Hari ini ada pelbagai cerita yang berlaku. Mengimbas kembali kisah yang pernah dan ingin diri lupakan. Bercerita kembali tentang kisah diri yang menyakitkan.Sungguh saya tak mahu lagi mengimbau kesakitan ini. Ya, saya tidak cukup kuat sebenarnya. Saya sudah puas bertahan. Sudah puas menjeruk rasa. Kadangkala saya rasa saya tidak harus memendam segalanya. Semuanya harus diluah. Tapi bagaimana jika luahan itu bisa melukakan hati orang?? Bagaimana jika hakikat itu bisa memusnahkan kebahagiaan orang?? Saya tidak tega..Sama sekali tidak. Walau saya terluka, walau saya terhina kerana bagi saya. bila kita melukakan hati orang hari ini, maka balasan akan kita terima juga nanti.
Kadang-kadang ada bahagian hidup kita ingin jadi rahsia, kadang-kadang ada bahagian hidup kita ingin jadi lupa. Bila tak tertanggung rahsia di dada, pesanlah pada angin agar dibawa rahsia itu bersama awan tingginya.
Maka sebab itu saya selalu mengalah. Mungkin saya boleh cedok sedikit lagu kump.Kertas..Kekasih yang tak dianggap..
"sebagai kekasih yang tak dianggap aku hanya bisa,
mencoba mengalah..menahan setiap amarah..
sebagai kekasih yang tak dianggap, ku hanya bisa bersabar..
ku yakin kau akan berubah..."
Jangan salah anggap.. saya hanya meng'copy n paste' ayt lagu tue.. Not really means with that 'kekasih' words..Lagipun, antara sedar atau tidak.. sekarang nie mcm cash jea setiap perbuatan kita. Esp. bl kita wat salah..Mungkin hari nie, kita telah menyakitkan hati orang...wat orang terluka..Then, esok ade orang wat kita plak. Atau kita alpa dalam menunaikan tanggungjawab kita, sebagai hambaAllah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai kawan, sebagai pelajar n etc...Kita akan diingatkan ttg kealpaan kita dengan pelbagai cara. Kerana DIA tahu kita ini hamba yang bersifat alpa. Antara kita sedar atau tidak sahaja, sedangkan DIA sentiasa beri peringatan..
Apapun,saya akan terus begini. Menahan dan meanggung beban rsa ini. Moga suatu hari DIA akan temukan saya dengan insan yang mampu memahami tanpa perlu saya meluahkan. Insan yang mengerti walau hanya dengan senyuman. Insan yang setia mendampingi tika mereka menjauhi. Insan yang mendengar dengan mata hati bukan mata duniawi...Dia, insan yang kudamba dalam doaku..
Buat mereka yang terus menghukum dan menyebabkan saya terluka, tersiksa n ter... segala..Moga kamu tahu sayang sesama manusia, sesama saudara yang menyebabkan saya rela begini. Untuk apa merebut pada benda yang belum pasti. DIA sudah aturkan segalanya untuk kita. Saya sudah selalu mengalah.. maka saya tidak kisah untuk mengalah lagi kerana kamu. kerana kamu saudaraku~~
p/s sangat penat mengemas lab.. Pada mereka yang wujud macam xwujud, pada mereka yang tak mengerti makna kebertanggungjawaban...Sedarlah..Seperti yang selalu saya dimomokkan 'tidak baik makan darah kawan'... Renung-renungkan~~~
No comments:
Post a Comment