Sunday, October 4, 2009

Kasihmu ayah...

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menarikan jari di blog even keje menimbun. Tapi untuk berkongsi rasa yang sedang ku lalui sekarang menyebabkan ku tarikan jua jari di sini.. Saat ini saya masih terngiang-ngiang suara ayah saya yang baru sahaja call.
Ya, ini bukan pertama kali dia call. malah sudah selalunya. Cuma kali ini saya ingin mengabadikan kisah itu di sini.
Jam 5.23 petang..
Saya sedang menghadap laptop membuat perbincangan untuk FYP tatkala handphone saya menyanyikan lagu keluarga Bahagia II.. Saya sudah tahu pasti dari emak @ ayah saya kerana saya telah mensetkan lagu tersebut hanya untuk mereka.
"Ya, assalammualaikum"
"waalaikumussalam"
Eh, ayah  ke call.. Hurm, selalu emak yang call...
Berbual2 dan bertanya khabar n etc..
Then tiba..
"Ayah kat kebun nie.. Tengah cabut rumput.. tiba-tiba teringat kat dia. sebab tue ayah call."
"ayah rindulah kat org tue"
Saya menjawab ceria sedang hakiktnya saya terharu.. Sangat terharu. Bukan mudah untuk seorang ayah berkata begitu. Bukan mudah untuk seorang lelaki berkata begitu. Pasti saat dia mencabut rumput, wajah saya terbayang. oh, ayah..
Kasihya ayah, walau dalam apa jua keadaan masih tetap mengingat anak.. kasihnya ayah, even terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki..Mampukah saya jadi anak yang terbaik untuknya? mampukah saya melakukan begitu ketika saya sudah berkerjaya. Mampukah saya meluangkan masa untuk mendengar ceritanya..
Owh, air mata sudah mahu menitis..
Mengingat pengorbanannya. Mengimbas kesusah payahnya.

Ya ALLAH, hambaMu ini bermohon kepadaMu.. ampunilah dosa ayah dan ibuku. panjangkanlah umur mereka dalam ketaatan kepadaMu. Berikanlah hambaMu ini peluang untuk berbakti kepada mereka.
 Ya Rahman, lindungilah mereka dari segala bahaya, kesusahan dan malapetaka. Kurniakanlah  mereka rezeki yang halal.
Ya Latiff, berikanlah hambaMu kesempatan untuk membahagiakan mereka. Berilah hambaMu peluang membalas jasa mereka walau takkan pernah mampu untuk membalasnya.

Saya sayang Ayah~~

1 comment:

  1. syangilah mereka seperti mane mereka menyayangi kita sewaktu kecil.. terharunye...

    ReplyDelete

Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))