Friday, March 18, 2011

Andai lelaki tahu.... ~~~

Assalammualaikum....

Hari nie dilanda demam.. suspcious to being dengue.. but i thought it was because my body was tired as had to work 12 hours..huhu..tapi sempat jugak menjengah alam maya... Sempat gak wat copy n paste bla rasa tertarik dengan artikel nie~~~


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu.
.Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


My personal view.--- Perempuan dan air mata, adalah sinonim... Menangis bukan kerana lemah.. Bukan untuk meminta simpati.. Tapi saat itu, mereka tak mampu mezahirkan apa yang dirasa dengan sebaiknya.. Hanya air mata yang bisa dikeluarkan sebagai ganti kata2 yang tak terucap...

nampaknya, dapat komen 1 jer, kepala dah semakin berat.. Masa untuk berehat.. Len kali saya sambung ~~~
Sekian...


 

Monday, March 7, 2011

tentang abang~~~

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, dah masuk bulan ke 4 saya di department baru... Means dah hampir sama bulan di department lama.. Eh, lebih sikit kot.. Kental jugak jiwa saya nie..Haha.. Berkali-kali nak lari, tak lari gak.. Macam ade jodoh jer kat situ.. Maksud saya dengan kerja di sana..Bkn individu k. Tapi kalau gn individu, xtawlah pulak.. Sebab xterpikir ke situ..hurm~~

Kali nie nak tulis entry tentang abang yang saya selalu cerita.. Dia atas saya wat masa nie.. Sbb akn datang saya nak jadi atas dia,. Hehehe=pp InsyaALLAH..(^_^)
Sepanjang saya di department baru, dialah yang banyak menolong saya. Sampai saya rasa if dia pergi tinggalkan saya atau dia dah xback up saya lagi, saya akan pergi.. Apatah lagi sorang lagi back up saya akan tinggalkan saya jumaat nie.. Huhuhu..

1/3/11, abang berjaya wat saya senyum n bersemangat semula... Saya sangat down hari nie.. Entahlah kenapa dan mengapa... May be saye sdih sgt.. Nak cuba hepikn diri pun xleh.. smpai menngis saya dibuatnya..haha... Malunyer..
"ko nie menyanyi sbb gmbira ke sdih.."
"gembire bang, gmbire...."smbil air mata kuar..hahaha=p
Then, dia pujuk saya,motivate balik saya dengan kisah dia.. Segan giler waktu nie sbb tak berjaya kawal emosi...

2/3/11
hari nie mood dia agak x baik waktu pagi.. May b, saya ada wat salah a smpai dia kne tegur..
Saya rase saya tahu!!
Tapi sebelum balik, dia dah okay...Haha..
I know why,, but I dont want to share about this...

4/3/11
hari last back up lg sorg..
gduh ngn abang... asik cr psal jer,,dhlh tgh sdey sbb nak kena tinggal..
bile bengang, trus cakap, nnt saya anto resign cam dia...
"ha, tue lh ko.. skit2 resign.. skit2 resign..."
Mulalah, dia marah2 n kutuk saya..
Apaun saya tahu niatnya, dia mahu saya berhenti cakap pasal resign..
last ayt dia,
"sepatutnya orang mcm korang nie xyah berhenti.."
full stop.. dia diam sahaja..
ayat ditujukan pada saya n back up yg last day..huhu

5/3/11

Hari nie saya tak bawa topi g keje..(sarung kepala)
masuk2 tempat keje, try pinjam akak2 nyer punyer..
Diorang pun tak bawa...
dengan muka kesian, cakap kat abang nak balik umah..dengan tangan memegang kepala, menunjukkan ketidak bawaan topi......
so, wuts appen, dia pinjamkan topi dia... hahaha...
Keadaan line dah ok, g meja depan.. Abang menggeleng kepala sambil berkata',macam mana lah ko leh tinggal topi...'saya tersengih jaa...
Petang, selepas berdebat lagi.. Saya pergi terus tempat lain..
thats my way...haha=p Konon2 majuk a kan.. Sebenarnya wat keje len.. Sbb nyer malas nk amek ati tang bende remeh nie.. Apatah lagi, sy rase dia dah banyak tolong sy.. sy sangat menghargainya~~
Dtg2 lagi, cakap2 lagi then saya diam jer..
Pas tue dia cakap, "cahaya, kalau ko marah ngan aku ko luahkan.,. Ko jgn pendam jer..."
Nie mesti kes tengok aksi ak mse tgk pekerja wat slah..Ak diam jer, tapi muke berubah...huhuhu...

