Monday, May 9, 2011

Besarnya kekuasaanMU..

Assalammualaikum...

Terima kasih YA ALLAH untuk kebesaranMu itu,,,
Rasa  teruja nak shared pengalaman saya semalam.. Sangat bersyukur kerana DIA melindungi  'kekasih' saya. Alkisah.,semalam saya pergi makan2 bersama kawan2 sekerja, Ain dan Nisa'.. Kami makan di KFC Jusco jer..Saya dan Ain packing mtor di hadapan Melaka MAll memndangkan Nisa naik kereta dan malas nak meletakkn kereta di parking Jusco. So, kami berjalan ke Jusco melalui jejantas. Setelah makan2 di KFC, Nisa terus balik. Saya dan Ain pula berjalan2 di Jusco kerana mencari hadiah untuk anak saudara saya yang baru menyambut ulangtahun kelahiran ke2. Seusai solat maghrib, maka kami pun masuk ke Jusco.

 Entah kenapa tetiba saya terfikirkan tentang kunci motor saya.. saya segera menggeledah beg tangan dan segala poket, namun sia-sia.. saya tidak ketemu.. Saya cuba mengatakan bahawa kunci tertinggal di bawah tempat duduk.. tapi fikiran saya buntu.. Walau bagaimanapun, hati saya tidak menjangkakan sesuatu yang buruk. Ini bermakna ia  selamat. Walau bagaimana pun sepanjang mencari barang, fikiran saya tetap ke arah kunci namun cuba melegakan dengan mengatakan kunciberada di bawah tempat duduk..

Tukar pada bahasa pasar pulak.. Sebab terasa keskemaan pada ayat di atas..hehehe=pp

So, lepas beli dah barang kat Jusco tue, aku denganAin pun pergi balik Motor.. dari atas jejantas lagi aku tengok motor aku ada lagi tak sebab hati aku kuat mengatakan kunci berada di tempat kunci sebenarnya.. Cuma untuk menyedapkan hati sahaja aku kata kunci berada di bawah tempat duduk.. So, sampai tempat motor, aku tengok tempat letak kunci,YA  ALLAH, aku ttinggal di situ rupanya... Mujur terselamat..

So, masa ku tengah nak alihkan motor, ada budak tegur aku.. 'kak, tak boleh keluar yea?" then, dia tolong ak.. Aku terima jea lah.. Yelah, aku mana kuat angkat kekasih aku tue..Then, pas dia tolong, kawan dia cakap somethinglah kn.. Pas tue diorang gelak2.. Aku wat2 xtahulah... Then, budak yang cakap something kat budak yang tolong aku, cakap camnie"Akak, akak tadi tinggal kunci kat motor yea??"
"nasib baik tak hilang" " "rama pencuri kak"..

Then, aku pun cakap dengan diorang jap.. Then o d way balik, baru aku perasan, diorang jaga motor aku sebenarnya.. Sebab bila aku balik, diorang pun balik.. Actually, diorang duk lepak kat situe... So, mereka nampaklah aku letak motor semua..

Tue adik2 berdua  tersebut,, terima kasih banyak2 sebab sanggup jaga motor akak..Assumption akulah diorang nie adik2.. -- even kitaorang lepak, tapi hati baik kak--- InsyaALLAH, bila kita jumpa lagi, akak belanja korang makan~~ Kalau nak tahu kunci tue aku tinggal dengan roadtax n so on.. So, kalau dicuri, pencuri tue memang senang hati punyalah...huhu


Lesson of the season---masih ada insan yang berhati mulia ku temui saat aku dilingkungi hati2 yang gersang dengan kasihMu.. Ya ALLAH, aku tahu dengan rahmat dan kasihMu maka ENGKAU  menggerakkan hati mereka menolongKu.. YA ALLAH, Engkau sebaik2 PENOLONG...






p/s: MBT 267???? biru???

No comments:

Post a Comment

Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))