Tuesday, October 23, 2012

kisah dan cerita (ii)

Assalammualaikum...

1) Semalam buat ADC, BCC n Chicken strips, pagi2  dah kena kerah turun naik tangga pasal ingredients, and siapkan untk H& S punya bahan.. Lepas tue stay kat bhgn production melihat sambil menghulur tangan sekali..... Memandangkan saya puasa, maka dengan beraninya saya berkata,
" kakak, ari nie 1 batch jea ye......."
"apa yang satu batch?"
"erm, rehatlah kakak.. kita rehat sama-sama semua......"
Dia setuju walaupun aku rasa dia nak wat 2 batch, 1 rehat, 1 wat keje.. Banyak nakal n songeh punya pekerja adalah aku....Sori kakak, saya penat... Saya dah tak mampu berdiri lagi...

2) After lunch, aku turun semula lepas solat, aku turun2, little bro tengah wat premix.. Tetiba dia panggil aku, then tanya berapa perlu tambah, aku cakap jea lah berape... Tetiba Jackie jumpa aku dan cakap, nie bukan utk H& S ke?? Alamak, aku terus blur... Setelah berbincang dan memberitahu masalah kepada pihak yg berkenaan, maka diteruskan sahajalah seperti yang telah dibancuh oleh little bro.. Ptgnya, little bro soal aku kalau aku kena marah dengan yang berkenaan atas kesilapan dia....Aku cuma tersenyum n kata sekali sekala kena marah itu normal.... wah, bio betul aku jawab cmtue.. hehe

3) "hei, little bro, u banje sya makan kfc boleh?"
"tak boleh.."
"ha, tak boleh?? why??"
"then my brother kill me"
"owh, ok, then i will kill ur brother first...."
p/s: someone say in low voice, his brother is ur darling, big bro.... aaa, abislah sure dia marah lagi...

4)he says that i make his broken heart .. But i deny, I didnt do anything, why say I like that...Then, during i help wash d trays, d litle bro call me and said that he want to asked a question but me must promised not to angry... He said that I was did wrong. I make his big bro had broken heart. He was so sad n he also sad with what i doing... But I dont know what.... Oh ALLAH, please guide me in this case....

5) Aku BENCI orang yang tak paham dengan perkataan JANGAN SENTUH.. Sory, saya bukan baik sangat tapi saya rasa itu tak bagus walaupun berlapik.. Ko ingat, aku pakai glove, ko pakai glove, ko boleh pegang aku sesuka hati??? Silap besar encik... Aku bukan perempuan begitu.. Please respect me.... Kalau ikutkan emosi aku, aku nak baling jea ko dengan sos2 yang ada, tapi dalam amsa yang sama akal waras aku masih boleh berfikir, jangan terlalu radikal dalam mengambil undang-undang...

YA ALLAH, ku mohon petunjukmu.. Berilah aku hidayah tentang jalan yang terbaik untukku....amin...

Monday, October 15, 2012

kisah dan cerita (i)

Assalammualaikum...

1) Tangan aku masih sakit lagi sebab sangat sakan bermain badminton pada Sabtu malam yang lepas bersama Jackie, Alex, jay, anim n Anne... Terasa nak pergi berurut sahaja tapi tak tahu dimana plus mesti kena charge mahal maka mempertahankan segala kesakitan sehingga aku balik raya haji nanti.

2) Tadi keluar old town, masa aku tengah nak pack balik breaded chicken chop tetiba saja lori tue bergerak, aku hampir terjatuh atas jalan raya sebelum diselamatkan Arjun Rampal... hehe..

3) Dia macam marah macam bengang macam takde pape.. Tapi bila aku marah, dia jadi serba salah... Maka aku kena senyum balik sebab aku tak nak dia sakit hati.... okay....

4)aku sangat bersemangat sambung belajar, maka aku pun dah isi borang sambung belajar master....hehe.. Moga2 dipermudahkan.. amin~~~

Tuesday, October 9, 2012

cerita aku & mereka

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, semenjak aku cuba niatkan aku nak jadi baik, malas nak sakit2 hati.. Kurang sikitlah tekanan aku... Rasa tenang sedikit dan gembira jugak walau kadang-kadang aku sakit lagi... ahaha... Memang susahlah nak pujuk hati nak ikhlas dan redha nie.. Tapi aku takkan putus asa, sebab kata nak jadi hamba ALLAH terbaikkan... ^_^

Kawan aku dah pass kat aku kertas CT scan head dia...Okey, adalah tulis camnie, calcified granuloma in brain... Aku apa lagi, pas kat aku punya kak long pasal benda nie semua...Nak tanya kebenaran kata-kata kawan aku. Kak long pun menerangkanlah.. Ada yang jenis bahaya ada yang tak n so on...
Tapi aku tak sempat nak soal siasat kawan aku nie sebab aku dah kena undergo training utk 3 hari...