Banyak lagi kisah saya dengan dia.. saya menulis kisah ini, supaya saya tak lupa akan apa yang dia buat untuk saya... Saya menulis tentang ini kerana saya mahu simpan kenangan ini sebagai panduan saya akan datang....  sayugia diingatkan, dia seorang suami, malah dia seorang bapa.. Tolong jangan salah faham tentang hubungan saya dan dia.. Dia menjaga saya atas dasar kami umat islam.. Dia menjaga saya seperti abang menjaga adiknya... Dia menunjukkan saya atas dasar kami 1 bangsa.. Dia ingin jadikan saya kuat.. Dia mahukan saya tabah berdepan dugaan... Dia mahu saya matang dalam membuat keputusan...

Buat Abang tersebut,
terima kasih kerana bersabar menahan karenah saya yang tak matang macam usia...
yang tak jemu memberi semangat dan dorongan..
yang menghulurkan tangan saat saya jatuh,,,
yang memberi tanpa perlu dipinta,
yang mengalah bila melihat kesuraman pada wajah saya...
yang memerli untuk tujuan membina.
yang mengkritik utk menjadikan saya kuat,
yang marah untuk menabahkan saya,
yang berlembut untuk mengatasi ketegangan saya...
yang sanggup mendengar apa jua saya cerita
walau yang saya dpat bidasan hebat..
supaya saya lebih ampuh...
lebih tabah, lebih memahami kehidupan sebenar,

saat saya rapuh di sana,
tanpa jemu memanggil semngat saya pulang.
saat saya rasa keadaan sudah terlalu menekan
tanpa putus asa menyeru dasar perjuangan hidup..
saat sata kebuntuan,
tanpa minta, kau berikan panduan,
Katamu, Anggaplah semua ini dugaan...
Kalau mereka fikir begitu, kau buktikan sebaliknya....

Terima kasih abang...

May b, 1 day abang akan baca post nie... Anggaplah entry nie sebagai penghargaan saya untuk abang.. Kalau waktu nie, saya dah berhijrah tempat lain, anggaplah entry nie coretan seorang budak kecik yang baru mengenali kenyataan hidup..
Andai waktu nie, saya telah tiada anggaplah ini bingkisan terakhir wat  abang...
Saya sangat menghargainya~~

Lately, bila saya cakap pasal plan future, abang mesti kata, kalau panjang umur cahaya~~
Abang buat saya risau~~~~Ya ALLAH, tolong lindungi dia dan keluarganya.. Murahkan rezekinya...
Amin..^_^

Thursday, February 24, 2011

Aku pressure...

Assalammualaikum....

First, saya bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati hidup...Dapat rasa lagi nikmat makan, minum, bernafas dan lain2...

So far, hari nie saya kena marah lagi...lalalalala~~ Ikutkan hati nak jer mulut saya nie menjawab..Tapi sebab aku dh kate
1st rule kerja= BOS IS ALWAYS RIGHT,
2nd rule--- If BOS WRONG, BACK TO D 1st RULE...

So, angguk2.. geleng2... hahahaha=p
Makan dalam nie.. AkU bukan ape  (eh, tukr dh gnti diri).. dia marah aku ttg 1 bende.. Sedangkan dia nmpak man power pun xcukup.. Xkan aku nk bior line stop.. So, wat yang priority..
Dahlh abg yang sayang saya xde.. Kalau dia ade, mesti dia tolong back up... Sebab dia taw saya pasti diam jer..Tapi sebenarnya geram... Waa, saya nak keje same shift dengan abang.. NNt abang back up saya kalau adik dia yg nakal nie lost..huhu...

Alkisah begini, pagi tadi manpower xcukup.. AKu dengan besar atinya meletakkn diri menjadi minah kilang...ahakz~~maksud aku jadi pekerja am.. So, terpakse lh postpone kerja ak.. Sebenarnya, ak xwat date code jer lagi... Tapi aku dah surekn yang diorang guna raw mate yang betul n semua barang betul tmasuklh date code printer.. Cuma ak tak hitamputihkn lh... Aku diam jer masa dia mrh2.. Then, lalu sorg akak tue. kirenye partner ak keje, cakap.. "Dia masuk line lah tadi" Bos diam jap.."Orang tak cukup"
Bos aku berfikir jap, sebelum kate "papepun, awak kena wat bende tue dulu.. Masuk keje kul bape.. masuk awal n wat dulu.."
Dalam ati aku, 'dah malu lah tue...xnak ngaku salah plak tue'.. Dasar BOS..hahahaha=p
whateverlah.. yang pasti ati aku dah mendidih dah.. Nak jer pergi..
Sabar cahaya sabar....Bos tengah tertekan lalu menekan aku dan yang len..
Waa, bila hero mau muncul selamatkn heroin???

