Saturday, November 24, 2012

kisah dan cerita (7)

Assalammualaikum...


1) Ada orang cuba curi ambil gambar saya. Motif?? ingat saya tak perasan ke En?? Saya buat-buat tak tahu sebab saya tahu kalau saya buat saya tahu En akan menimbulkan masalah dengan saya. Pengalaman sekali terkena membuat saya berhati-hati. Sampai sekarang masih saya ingat, setiap ayat yang pernah En tulis yang membuat saya terluka dan mengerti bahawa lelaki seperti kamu mempunyai ego tinggi tapi tidak mengukur baju di badan sendiri.
nota: jagalah hati isteri En... hargai setiap yang dimiliki....

2) Ada aku kisah kau nak buat propaganda terhadap aku? Motif?? Jangan fikir kerana kau dapat sokongan dia, kau baik dengan dia, kau pandai ambil hati dia, aku tak boleh marah kau. Kalau kau salah, kau tetap kena marah. Kalau kau buat hal, aku memang akan ignore kau. Tapi kerana aku kasihan kawan aku, aku cuba bertenang, tapi kalau sampai kau gaduh dengan kawan aku, kau buat cerita lagi pasal kawan aku, sampai kawan aku jadi mangsa, aku akan buat tindakan untuk betulkan keadaan.

3)Ada 3 orang pekerja baru datang dari Nepal. Ada seorang pekerja Cina baru masuk. Salah seorang pekerja Nepal baru tergolong agak pandai. BI dia quite good. Ada sekali dia buat action macam harimau mase aku tanya siapa suruh pack tomyam..
N: "that pregnat woman with ngaum...."
Me: ha??
N: dont say with her...
macam-macamlah korang.
The chinese boy is quiet and shy person..... A little bit weak sampai tak sampai hati nak suruh dia buat kerja berat-berat. Dia dah kehilangan emak dia since umur 3 tahun... Sekarang tinggal dengan ayah dan nenek dia.

4) Dia dah pandai respect aku. Mungkin dia gembira aku layan dia baik. Cuma dia tak tahu aku mungkin akan tinggalkan dia tak lama lagi. Sekarang aku cuma berdoa supaya ALLAH tunjukkan aku jalan yang benar. Sebab aku rasa aku banyak sangat dosa sampai aku keliru antara nikmat dan ujian. Ampunkan dosaku Ya ALLAH. Berkali memohon ampun, namun masih jua seringkali tertewas dalam melewati hidup.

5) awak, setiap kali saya berfikir tentang seseorang, awak akan muncul dalam mimpi saya... Dan mimpi yang terbaru ini menyebabkan saya semakin penasaran dalam mentafsir semuanya. Awak hadir untuk menemui wali saya. Awak sanggup menunggu untuk berjumpa mereka. Tapi kenyataan sekarang, awak tak bagi saya hint apa2... Bagaimana harus saya lakukan?

6) tak dapat derma darah sebab kekurangan zat besi lagi.... oh no... huhu

No comments:

Post a Comment

Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))