Sunday, November 1, 2009

Rezeki...=))

Assalammualaikum..

Tarian pena menari dari tingkat 6 blok A.. Menyiapkan thesis yang seharusnya sudah disiapkan..Tapi jemari tetap ingin berlari di sini. Just nak bercerita tentang pengalaman diri.

Hari Jumaat yang lepas, saya dapat tahu assignment 1 CTU 696 saya x boleh dibuka. Dan Dr menyuruh saya menghantar pada sebelah petang. Maka petang itu saya menuju ke fakulti untuk menghantar assignment. Memandangkan perut belum diisi saya menuju ke cafe. Hurm, mihun nampak menarik. Saya pun menapau dan segera pergi ke kaunter. Di hadapan saya ada seorang staff perempuan. X dapat pastikn bahawa lecture ke bukan. Then, masa itu makcik yang suka senyum(merefer pada makcik kegemaran Dr Az...) berbual dengan seorang lecturer.
"wah, cik lan dah nak g haji"
"alhmdullillah"
"cik lan nnt doakan lh kitaorg kat sinie "
"insyaAllah.."
Ape ntah lagi butiran perbualan mereka tak dapat diingat dengan jelas. Tetiba:
M--"cik lan belanja lh dia nie(merefer pada perempuan di hadapan saya td)
C.L--"Ha, kira jea lah.. Kira sekali adik nie gak.. hurm,. saya belanja semualah.. 1, 2, 3, 4, 5"
M--"betul nie cik lan.. adik, cik nie belanja. dia dah nak g haji"
Saya hanya tersenyum. Sebelum berlalu sempat saya mengucapkan, cik terima kasih. Sebenarnya saya xtaw nak cakap apa+ saya sorg jea student yang dibelanja memandangkan yang lain merupakan staff...
Alhamdullilah..
Selamat menunaikan haji Cik Lan..Moga mendapat haji yang mabrur..

Sungguh rezeki itu milik DIA. Bila milik kita, walau macam mana pun kita akan mendapatkannya. Begitu jua sebaliknya. Teringat saya masa pergi ke camping keluarga kmpeni E di Hutan Rimba Komanwel. Semasa pergi, kitaorang singgah sebentar kat stesen minyak. Setelah memilih barang, saya pergi ke kaunter untuk mebayar. Pada masa tue, ada sorang mamat nak bayar. Even macam saya dah sampai dulu, tapi cashier tue uruskan dia dulu. Oklah, no hal. Then, tetiba mamamt tue tolak 10sen kat saya..Dahi saya dah berkerut2..bicara hatiku-"awat dia nie". Then, cashier tue pulangkan duit baki dia. Dia terus letak kat ats botol air mineral yang saya nak bayar. Saya=???
"Ambiklah, dik..."
Saya tergamam sampai xtaw nak kata apa. Kawan-kawan saya yang berada di kaunter pun memandang saya pelik..Dan saya hanya memegang duit dia. Membayar guna duit saya. cashier tue pun tersenyum-senyum kat saya. Kawan-kawan saya kata sebab mungkin dia ingat saya budak kecil..Adoi, harunyer.. umur dah 21 tahun wktu tue.. May be cara saya berpakaian n tubuh saya yang kecik(kecik ke..haha=p)
Apapun bagi saya itu jua rezeki. Dah ditakdirkan untuk saya even ramai lagi kawan2 saya yang ada di situ. Even ada jea lagi yang lagi muda +lagi kecil dari saya.
Wat lelaki yang xdikenali, terima kasih. Andai benar kerana menganggap saya kanak2 sekolah yang ingin pergi perkhemahan, pasti anda terkejut besar melihat saya menuju ke bas UITm dan menaikinya=}}

Yang tersirat---Sebenarnya banyak lagi rezeki yang DIA beri kita, cuma bila kita diuji, kita terus lupa DIA pernah jua beri rezeki lagi banyak sebelum menduga. Bila kenangkan semua rezeki yang DIA beri, saya rasa saya x layak sepatutnya menerima. Saya masih jua lakukan perkara yang dilarang, saya masih jua jauh dari melakukan semua perintahNYA. Sungguh, betapa DIA Maha Penyayang, Maha Pemurah, even kita sering lupakan DIA, DIA tetap jua beri rezeki kat kita. Cuba kita sesama kita. Kalau orang dah buat jahat kat kita, jangan haraplah kita nak wat baik kat dia. Tapi DIA x begitu, walau kita sering alpa dengan perintahNYA, DIA tetap memberi kita kasih sayangNYA.


Ya ALLAH, ampuni diri yang sering leka dan alpa ini. Kuatkan diri ini untuk menempuh segala ujian. Teguhkan hati ini pada jalanMu. Ya ALLAH, betapa zalimnya diri ini, walau rezeki diberi berkali2, namun berkali-kali jua diri ini alpa. YA Ghaffur, ampuni dosaku..Seringkali ku ukir janji mentaatiMu, namun berkali jua telah kumungkiri.. Ya Latiff, terima kasih untuk semua yang telah diberi..NikmatMu melangit luas namun diri masih tetap khilaf menafsir dunia..

2 comments:

  1. budak kecik! hehehe...
    ya rezeki kita telah ditetapkan oleh-NYA.
    kita cuma berusaha sahaja kan.
    tapi masih ada juga yang tak tahu erti syukur?
    manusia ooo manusia....

    ReplyDelete
  2. cam comey jea jd budak kecik...=))
    ya, betul tue..
    manusia jrg bsyukur ngn ape yg ade.
    msih mengejar bayang yg blm pasti....
    --mengingatkn diri sendiri jua yg sering alpa...

    ReplyDelete

Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))