Assalammualaikum...
Baru sahaja balik terawih dekat pusat sukan.. Teringat kat baby comel tue. Erm, kebelakangan nie asyik dengar student dah kahwin jea. Bila fikir diri sendiri, hmm,, tak tahulah bila. Kekadang bila fikir masa depan nie, bermacam-macam perasaan yang timbul.
Sebenarnya tadi jumpa kawan kepada Lina, merangkap junior course kami tetapi sebaya dengan kami. So, dia nie baru jea nikah masa cuti sem lepas. Lebih kurang, macam Deq Lah lh kot. Bezanya, dia still belajar dan deq lah dah abis belajar. Saya tertarik dengan ceritanya.. perkenalannya secara serius hanya 6 bulan sebelum mereka bernikah. Bagaimana agaknya kisah saya pula nanti.. =}}
Bila cerita tentang kisah saya, saya sendiri tak mampu menduga.. Teringat perbualan dengan ayah.
"saya nak lelaki kaya..."
"Amin, mudah-mudahan.. kaya hati, kaya jiwa, kaya budi, kaya bahasa... bukan kaya wang dan harta sahaja."
Walaupun ringkas penuh dengan makna. Berlapik disebalik kata agar hati anak tidak terluka. Di sebalik mendokong, ada nasihat yang diberi.. Sebenarnya saya tidak bermaksud dengan apa yang saya katakan. Sekadar mencipta alasan namun jawapan ayah menyebabkan saya hanya tersenyum. Tidak menyangka gurauan itu diambil serius oleh ayah.
Saya sendiri tak tahu lelaki bagaimana yang saya mahukan. Apa yang saya fikir cukuplah andai dia baik agamanya, mampu menyara keluarga, mampu memimpin rumahtangga... Dia hanya seorang lelaki biasa pada pandangan umum tetapi dia ada istimewa pada saya.=}} Dia boleh menerima saya seadanya, tidak mengharapkan kesempurnaan..Tetapi sedia berlebih kurang..
Ops, cukuplah setakat nie saya bercerita mengenai dia.. Dia yang tidak lagi ditemui.. Dia yang sentiasa wujud dalam doa saya. Dia yang akan menjadi tempat saya kongsikan segala.
Dia yang tidak menyebabkan saya terluka lagi. Dia yang menjadi teman saat suka, duka, gembira, lara, bahagia mahupun derita. Setia disisi kerana cintanya pada Ilahi bagi melunaskan janji yang termatri..
No comments:
Post a Comment
Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))