Semalam gak, kawan baik dia pi jatuhkan 1 batch ayam kat lantai... Series, ak tergamam... haha..
Tak pasal-pasal aku kena salahkan dengan Awang... Pandai pulak kawan dia jawab, "u make me crazy cahaya, thats why jatuh"
Banyaklah songeh.. Dah ko tutup tak betul, aku pula yang kena.. Mujur bos atau madam or mana2 management tak masuk.. Kalau tak habis lah... hehe
Tapi aku suka gak sikap tanggungjawab kawan dia,
"If bos ask u anything, say it was me.. I will answer"
Aku hanya mampu tersenyum....

Semalam gak lepas aku dah dapat kertas tue, aku entertain diorang macam biasa... Dia nampak gembira bila aku tersenyum sahaja... Alhamdulillah, jika senyuman aku mampu gembirakan dia.... Cuba menjaga hubungan baik sesama manusia.. Pada yang tak mengerti, aku cuba menerap sifat sabar dan bersangka baik...Mereka mungkin tidak tahu kerana itu bersikap begitu sedang aku tahu maka aku tak boleh bersikap
begitu...

Modus operandi adalah ingin memberitahu Islam adalah agama mulia  dan lengkap sempurna jika diamalkan dengan betul..  Kerana itu aku cuba menerapkan dalam diri sendiri, cuba melatih diri sendiri....

nota kaki: aku hantar dia balik ari nie sebab ujan... dia dengan kawan2 dia... Of course, dia yang dapat kelebihan duduk depan cmpare to others.. senget punya kawan2... haha


Monday, October 8, 2012

Thursday, October 4, 2012

Wednesday, October 3, 2012

.... dan dia ada brain tumor...

Assalammualaikum...

Kebelakangan ini aku semakin terasa sendirian.. Maaf, saya bersedih dengan dugaan ini. Barangkali ini semua untuk menebus segala dosa dan kekhilafan saya.. Saya hanya manusia biasa... Yang cuba menjadi sebaik-baik hamba, namun jalan yang ditempuh bukan semudah yang dibayangkan.. Ampunkan saya ALLAH...

Lalu, hari2 yang ku lalui sekarang, aku hanya menggunakan pendekatan berkata baik atau pun diam, lalu ku pilih mendiamkan diri kerana hanya itu yang mampu ku lakukan sebelum kata-kataku mengandungi amarah dan emosi yang meluap-luap seperti gnung berapi yang sedang memuntahkan lavanya......
Lalu, hanya pada beberapa orang tertentu yang bicaraku terlontar keluar kerana lebih ramai yang akan memusingkan apa ku cakap berbanding perkara sebenar.

Dan hari ini, hari ketiga setelah ku pasangkan niat dan doa,

“Ya Allah jadikan lah hatiku sebaik-baiknya hati yang dapat merasakan apa yang dirasakan orang tua ku, ahli keluargaku,saudara-saudaraku, sahabat ku, teman ku dan orang – orang disekelilingku agar aku tak mampu membuat hati mereka tersakiti oleh ucapan dan tingkah lakuku. Agar aku selalu dapat membuat mereka tersenyum bahagia, sebagaimana itulah yang selalu mereka lakukan untuk ku.”

Maka dari hari pertama aku berjaya tersenyum sahaja dan hingga ke hari ini, aku masih berjaya mendiamkan diri.. Syukur....

Dan dia jua tersenyum melihat aku tersenyum... Dia sangat gembira melihat aku tidak berduka.... Dan aku jua gembira melihat dia tersenyum dengan senyuman ku walau sebenarnya ada kalanya aku rasa aku hanya mencipta senyuman demi sebuah ikatan.....
ALLAH, terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku..

Namun hari ini, aku dikejutkan dengan dia... Dia mempunyai brain tumor dan jangka hayat hanya 4 tahun... 
Antara rasa percaya mahupun tidak, aku mula sangsi.. Adakah perkara ini yang dia rahsiakan selama ini dari aku?? 

Kamu, maafkan saya kerana tidak mampu memahami kamu.. Kamu maafkan saya kerana selalu melukakan kamu.. Kamu, maafkan saya kerana tidak mampu jadi kawan terbaik buat kamu....