoret sesuatu memandangkan usia ini sudah hampir mencapai suku abad.....

Memandangkan umur saya akan masuk 25, maka rasanya sudah saatnya saya memikirkan ke arah alam perkahwinan (macamlah kamu tak fikir selama nie cahaya..ermmm....).  Bila menjangkau umur 25 without somebody, to be honest, saya rasa risau sudah... Hati mula berdetik, "memilihkah aku??, terlewatkah aku?? emmm" saya tak punya jawapannya kerana bagi setiap kisah saya yang tak berakhir hepi ending, telah saya ingatkan diri berkali2 bahawa ALLAH lebih Mengetahui yang terbaik..

Jadi memandangkan umur dah 25 yang orang anggap sudah selayaknya berkahwin, maka saya bercadang untuk serius memikirkannya sebelum saya benar2 dicarikan oleh ibubapa saya seperti yang saya jawab setiapkali mereka bertanyakan punyakah saya akan teman.....hehe ^_^

So, the first step:
 amalkan doa bertemu jodoh, from Darussyifa online~~

Sunday, December 18, 2011

Someone like you~~

assalammualaikum...

Asyik dengar jea lagu Adele--someone like you,.. rasa sayu tetiba... Terbayang semua kisah lama.. semua kisah yang tak kesampaian... hahaha...(gelak cube menipu lagi)=pp...

Meh kite tengok lirik lagu dia

Someone like you-- Adele~~~



I heard that you’re settled down
That you found a girl and you’re married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn’t give to you



Old friend, why are you so shy?
It ain’t like you to hold back or hide from the lie

Friday, December 16, 2011

Aku malu....

Assalammualaikum....

Buat pria itu,
sungguh indah perkongsian itu,
waima aku jadi malu sendiri...
mana bisa aku bayangkan aku tulang rusukmu yang hilang...

Pria,
jauhnya beda kita sekarang,
kau semakin ampuh berdepan hidup,
lalu aku pula semakin rapuh ditelan dunia,


Owh pria,


------- entry tergntung bila si pria sudah memilih lain...-------huhuhu

Thursday, December 15, 2011

a word to describe~~

Assalammualaikum

" Ya Allah, jadikanlah aku instrumen kasihMu, 
Di mana ada kebencian, biarkan aku menyebar cinta, 
Di mana ada hati terluka, biarkan aku menjadi penghibur, 
Di mana ada keraguan, biarkan aku menyebar keyakinan, 
Di mana ada keputus asaan, biarkan aku menyebar harapan, 
Di mana ada kesedihan, biarkan aku memberi kebahagiaan, 
Di mana ada kegelapan, biarkan aku memberi Cahaya ♥♥♥


Tuhan, dalam keresahan ini, 
masih ada senandung kesabaran menyapa,
dalam kebingungan ini,
masih ada irama redha berlagu...

Tuhan,
sungguh aku malu untuk meminta lagi,
bila aku sering memungkiri janji padaMu,
namun siapalah aku tanpaMu Ya Rahman,
yang tidak pernah sirna menghulur harapan....
Tuhan,
dalam tarian jemariku malam ini,
Ku berdoa kepadaMu,
temukan aku dengan pencarianku,
agar dapat ku temui damai...


Ya Salam.
sejahterakanlah hidup kami semua,
Bimbinglah kami ke jalanMu Tuhan...


Ya Kudus,
Sucikanlah hati yang telah tercemar,
Fitrahkanlah akal yang telah ternoda,
Bersihkanlah jiwa yang telah lalai,
Kerana aku hamba yang dhaif....

Ya Mujib,
perkenankanlah doa ini Ya Allah,
Kerana diri ini semakin rapuh untuk bertahan,
Semakin lemah bila terus diasak...

Ya Rasid,
ku serahkan segalanya kepadaMu....

Sungguh, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH~~~

Tuesday, December 13, 2011

Owh Anis Sofea~~

assalammualaikum...

Minggu lepas (11/12/11) saya balik Melaka sbb nak g walimah Liyana.. Dia nie kawan kerja kat M**** dulu.. N sebenarnya dia senior saya kat SAMURA.. Tue pun taw sebab add dia kat fb mse pas kenal2 kat M****... Then, tengok info dia, 'lah hai cnior ak penyer'.  hahahaha=p

Okay, so 10/12/11 petang selepas balik kerja, saya pun bergerak ke Melaka. Sampai around kul 8.30 mlm kt umah along. Malam tue gerhana bulan... tapi rugi sebab terlupa...huhu...sdey~~

Nak dijadikan cerita, along saya outstation ke pantai timur ngn utara, so masa sampai tue cme de kak long n Anis jer...Then, saya tanyalh kak long, esok die keje bila (Kak long nurse so waktu keje dia mmg tak tentu). then, dia pun cakap keje pagi.. then, saya pun offerkan diri jaga Anis as saya rasa boleh kot jaga budak kecik yang dah sangat kecoh skrg...

Pagi tue, around 6 lbeh, kak long dah nak g kerja, then dia ingatkn saya tuk jaga Anis... Okay, arahan faham..
Dalam kul 8 lebih saya pun basuh baju n buka fb jap n tengok tv... Tengah2 main fb tetibe terdengar, "aih, mne orang nie"


tidur~~


Wednesday, December 7, 2011

untuk Dia 3

Assalammualaikum...


Menanti saat dan masa yang DIA janjikan, kadang-kala membuat hati gusar.... Ya, kerana saya tahu saya tak sebaik kamu.... Apatah lagi persekitaran sekarang yang tidak menyokong....

Kamu, ingin rasanya saya meluahkan segala cerita agar kosong ruang fikir dan tidak menyesakkan dada... Namun, entah kenapa keperibadian kamu sekarang benar-benar mempengaruhi setiap tindakkanku...
Kamu, maafkan saya bila saat kita bertemu semula nanti kamu lihat saya telah jauh berubah...

Friday, December 2, 2011

Titipan untuk dia 2~~~

Assalammualaikum....

Saya perhatikan dia lagi... Betapa jauhnya saya dengan dia sekarang... Dia masih lagi study... Malah menjadi YDP bg pelajar Malaysia ... Subhanallah, betapa dia telah berjaya meninggikan martabat dirinya... Jauh di sudut hati, terbayang kisah lama.. Tidak, kami bukan couple... Kami tidak bercinta....