Tuesday, February 22, 2011

Masih ada???

Assalammualaikum....

Kali nie mahu menari tinta tentang tempat baru...  So far okaylah... Tapi kalau boleh nak cari tempat baru..hehehe=pp

Orang dengki?? no komen...
Bayangkan kalau punch card saya setiap hujung bulan jea hilang... tiap kali nak kire gaji jer hilang... korang tak rasa pelik ker..
Sampai abang yg sayang saya.(statement xleh blah), pun pelik..hahaha=p
Ayat dier, "orang lain keje bertahun-tahun, tak pernah hilang... Ko keje xsampai setahun, dh 5-6 kali hilang..."
"abang nie, mana saya taw,,, dah saye dtg xde... Bukan salah saya.. Saya pun xnak ilangkn lh.. Saya ingt lh, saya letak kt mane..."
dan dia hanya yersengih penuh makna... saje jer nak buli saya,,,
alamak, lari dari pointlah...
sebenarnya, saya nak cerita tentang nie...
Tadi ada sorang nie, partner keje kat tempat barulah..
saya tanye macam nie,
"S..., esok keje?"
"kejelah.. Kitaorg memang keje...bla,bla,bla...."
Then, dia sambung lagi yang diorang memang keje pun selama nie... Eh, apekah...Adakah dia ingat ak nie nk sangat ke keje waktu PH...nak sangat keje lebih2 masa..
Tolonglah... ak cume nak cari rezki yang halal.. Bukan senang nak senang... Bukn susah nak susah....
Ak rase memang dugaan ak dalam hal kerja nie memang besar....
Dan memang ada hikmahnya... Cuma susah untuk ak bertahan kadangkala...
sangat susah!!!
Tapi ak sangat yakin 1 perkara, ALLAH tak jadikan sesuatu sia-sia..
Even ak sakit, aku percaya, DIA dah sediakan hikmahNYA... ak cuma perlu menerima dengan terbuka..
Bohonglah, kalau aku tak mengeluh, tak sedih.. Tue bermakna aku manusia biasa kn.. ada hati n perasaan...
huhu..
Anyway, ak dh sgt bersemngat nak g nie.. Kalau korang ada keje kosong, leh a gtaw ak.. hehehe=pp

Saturday, February 19, 2011

aku tahu aku sayang kamu....

Assalammualaikum...

Hari nie hari ke3 dapat balik awal... Sebab dah asyik OT jer sampai orang dah kata, xperlulh OT.. Limit..
hahaha=p May be lh... Tapi aku memang suka balik awal skrg.. tak serabut2...huhu... Sebab gileer banyak betul perkara yg berlaku.. Ak nk surrender pun ade, tapi hati mcm kate, sabar dulu...hehe=]

anyway, aku nak cerita yang aku rasa aku sayanglh wif this guy.. Tapi aku tahu sayang aku nie may be hanya teman sbb dia dah ada yang punya.. haha.. Mcm biasalah, even aku suka kat mne2 guys pun, if aku tahu dia dah ada yang punya, aku xkan masuk line punyer.. Nielah sikap aku dari dulu sampai sekarang.. Sebab tue ramai dak laki ingt aku nie ego n sombong.. Whateverlah..Aku cume nak protect kaum sejenis ak yang lemah jer.. Ak xsanggup lukakan ati diorang...tapi sbb XSANGGUP Aku nielh, ak banyak kali terluka gak kerana kaum sejenis.. Sbb ak akn cuba menerima pe jer diorg wat ssehingga aku yang makan ati... hahaha.. Giler teruk protect kaum sendiri yang lemah, tapi lupe diri sendiri pun lemah...hurm~~

