Tuesday, May 22, 2012

ahlan ya Rejab & sayuran vs sejarah lalu

Assalammualaikum....

Diam tak diam, rejab telah tiba.. Bermakna lagi 2 bulan menjelang Ramadan.. Moga dapat bertemu Ramadan lagi ...Amin.....Alhamdulillah,dapat berpuasa di hari pertama even ramai yang mengatakan tentang kedhaifan hadis... Saya cume memegang bahawa selagi berniat baik, maka ia dibolehkan....
Menjelma Ramadan tak lama lagi bermakna, hampir setahun saya di sini.. menjadi musafir lalu di negeri Selangor... menjadi sebahagian warga negeri ini....
Apa yang boleh saya katakan, pelbagai kisah dah dah saya lalui...

Namun, perbezaan utama adalah gaya hidup... Di sini saya belajar menyimpan dan mengatur hidup sendiri...Betapa susahnya untuk membeli sayuran...Silap, betapa mahalnya harga sayuran....Kadangkala rasa tak percaya nilai wang sebegitu diperlukan untuk sayuran yang saya rasa boleh dapat separuh harga di kampung saya....ataupun suku harga.. terkejut?? Of course... Sangat... Tapi bak kata diorang, "dah tue rezki diorang...."

Di sini saya belajar untuk memasak sendiri.... Kalau kat rumah selama nie,  peranan saya adalah watak picisan, tapi tidak di sini, untuk makan kena masak sendiri... Even kekadang rasa pelik sahaja.... Even kekdang trial tak jadi, as long as still leh msuk mulut, maka di terima....Kekadang menyesal gak sebab tak belajar masak bebetul tapi kita tak boleh kembali pada masa lalu...

Keadaan ini mengembalikan saya pada sejarah lalu... pada siapa saya dahulu..... makanan sedap hanya pada hari istimewa... makan ayam adalah pada hari tertentu...Makan lauk yang lebih kurang sama tiap hari bukan cerita baru.... Sebab saya tahu kekangan ekonomi keluarga saya tika dahulu....Maka biarlah kisah itu saya simpan untuk saya terus memahami, siapa saya... Seorang anak desa yang mana pernah melalui getir hidup sendiri.... Mengikat perut untuk menabung.... Membakar kulit dikala cuti sekolah untuk membantu ayah...
Owh, saya harus bersyukur.. Kini ayam mahupun ikan ataupun daging bukan sukar dibeli.. Walaupun taklah setiap hari namun taklah sejarak dahulu... tidaklah lagi hanya menelan air liur tatkala teman memakan makanan yang dianggap eklusif itu....

Owh, sudah jauh juga saya tinggalkan keadaan itu... Saya sudah betah berdiri sendiri... Sudah mampu mengisi perut sendiri.... Namun sejarah dulu tak mudah ku lupakan... Kesusahan dulu menyebabkan saya mahu ayah dan emak sekarang berbahagia... Walau kadangkala dugaan bersilih ganti, namun saya tetap yakin Allah tak pernah jadikan sia-sia....

nota kaki: Vinod bagi saya pen biru untuk ganti pen saya yang telah dirosakkan......Seharian saya kurang bercakap dengan mereka... Mungkin kerana keadaan semalam yang mana bagi saya mereka telah melampau.... Lalu hari ini saya agak mebisu sehingga disoal berkali2 oleh mereka... Biarlah, ku punya harga diri kerana aku ingin menjadi Muslimah sejati...

nota hati: Ya Allah, tunjukkan padaku tentang arah kisah musafirnya dan musafirku... temukan kami pada satu noktah dalam redhaMu... AMin..
Musafir, moga jarak yang terus terbina ini lebih mendekatkan kita pada DIA....

No comments:

Post a Comment

Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))