Saturday, January 24, 2009

...mengemis kasih...

akhirnya, semester break datang jua... saat yg memang ditunggu2 stlh semester nie bermula dgn pelbagai kisah, masalah n dugaan yg xhenti2... awl mula pertama mula dgn ksah di muzium, n pendaftaran kolj.. then, ckit2 dmi ckit isu timbul.. dr spekulasi membawa kpd kontroversi n akhir sekali sakit hati..huhu..

bila dh sakit hati nie, no wonder a klu tgk muka tue tegang jea.. nk blakon pun xleh sbb mmg rs sedih, sakit n sewktu dgnnyer.Senyum pn kne pkse rela. kira mmg dh tahap kritikal pnye ketahanan... rs mcm nk lari jauh2 dr mereka2 yg myebabkan keadaan ini..

kisah yg pling xleh handle bl bab hati n perasaan.. mmg x mmpu lg btahan. klu slama nie leh jea simpan, pendam n wat xtaw,tp kali nie mmg psiko gler. mmg dh xmmpu nk hurai n asimilasi sgala dugaan dah. terlalu letih n lelah..

tp, sgt bersyukur sebab ALLAH masih menyayangi diri yang lemah dan hina ini. diingatkannya akan janjinya bahawa Dia tidak akan membebankan manusia dgn sesuatu yg xlayak dipikulnya. maka kerana itu, diri ini bangkit kembali.. mencari dan menyelusuri setiap hikmah melalui ujian ini..
"..maka yang manakah antara nikmat kami yang kamu dustakan..."

Raihan - Mengemis Kasih
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


sesungguhnya doa itu senjata mu'min:

Wahai Tuhan, Engkau Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Penyelesai Masalah. Dan aku sangat lemah dan sangat berdosa. Memang layaklah aku Engkau timpakan masalah sebegini kerana dosa-dosaku yang terlalu banyak terhadap-Mu. Tetapi Tuhan, aku tidak sanggup menghadapi masalah ini tanpa pertolongan-Mu. Tolonglah aku Tuhan! Tolonglah aku Tuhan! Aku sangat lemah kerana memang Engkau ciptakan aku lemah. Manakala Engkau sangat berkuasa dan boleh menyelesaikannya hanya dalam sekelip mata. Tunjukkanlah aku akan kehebatan-Mu sebagai yang Maha Penyelesai Masalah,”


dan cuti ini, saya nak lepaskan semua masalah ini. saya nak lepaskan segalanya. cukuplah diri ini menahan segala duka, luka dan pedih ini. semoga Allah memberi rahmat dan hidayahNya...

No comments:

Post a Comment

Biar pendapat kita beda..kerana dari situ kita cari cari titik temunya...=))