Friday, November 9, 2012

Di antara 2 cinta

Assalammualaikum....

Hujan renyai di luar seakan senada dengan hujan air mata yg mengalir... Asiffah jiddan wahai hati... wahai nurani... Tak mampu ku luahkan secara zahirnya... Kerana hanya pada yang satu, aku mempercayai......
Dalam titis yang mengalir, ku luahkan sedikit demi sedikit beban di hati pada DIA.. Hanya pada DIA....
Cuba memaknakan cintaNYA.. cuba meraih cintaNYA... Biar terlalu berliku bagi insan kerdil yang masih ketandusan amal ini...

Pergilah... buanglah rasa ini jauh-jauh dan jangan kembali.... Kita berbeza... Malah kita akan melukakan banyak pihak... Untuk saat ini, untuk tika ini, saya hanya mampu katakan tidak... Biarlah kehilangan sekali lagi dari penyesalan di belakang hari...

YA ALLAH,

Kau mengetahui yang aku zahirkan dan aku sembunyikn...
Maka aku berdoa padaMU ALLAH...
Kembalikan cintaku kepadaMu..
Bantulah aku melepaskan semua rasa yang tak sepatutnya....

Berikan daku kekuatan hati, kecekalan, dan ketabahan dalam melalui ujian ini.. Bersihkan hatiku dari segala prasangka dan sifat mazmumah dalam menilai manusia.. Ingatkan bahawa aku hanya hambaMu... Tidak layak menghukum mahupun menilai sedang diri sendiri masih merangkak menuju cintaMu...

Terima kasih kerana hadir...
Ku tahu kau sebahagian dari warna kanvas hidupku,
Biar warna ini akan luntur dibawa zaman,
Namun masih ada kesannya yang ditinggalkan..
Kadangkala ingin sahaja ku lupakan realiti...
Berada di alam mimpi untuk merealisasikan segalanya...
Tapi tak berdaya menipu diri sendiri...
Kerana itu aku membuat keputusan
Demi untuk satu persaudaraan......

No comments:

Post a Comment

Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))