Wednesday, December 7, 2011

untuk Dia 3

Assalammualaikum...


Menanti saat dan masa yang DIA janjikan, kadang-kala membuat hati gusar.... Ya, kerana saya tahu saya tak sebaik kamu.... Apatah lagi persekitaran sekarang yang tidak menyokong....

Kamu, ingin rasanya saya meluahkan segala cerita agar kosong ruang fikir dan tidak menyesakkan dada... Namun, entah kenapa keperibadian kamu sekarang benar-benar mempengaruhi setiap tindakkanku...
Kamu, maafkan saya bila saat kita bertemu semula nanti kamu lihat saya telah jauh berubah...

~~~Di sini bermula~~~
Kamu yang kukagumi, saya tahu kamu jua manusia biasa..Punya kekurangan dan kelebihan, makanya telah saya siap siagakan diri agar tidak bermimpi terlalu tinggi...

Kamu, dalam doaku panjatkan, agar segera kita disatukan kerana aku tak betah sendirian melalui dugaan dan ranjau apatah lagi bila melibatkan hukum Tuhan...

Kamu yang jauh di sana, semoga kamu berjaya mencapai cita-cita... Moga ada jalanNya untuk membantu kita bila memang takdir tertulis untuk kita~~~

Ya ALLAh, Engkau lebih Mengetahui yang terbaik, maka kusandarkan segalanya padaMu..
Cukuplah Allah sebaik-baik wakil , dan sebaik-baik tempat berlindung~~~

No comments:

Post a Comment

Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))