Memang benar orang yang DITEGUR atas suatu kesilapan atau ketidaksempurnaan atau kekurangan itu SEDANG DIUJI hatinya untuk menghadam teguran & nasihat itu tidak kira ia benar atau salah. Dia juga diuji bagi mengenepikan rasa terhina dan termalu atas kelemahan diri hingga teringin mencari alasan dan hujah balas.
NAMUN
NAMUN
PERLU DIINGAT orang yang MENEGUR juga SEDANG DIUJI keikhlasan hatinya lantaran ia sedang dicucuk Syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia, lebih bijak. Dia juga diuji bagi melawan sukarnya untuk menyedari kemungkinan tegurannya tersasar dari kebenaran dan berlaku zalim terhadap yang ditegur.
No comments:
Post a Comment
Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))