Eh, ak nk citer tentang guys tadilah.. Xceli sekarang peluang aku makin tipis kot... sebab ak dan dia dah jauh sgt berbeza.. Dari jarak, 4 surelh.. Dahlh, ak nie bkn jnis yg baik sgt ngn laki... Mcm xcayekn.???. Perangai huhahuha, tapi bab lelaki, surely ak failed.. Hahaha.. percaye x??=pp~~

abis guys tadi?? Aku cuma nak beritahu ak sayang thats guys jealah... Tapi kami xde jodoh... Even dia xmarried lagi, ak xnk ak jd perosak hbgn dia ngn temn dia skrg... Walau aku tahu dia pernah sayangkn aku,(perasan x???)^-^, tapi dia xsabar dengen cara aku... bagi aku, biarlah dia pergi.. even aku dah mula a konon2 nak terima,, tapi sebab dia xsabar, aku redha... Dia bukan milikku.. Tapi, kita tetap leh sayang kn??? hehehe.. nak jugak~~

Apapun, wat dia.. kalau kamu terbaca blog nie maaf yea kalau terasa...Kisah kita berakhir sebelum sempat ia bermula...Dan aku telah terima segalanya.. tapi bukan mudah untuk aku lepaskan kenangan terindah... ahakz~~~...
Saat kamu memberi harapan namun kamu jua yang menghampakan.... Aku benci ingat part nie, tapi bende nie gak aku ingat.. Aku ingat kata2 yang mane kehadiran aku sgt penting utk mjlis perkahwinnmu nnt.. saat itu, aku sudah mula mahu menerima sebelum aku terpana dengan berita duka...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~
 4 kamu... By TEJA= Kau yang tak mengerti~~
" kau pergi, bukan ku benci , tapi kau yang tak mengerti..."



gambar hiasan,,,, cara hepikan diri..hahahaha=pp

Tuesday, February 15, 2011

is not good okay....

Assalammualaikum...

Salam mawlid semua.. Moga dengan cuti sempena kelahiran Baginda S.A.W. mengingatkan kita yang seringkali jauh dari ajaran baginda.. Yang sering culas dalam mengamalkan sunnahnya... Maafkan saya wahai kekasih ALLAH, sayalah salah seorang umatMu yang lemah... Yang alpa. yang culas...
huhuhu...

Mood seriesly x okay... Hari nie saya kene keje.. Then, waktu dah nak balik, saya gaduh dengan seseorang.. Macam hiperbola plak.. Ok, saya xgaduh dengan dia, tapi terase ati jer kot...
Dia marah pekerja lain.. Then, kemarhn dia tue sampai terkena tempiasnyer kat saya... So, dahlh ari nie banyak bertekak ngan dia.. Bila dia kutuk U saya..

Boleh imagine x, macam mana saya berdebat dengn dia bila dia salhkn U saya dengan apa yang saya lakukan.. Then, sibuk2 wat keje, lupelh.. Sekali nak balik, dia mengamuk dekat pekerja... Pas tue, waktu saya nak balik, sya tegurlah macam biase... Dia masih x okay lagi, senyap jer... Ape lagi, niat konon2 nk temnkn dia stay terus ilang... angkat kaki terus....
p/s-- dalam marh2 dia tue, sempat plak pinjm liquid paper n amek sendiri dr pencil case.. hahaha=p
Confem, esok klu sy wat xtaw kt dia, mesti dia terase... Tuelah, sape sruh kcikkn ati saye...Dahlah saya xdpt bercuti lngsung sejak naik CNY... mestilah bengang~~~~
 keje direct xkire hjg minggu n PH...huhuhu

Friday, February 4, 2011

kita berbeza~~~

"Susah kalau dapat menantu macam kamu..."

tetibe aku terluka dengar ayat tue... Even aku senyum... Tak bermakna aku gembira.. Yea, pandangan tiap orang berbeza... Tujuan aku menolak kerana aku tak mahu kehadiranku mengganggu mereka..
nak jer ak jwb--"Jangan risau,  makcik.. saya pun tak nak jadi menntu makcik.. saya xberkenan pun ngan ank makcik!!!!" Full stop....

Makcik, kenapalh dtg utk lukakan saya... saya dahlh memang terluka nie... Adoih...

'bertali arus dugaan tiba, menakung sebak air mata...namun tak pernah pun sebutir, gugur berderai di pipi... '
dh berderai2 nak gugur nie.... Ya ALLAH, kuatkan semngt ku untuk terus bertahan... Dalam setiap lngkhku biarlh ada redhaMU... AMin...

syshhh.... jangan kacaw!!! emosional nie...

Mak, saya mahu kahwin cepat... Saya tak mahu terus terluka lagi dengan kata2 orang.... huhuhu=((

waaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~~`